Cerita - Artikal 1

Artikal 367 - Seekor ular menyusur di dalam kegelapan dan terlanggar sesuatu yang menyakitkan dirinya. Lantas ia dengan pantas membelit apa yang ia terlanggar bagi membalas dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Semakin ia membelit, dirinya merasa semakin sakit. Tiba-tiba lampu dari kereta yang menghampiri ular tersebut menyuluh dan menerangi kegelapan. Rupa-rupanya apa yang ular itu belit tadi adalah sebilah gergaji. Patutlah semakin ular itu membelit semakin ia merasa sakit.

Kehidupan ini, pasti sahaja diri kita akan disakiti dengan pelbagai cara. Jika kita melawan kepada apa yang tidak kita ketahui mungkin apa yang kita lawan itu akan memakan diri kita kembali. Gunakanlah kebijaksanaan yang dimiliki untuk melawan. Apa? Siapa? Bila? Di Mana? Kenapa ? dan Bagaimana? untuk melawan.

Pemimpin yang tidak adil memerlukan kerjasama ramai untuk melawan. Jika tiada kerjasama tapi masih hendak melawan gunakanlah kebijaksanaan diri sendiri. Berenanglah seperti seekor ikan di lautan yang luas yang tidak pernah terkesan dirinya menjadi masin walau semasin mana air di lautan.

Kenal pasti siapa individu yang boleh memberi kerjasama. Jauhi individu yang hanya mementingkan diri sendiri yang membiarkan kezaliman terus berlaku kepada orang lain. Memang berkawan kena pilih kerana masa terhad yang kita ada lebih baik diperuntukkan untuk yang layak sahaja bukannya kepada yang mementingkan diri sendiri.

Sebagai individu, mengakui kesilapan diri sendiri sebagai tanda tahu kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Bukan sahaja kelemahan diri yang perlu diperbaiki malahan apa jua yang memberi impak kepada diri perlu diperbaiki termasuklah memilih kawan.

Tak rugi berbuat baik dengan semua orang dan pastinya masa yang ada lebih baik diperuntukkan untuk yang layak sahaja kerana memang menjadi kewajipan semua orang perlu berbuat baik dan memperbaiki kelemahan diri sendiri.

Membantu orang lain bukan kewajiban tetapi sudah pasti hanya yang layak sahaja perlu dibantu. Mengapa yang layak sahaja sedangkan membantu itu sepatutnya baik untuk siapa sahaja? Sedarkah kita adakah kita juga perlu nak membantu kepada mereka yang tidak adil? Membiarkan ketidakadilan terus berlaku adalah membantu. Mendiamkan ketidakadilan adalah membantu. Tentu sahaja kita tahu siapa yang layak untuk kita bantu.

Kepandaian, kerajinan atau apa jua kelebihan yang kita miliki akan merosot bila seringkali kita menerima impak motivasi negatif. Oleh sebab itu kawan atau siapa jua disekeliling kita memang jelas memberi impak kepada kita dan perlu dipilih siapa yang layak atau berhati-hati dengan individu yang tidak boleh kita pilih tetapi mereka ada akses untuk memberi impak negatif kepada kita.

Jangan biarkan ketidakadilan terus memberi motivasi negatif kepada kita. Gunakanlah kebijaksanaan yang dimiliki untuk memastikan kita terus bertambah baik tanpa kita sendiri membantu ketidakadilan walau apa jua motivasi negatif yang kita terima. Pasti kita akan jadi seperti magnet yang menarik ramai orang untuk semakin rapat dengan kita.

Ingat! Pilih yang layak sahaja untuk melekat dengan kita. Berbaloi berenang bersama-sama mereka di lautan yang luas dengan pelbagai cabaran mendatang. Pasti kita akan lebih happy dan kekal positif bersama-sama kelompok terpilih yang semakin berkembang.

QURAN 3:81

"And [recall, O People of the Scripture], when Allah took the covenant of the prophets, [saying], "Whatever I give you of the Scripture and wisdom and then there comes to you a messenger confirming what is with you, you [must] believe in him and support him." [ Allah ] said, "Have you acknowledged and taken upon that My commitment?" They said, "We have acknowledged it." He said, "Then bear witness, and I am with you among the witnesses."

"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more