Nak larang merokok di kereta persendirian pulak?

Artikal 350 - Kenapa ya kementerian kesihatan beriya-iya sangat nak larang merokok di pelbagai tempat? Tahu tak beramai ramai perokok sedia ada? PRU15 nanti perokok nak undi PH? Bukan ke pastikan generasi baru lepas sekolah 100% tidak merokok sepatutnya yang kementerian kesihatan beriya-iya tunjuk kan. Ada nampak?

Berapa ramai yang sedang sakit/mati sebab rokok berbanding sakit/mati sebab lain? Asap kenderaan di darat, laut dan udara tak bahaya kepada manusia dan alam sekitar, asap kilang tak bahaya?

Jumlah penduduk di Malaysia di anggarkan seramai 32.4 juta pada 2018. Manakala kenderaan yang berdanftar di Malaysia sehingga kini adalah 30 juta. Berapa banyak asap kenderaan tu? Boleh nak hapuskan terus asap kenderaan? Nak capai penggunaan petrol 5.3 liter setiap 100 KM pun tak dapat lagi! Lagi banyak pencemaran sebab asap kenderaan dari asap rokok!

Sekali lagi, berapa ramai yang merokok? Penduduk lelaki di Malaysia 16.7 juta manakala perempuan seramai 15.7 juta. Semua lelaki merokok? Berbanding 30 juta kenderaan yang mengeluar asap yang jelas lebih banyak dari asap rokok! Tak bahaya?

Confirm 100% individu yang merokok akan sakit? Kenapa yang tak ada sejarah merokok pun sakit? Yang bagi komen pasal merokok tu hisap rokok tak? Tak hisap rokok boleh tahu 100% segala yang berkaitan perokok? Tak pernah naik ke bulan bulan tahu 100% macam mana kat bulan? Udara nya, rupanya dan segala bagai? Cukup tengok TV? Macam mana rasa oren kalau tak pernah makan oren?

Kenapa perokok susah sangat nak berhenti merokok? Tak lebih berusaha? Kenapa kau tak kaya? Sebab tak lebih berusaha? Senang nak kaya? Senang nak berhenti merokok? Berapa ramai boleh kaya? Berapa ramai boleh berhenti merokok?

Kalau dapat pastikan generasi lepas sekolah bebas rokok, generasi sedia ada yang merokok semua dah mati, selepas itu buat larangan merokok, ada ke sesiapa nak marah?

Tapi kalau biar generasi lepas sekolah terus tambah bilangan perokok sedia ada, boleh nak pastikan generasi akan datang bebas rokok? Bebas asap kenderaan dan asap kilang?

QURAN 3:64

"Say, "O People of the Scripture, come to a word that is equitable between us and you - that we will not worship except Allah and not associate anything with Him and not take one another as lords instead of Allah ." But if they turn away, then say, "Bear witness that we are Muslims [submitting to Him]."

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam"

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more