Hak untuk bebas bersuara

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 313 - Panjang 4046
Akhir-akhir ini isu perletakkan jawatan Sultan telah menyebabkan beberapa individu telah ditahan kerana dituduh menghina Sultan. Isu ini juga membuatkan publik keliru berkenaan perincian kebebasan untuk bersuara. Adakah publik faham kebebasan untuk bersuara yang bagaimana dibenarkan atau sengaja buat tak faham?

UNDANG - UNDANG

Perlanggaran kebebasan bersuara juga membuat publik keliru undang-undang mana yang sebenarnya telah dilanggar? Antara undang-undangnya adalah seperti berikut:

1. Sedition Act 1948
2. Communications and Multimedia Act 1998
3. Security Offences (Special Measures) Act 2012
4. Prevention of Crime Act (Poca)
5. Prevention of Terrorism Act (Pota).

Mengapa undang-undang tersebut diwujudkan sedari awal dan apakah kelemahan pasti terhadap undang-undang tersebut? Terlalu banyak cabang dan perincian undang-undang juga menyebabkan mustahil untuk setiap individu tahu setiap perincian perkara yang dikategorikan melanggar undang-undang.

PENAHANAN

Isu individu ditahan tanpa melalui perbicaraan juga dipersoalkan keadilannya kerana pasti ada individu yang akan menjadi mangsa penahanan jika realitinya sememangnya individu tersebut tidak bersalah.

PERINCIAN

Adakah bersuara mengenai perkara berikut adalah melanggar undang-undang?

1. Fakta
2. Pendapat peribadi

Adakah unsur-unsur yang disuarakan yang menjadi masalah?

1. Penghinaan
2. Hasutan

Adakah perbezaan unsur-unsur yang dilarang atau dibenarkan?

1. Boleh menghina individu publik tapi tak boleh menghina individu seperti Sultan, Rasul atau terhadap Agama, Negara, Bangsa, Allah dan sebagainya?
2. Unsur hasutan seperti larangan atau suruhan yang jelas bukan paksaan.

MUDARAT

Adakah kebebasan 100% bersuara tidak akan menyebabkan mudarat? Boleh bersuara apa sahaja? Tak akan menyebabkan pergaduhan? Tidak termakan kata-kata? Tiada hati yang tersinggung terlajak kata-kata? Bagaimana pahit untuk ditelan tetapi penawar kerana kebenaran?

KESIMPULAN

Undang-undang perlu untuk mengawal dari masalah berleluasa. Keadilan mestilah dapat dipastikan agar realiti jika ada individu yang benar tidak bersalah tidak menjadi mangsa kelemahan undang-undang. Hanya undang-undang yang benar-benar pasti akan dapat memastikan keadilan sahaja diluluskan.

Kehidupan ini perlu ada batas. Quran dan Sunnah adalah panduan terbaik untuk individu tahu apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Ianya jelas dalam Quran. Tak ada siapa boleh mengubahnya walau sebaris ayat. Semua individu dapat ikuti panduan yang sama dan tidak bercelaru dengan pelbagai panduan lain yang ditokok tambah semakin berbelit-belit dan percanggahan. Apa-apa undang-undang yang bercanggah dengan Quran dan Sunnah pasti akan mengakibatkan permasalahan akan berlaku dikemudian hari.

QURAN 3:27

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya"

"You cause the night to enter the day, and You cause the day to enter the night; and You bring the living out of the dead, and You bring the dead out of the living. And You give provision to whom You will without account"

KEFAHAMAN AZA

"Kenali Allah akan dapat menyedarkan individu akan kebenaran"

ARTIKAL BERKAITAN


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more