Cerita - Artikal 2
Artikal 368 - Hari ini entah kenapa tercetus rasa untuk keluar dari rumah dan pergi berjalan-jalan di kawasan berhampiran. AZA akan bersendirian di rumah untuk beberapa hari kerana yang lain ada urusan di luar. Sudah bertahun-tahun AZA tidak keluar rumah bila sahaja AZA ada kelapangan. Cuaca di luar yang kebiasaannya panas membuatkan AZA rasa rimas untuk keluar.
Teringat AZA semasa AZA bekerja di luar negara. Untuk cerita kali ini AZA akan sentuh mengenai cuaca. Walaupun matahari tegak di atas kepala, namun udaranya sejuk. Sungguhpun begitu AZA juga rimas kerana terpaksa memakai atau membawa baju jacket yang tebal untuk menahan diri dari kesejukkan.
Bila AZA rimas memakai baju jacket yang tebal, AZA membukanya dan hanya memakai t-shirt. Namun ianya tidak bertahan lama kerana rasa sejuk yang mencengkam menyebabkan AZA terpaksa memakai semula jacket tebal. Bayangkan kalau masa musim salji tak cukup hanya berjacket tebal sahaja. Sedangkan bukan musim sajli sejuknya dah tak tahan. Tak boleh nak pakai t-shirt sahaja.
Cuaca yang tidak menentu cukup membuatkan AZA rimas kerana terpaksa membawa jacket ke hulu ke hilir. Kalau tak bawa nanti sebelum keluar rumah atau hotel, kalau sejuk dah menggigil kesejukan pula nanti. Bila dibawa, rasa panas, tak perlu pakai jacket tapi terpaksa pula dibawa ke hulu ke hilir kerana cuaca yang tak menentu. Itulah yang kena dihadapi setiap hari.
Selain dari pakaian, AZA juga terpaksa memakai lotion untuk memastikan kulit tidak terlalu kering dengan suhu sejuk. Bila kulit kering ianya amat pedih dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih kerana luka tersebut lambat untuk sembuh kerana terdedah dengan suhu yang sejuk apatah lagi perbezaan ketara suhu outdoor dan indoor berbanding di Malaysia.
Di Malaysia kita boleh rasa perbezaan suhu yang ketara apabila kita ke luar dari bangunan dan di terjah bahang panas. Tanpa lakukan apa-apa aktiviti, hanya dengan duduk di outdoor sahaja, peluh senang saja keluar kerana udara yang panas seperti berada di dalam sauna. Akan terasa lebih panas bila tiada angin yang bertiup.
Di Malaysia masih terdapat banyak pokok untuk berteduh yang akan meredupkan jalan raya, perumahan dan alam sekitar. Walaupun udara panas, paling tidak pokok-pokok tersebut membantu melindungi dari pancaran terus matahari dan mengurangkan suhu kepanasan sekitar. Malah senang saja pokok nak hidup bila di tanam di Malaysia.
Kos sara hidup di luar negara amat tinggi. Jika nilai duit mereka kecil sudah tentu dah lama mereka akan jauh lebih mundur dari Malaysia. Nilai duit Malaysia yang rendah tentu sahaja menjadikan semakin mahal untuk berbelanja apa sahaja di negara yang bermata wang bernilai jauh lebih tinggi walaupun untuk membeli barang yang paling murah di sana. Nak cari makanan halal bukan mudah macam di Malaysia.
Negara yang mempunyai empat musim, memerlukan setiap individu mempunyai pakaian yang berbeza untuk setiap musim. Itu sudah tentu menyebabkan kos sara hidup di sana lebih tinggi berbanding di Malaysia untuk membeli pakaian yang sesuai untuk setiap musim.
Bukan sahaja pakaian, malahan rumah dan bangunan mestilah dilengkapi dengan sistem pemanas untuk ketika musim sejuk dan air-cond untuk tiga musim yang selebihnya. Itu sudah tentu menyebabkan kos sara hidup mereka di sana menjadi lebih tinggi kerana tiada pilihan mesti punyai kelengkapan bagi menstabilkan suhu.
Alat kelengkapan yang melibatkan pemanas sudah tentu akan menyebabkan kos elektrik lebih tinggi. Bayangkan jika nilai mata wang mereka lebih rendah berbanding di Malaysia. Bagaimana nak pastikan rumah dan bangunan dapat dikawal suhu sepanjang musim agar tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
Di Malaysia nak pasang air-cond sepanjang masa pun takut bil tinggi. Siapa yang tak ada air-cond pula terpaksa berpanas walau kerja dah bertahun-tahun. Hari-hari penat balik kerja masih berpanas tak mampu nak guna air-cond. Beli air-cond pun beli air-cond yang murah tak beli air-cond yang mahal yang ada teknologi penjimatan bil elektrik. Beli murah tapi terpaksa bayar bil yang mahal sepanjang masa nak menggunakannya.
Berbalik semula cerita di luar negara, kerajaan mereka juga terpaksa berbelanja lebih tinggi berbanding di Malaysia kerana empat musim tersebut memerlukan mereka untuk memastikan orang ramai dapat pergi dan balik kerja, ke sekolah atau kemana-mana tanpa terhalang oleh salji tebal, atau apa juga keadaan cuaca yang mengganggu kelancaran sistem pengangkutan untuk setiap musim yang berbeza.
Aktiviti outdoor, beriadah, bersukan, bekerja, pertanian dan sebagainya hanya dapat dilakukan bila suhu di luar selesa untuk melakukannya. Berbanding aktiviti indoor yang boleh dikawal suhunya di dalam rumah atau bangunan.
Sudah tentu kalau nilai mata wang mereka lebih rendah dari Malaysia, sudah pasti mereka akan jauh lebih mundur dari Malaysia.
Gaji sejam pasang 3 biji screw di Australia pada tahun 2013 adalah USD 16.88 manakala gaji sejam dibayar pasang 3 biji screw di Malaysia pada tahun yang sama adalah USD 1.24 Walaupun jumlah yang begitu ketara bak langit dan bumi hingga terpaksa membayar lebih sebanyak USD 15.64 kepada pekerja mereka di Australia berbanding pekerja mereka di Malaysia bagi memasang screw pada kereta yang sama, dalam jangka waktu bekerja yang sama.
Berapa jam kena kerja di Australia untuk dapat RM10 Ribu? Berapa jam kena kerja di Malaysia untuk dapat RM10 Ribu? Setiap orang punyai 24 jam sahaja sehari samada di Malaysia, di Australia atau di mana sahaja! Kenapa dibayar berbeza? Kenapa di Malaysia kena kerja lebih jam untuk dapat RM10 Ribu sedangkan di Australia kejap jer dah boleh dapat RM10 Ribu! Adil ke?
593 jam kerja di Australia dapat USD 10 Ribu tapi 8065 jam kena kerja di Malaysia untuk dapat USD 10 Ribu! Kena kerja lebih 7472 jam untuk dapat USD 10 Ribu! Adil ke?
Pekerja di Malaysia over paid? Pekerja di Australia lagi la 1261% over paid ! Berapa peratus kenaikkan? 1261% Gila ke apa? Tapi itu realitinya. Boleh jer mereka bayar gaji pekerja mereka di Australia. Kenapa bila di Malaysia kata over paid pulak? Nak naik 36% dari RM1100 ke RM1500 pun kata dah melampau sangat? Yang naik sampai 1261% tu apa pulak?
Berapa pula dibayar untuk kerja yang sama, dalam jangka waktu bekerja yang sama, di negara lain? Dah berapa lama kita gunakan currency system? Dah berapa ramai cerdik pandai dari pelbagai universiti seluruh dunia?
Ini bermakna, selagi currency system tidak diperbetulkan, individu di Malaysia sentiasa ketinggalan 13 kali ganda di belakang Australia walau sekuat manapun usaha, kepandaian dan kekuatan. Doktor di Malaysia sentiasa ketinggalan 13 kali ganda di belakang doktor Australia. Apa juga kerjaya di Malaysia sentiasa ketinggalan 13 kali ganda di belakang Australia kerana gaji minima antara dua negara ini berbeza, nilai mata wang antara dua negara ini berbeza. Siapa yang bezakannya? Currency system!
Seringkali, kita diminta untuk berjimat cermat apabila saja sara hidup semakin tinggi hari demi hari. Adakah benar selama ini kita membazir atau kerana ingin memaksimumkan keuntungan. Setiap tahun kita berusaha ingin mencapai tahap yang lebih baik dari sebelumnya dan kita berjaya tahun demi tahun. Akhirnya, apa yang kita dapat adalah dengan mengorbankan keselesaan kita bekerja atas alasan membazir? Mengurangkan keperluan dapur atas alasan membazir? Semua perkara nak dikurangkan atas alasan membazir.
Individu bekerja hari-hari bukan untuk mengurangkan apa yang mereka ada sekarang pada masa hadapan! Bukan untuk terus jadi hamba! Bukan untuk terus dibayar 13 kali ganda lebih murah untuk kerja sama pada jangka waktu yang sama berbanding negara lain! Individu kerja bertahun-tahun untuk bertambah lebih baik, lebih mudah, lebih senang, lebih relax, lebih sempurna, lebih upgrade!
Dapat beli rumah, masuk U free tak kena bayar, tol free, segala bagai makin mudah. Makin upgrade! Kalau tak kerja negara boleh maju? Bertahun-tahun kerja masih nak kena hadap masalah asas? Air tak ada? Elektrik tak ada?

QURAN 3:82
"And whoever turned away after that - they were the defiantly disobedient."
"Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."