Cerita - Artikal 4
Artikal 372 - Hari ini AZA ada lebih banyak cerita berbanding cerita sebelum ini. Oleh sebab itu AZA akan kongsi cerita tersebut satu persatu. Moga yang baik diikuti dan yang buruk jangan ikut. Kalau nak ikut juga yang buruk, tentu kita ada cerita kita sendiri kenapa kita nak ikut juga walaupun kita tahu keji sesangat. Hari ini mungkin kita lihat ianya keji, pada masa akan datang kita tak lihat ianya sebagai keji lagi sebab kita dah nampak perkara lain yang mengubah persepsi asal kita tu. Masing-masing ada otak, ada akal, ada hati, boleh fikir sendiri dan buatlah apa yang anda nak buat. Berikut cerita pertama untuk hari ini.
Pada daily sectional morning assembly, giliran boss AZA untuk baca 7 prinsip dan kongsi cerita selepas itu. Boss AZA kata kita kena ikut semangat TIGER WOOD yang tak mudah mengalah walaupun mengalami pelbagai masalah dan sakit tetapi selepas itu berjaya memenangi kejohanan.
Hari ini giliran AZA untuk SUPPORT MANUFACTURING. Hanya beberapa orang sahaja dari section AZA dipilih oleh boss AZA untuk support. Dan orang yang sama juga akan support pada minggu hadapan. Mana perginya kerjasama dan semangat kumpulan yang dibaca hari-hari 7 prinsip. Keadilan dan kejujuran dalam 7 prinsip. Sedangkan Managing Director pun support. Harap ramai lagi akan nak jadi seperti TIGER WOOD. Bonus semua orang nak naik. Tapi bila support tak nak.
Masa AZA berbual dengan rakan yang bekerja shift malam, dia kata dia pernah tertidur semasa sedang menaiki motor dan pernah juga tertidur semasa sedang berhenti lampu merah di traffic light. Dia kata hanya berlaku semasa KERJA MALAM tapi tak pernah lagi seingat dia berlaku semasa kerja siang.
Balik kerja lebih masa, badan berpeluh-peluh, air tak ada nak mandi kerana GANGGUAN BEKALAN AIR! Ini ke balasan yang kita dapat kerja lebih masa? Bertahun-tahun kerja. Tak kerja negara boleh maju? Bagaimana mengurus sampai tak boleh nak pastikan bekalan sentiasa ada? Masih nak hadap masalah asas? Cari jalan bukan buat alasan.
1. Jangan hanya minta kerjasama tapi sebenarnya ternyata kerjasama tidak direalisasikan.
2. Jangan hanya minta keadilan tapi sebenarnya ternyata keadilan tidak direalisasikan.
3. Tak payah nak baik sangat sedangkan yang lain ternyata terbukti jauh lebih keji. Okay jer mereka.
4. Realiti bukti yang boleh disaksikan sendiri. Bukan hanya indah di atas kertas.
TIGER WOOD
SUPPORT MANUFACTURING
KERJA MALAM
GANGGUAN BEKALAN AIR
PENGAJARAN HARI INI
2. Jangan hanya minta keadilan tapi sebenarnya ternyata keadilan tidak direalisasikan.
3. Tak payah nak baik sangat sedangkan yang lain ternyata terbukti jauh lebih keji. Okay jer mereka.
4. Realiti bukti yang boleh disaksikan sendiri. Bukan hanya indah di atas kertas.
QURAN 3:86
"How shall Allah guide a people who disbelieved after their belief and had witnessed that the Messenger is true and clear signs had come to them? And Allah does not guide the wrongdoing people."
"Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim."