Kaki kejang ketika tidur atau bersukan
Artikal 369 - Kekejangan boleh berlaku ketika anda sedang berlari atau ketika anda sedang tidur. Betis atau kaki anda tiba-tiba menjadi keras, ketat, dan menyakitkan. Anda mengalami kekejangan otot. Hampir semua orang mendapat kekejangan otot, yang datang tanpa amaran.
Banyak perkara yang boleh mencetuskan kekejangan otot seperti berikut:
Kekejangan otot juga boleh berlaku sebagai kesan sampingan beberapa ubat. Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kekejangan otot termasuk:
Peregangan Kaki Boleh Membantu
Cuba letakkan berat badan anda pada kaki yang terkena dan bengkokkan lutut anda sedikit. Atau, duduk atau berbaring dengan kaki anda lurus dan tarik kaki anda ke arah kepala anda.
Untuk kejang di bahagian depan paha (quadriceps), berpegang pada kerusi untuk menstabilkan diri dan tarik kaki anda ke arah punggung anda.
Anda juga boleh mengurut otot, ais, atau cuba mandi dengan garam Epsom.
Lakukan juga senaman untuk leher dan jari.
Bolehkah Saya Mencegah Kekejangan berlaku?
Untuk membantu menghentikan kekejangan berlaku di masa hadapan:
Bilakah saya patut berjumpa Doktor?
Dalam kebanyakan kes, pesakit boleh merawat sendiri kekejangan atau semasa bersukan perlu meminta bantuan secepat mungkin daripada orang sekeliling. Bantuan orang kedua diperlukan bagi membolehkan otot diregangkan semula seperti biasa. Ia mungkin akan berhenti dalam beberapa minit. Kekejangan otot ketika tidur bukanlah penyakit yang serius, jadi pesakit tidak perlu berasa bimbang. Jika anda sering atau kerap kejang dan tanpa alasan yang jelas, beritahu doktor anda.
Banyak perkara yang boleh mencetuskan kekejangan otot seperti berikut:
- Peredaran darah yang lemah di kaki anda
- Otot betis bekerja terlalu keras semasa bersukan
- Tidak cukup regangan
- Tidur dalam posisi hujung kaki ke depan sekali gus memendekkan otot betis. Apabila kaki berada dalam keadaan yang sama pada tempoh yang panjang, sedikit sahaja pergerakan akan menyebabkan kekejangan otot. Bertukar-tukar posisi ketika tidur adalah lebih baik agar tidak statik pada satu posisi pada tempoh yang lama.
- Jari yang terlalu kerap menaip atau leher yang lama statik mengadap komputer juga boleh menjadi tegang. Elakkan terlalu aktif menaip atau terlalu lama statik mengadap komputer. Mata yang lama memandang jarak yang sama ke skrin komputer juga tidak baik untuk kesihatan mata. Sesekali lihatlah sesuatu yang jauh di hadapan untuk beberapa ketika dan menoleh ke kiri dan ke kanan agar leher juga tidak statik pada tempoh yang lama.
- Menjadi aktif dalam suhu panas. Ini kerana kekejangan otot berlaku disebabkan gangguan pada bahagian saraf dan bukannya otot. Pertumbuhan dan pembaikan saraf berlaku pada hari panas kerana badan menerima lebih banyak vitamin D. Ini meningkatkan risiko kekejangan otot
- Keletihan otot
- Dehidrasi
- Kekurangan magnesium dan / atau kalium. Individu yang mengeluarkan banyak peluh lebih cenderung mengalami kekurangan kalium dan magnesium dalam badan. Kedua-dua bahan kimia ini sangat penting kepada otot. Kekejangan otot berlaku apabila pesakit kurang minum air apabila berpeluh,
- Masalah seperti kecederaan saraf tunjang atau saraf terikat di leher atau belakang anda
- Penyakit buah pinggang
Kekejangan otot juga boleh berlaku sebagai kesan sampingan beberapa ubat. Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kekejangan otot termasuk:
- Furosemide (Lasix), hydrochlorothiazide (Microzide), and other diuretics ("water pills") yang mengeluarkan cecair dari badan
- Donepezil (Aricept), untuk merawat pesakit Alzheimer
- Neostigmine (Prostigmine), untuk myasthenia gravis
- Nifedipine (Procardia), untuk merawat angina dan tekanan darah tinggi
- Raloxifene (Evista), untuk merawat osteoporosis
- Terbutaline (Brethine), albuterol (Proventil and Ventolin), ubat untuk asthma
- Tolcapone (Tasmar), untuk merawat Parkinson
- Ubat Statin untuk cholesterol, seperti atorvastatin (Lipitor), fluvastatin (Lescol), lovastatin (Mevacor), pravastatin (Pravachol), rosuvastatin (Crestor), or simvastatin (Zocor)
Cuba letakkan berat badan anda pada kaki yang terkena dan bengkokkan lutut anda sedikit. Atau, duduk atau berbaring dengan kaki anda lurus dan tarik kaki anda ke arah kepala anda.
Untuk kejang di bahagian depan paha (quadriceps), berpegang pada kerusi untuk menstabilkan diri dan tarik kaki anda ke arah punggung anda.
Anda juga boleh mengurut otot, ais, atau cuba mandi dengan garam Epsom.
Lakukan juga senaman untuk leher dan jari.
Bolehkah Saya Mencegah Kekejangan berlaku?
Untuk membantu menghentikan kekejangan berlaku di masa hadapan:
- Makan lebih banyak makanan yang tinggi dalam vitamin dan magnesium
- Pasti tahap hidrasi baik dengan banyak minum air
- Lakukan regangkan setiap hari dan sebelum bersenam. Peregangan harian dapat membantu dari berlakunya kekejangan yang bukan disebabkan aktiviti bersukan manakala peregangan sebelum senaman dapat membantu mencegah otot yang ketat.
- Melakukan regangan otot selama beberapa minit sebelum tidur bagi memastikan otot betis, kaki dan paha berada dalam keadaan stabil. Tidak perlu melakukan regangan sehingga mengeluarkan peluh. Cukup hanya menggerakkan otot kaki, betis dan paha
Bilakah saya patut berjumpa Doktor?
Dalam kebanyakan kes, pesakit boleh merawat sendiri kekejangan atau semasa bersukan perlu meminta bantuan secepat mungkin daripada orang sekeliling. Bantuan orang kedua diperlukan bagi membolehkan otot diregangkan semula seperti biasa. Ia mungkin akan berhenti dalam beberapa minit. Kekejangan otot ketika tidur bukanlah penyakit yang serius, jadi pesakit tidak perlu berasa bimbang. Jika anda sering atau kerap kejang dan tanpa alasan yang jelas, beritahu doktor anda.
QURAN 3:83
"So is it other than the religion of Allah they desire, while to Him have submitted [all] those within the heavens and earth, willingly or by compulsion, and to Him they will be returned?"
"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan."