Tembak di masjid al noor di christchurch new zealand

Artikal 334 - Sehingga kini telah disahkan seramai 50 orang terbunuh di dua masjid di new zealand iaitu masjid al noor dan masjid linwood. Jelas islamaphobia iaitu ketakutan tidak berasas terhadap islam dan muslim sehingga melakukan kejahatan mengikut kehendak sendiri terhadap islam dan muslim. Kejadian seperti ini boleh berlaku di mana-mana kerana hanya memerlukan seorang individu yang mempunyai senjata api. Ia boleh berlaku di rumah ibadat, di stadium atau di mana-mana sahaja.

Di edmenton, terrorist masuk ke masjid tetapi dapat di selamatkan dan di escort ke luar. Di india pula setiap hari berlaku pembunuhan secara berkumpulan terhadap sesiapa yang makan daging lembu. Di oslo norway, andres breivik membunuh 70 orang dan menulis manifesto yang mempunyai persamaan dengan di christchruch. Di burma myanmar pula diwujudkan refugee camp rohingya terbesar di dunia. Concentration camp terbesar di dunia juga diwujudkan di china dengan seramai tiga juta orang vighur muslim. Di india empat juta orang muslim ditarik kewarganegaraan. Pemerhati genocide united nation sedang memerhati india kerana kebarangkalian akan berlakunya genocide. Di central african republic, setiap masjid telah di musnahkan iaitu sebanyak lima ratus masjid. Di masjid al aqsa pula, dinding berkunci di bina untuk menghalang muslim masuk ke masjid dan baru-baru ini mereka juga diserang ketika berada di dalam masjid. Jelas setiap muslim perlu bersatu. Kita di Malaysia hidup berbilang kaum. Perlu saling menghormati diantara satu sama lain. Tiada agama mengajar penganutnya untuk menjadi jahat.

Jika peristiwa ini masih tidak menyedarkan dunia akan kelemahan kawalan senjata api mahupun perlesenan pasti perkara ini akan berulang lagi di masa hadapan. Begitu juga dengan bahaya bahan kimia. Lihat sahaja apa yang telah berlaku di sungai kim kim di johor. Terkini 780 orang lagi terkesan dengan bahan kimia tersebut menjadikan jumlah semua yang terkesan sehingga kini seramai 3,555 orang. Apatah lagi bahan kimia merbahaya radioaktif yang masih berada di pulau pinang belum dipindahkan oleh Lynas.

Jika dahulu kita hanya dapat lihat senjata api dibawa oleh pegawai polis, selepas itu kita lebih kerap nampak senjata api di bank-bank. Oleh kerana kini bank telah banyak yang menjalankan urusniaga secara online, maka kita tidak lagi pergi ke bank dan menjadikan kita tidak lagi nampak senjata api. Tapi realiti terkini yang berlaku, senjata api kini turut digunakan di kilang-kilang. Setiap kali kita pergi dan balik kerja, kita akan nampak senjata api. Bukankah kejadian seperti di masjid al noor di christchruch new zealand itu boleh berlaku di mana-mana kerana hanya memerlukan seorang individu yang mempunyai senjata api?

Keselamatan public besar terkesan bukan sahaja kerana penggunaan senjata api, ia turut melibatkan keperluan asas seperti air minuman yang tercemar seperti yang telah berlaku di West Virginia pada tahun 2014 dan Blackout yang berlaku di Venezuela. MH370 juga turut menggemparkan dunia, disusuli MH17 dan kini Boeing 737 MAX pula jelas membuktikan kelemahan teknologi turut memberi kesan kepada keselamatan public apatah lagi kelemahan pengurusan sebelum/ketika/selepas bencana yang akan mengakibatkan jumlah mangsa akan menjadi bertambah besar.

Kesan nuclear lebih menggerunkan kerana akan menjejaskan untuk tempoh yang amat panjang sehingga terkesan kepada ramai generasi dan persekitaran selepas tercetusnya bencana walaupun pelbagai alasan diberikan untuk menggunakan bahan kimia merbahaya tersebut dan hanya sedikit kesilapan atau masalah akan memberi mudarat yang besar dan berpanjangan.

Public perlu sedari awal sedar dan faham akan apa jua yang akan menjejaskan hak anda sebagai individu agar di masa hadapan tidak terkesan dengan pelbagai alasan yang diberikan.


QURAN 3:48

"Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil"

"And He will teach him writing and wisdom and the Torah and the Gospel"

KEFAHAMAN AZA

"Allah membantu dan mengatur dalam pelbagai cara"

ARTIKAL BERKAITAN


SETERUSNYA


Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more