Hanya rokok bahaya untuk kesihatan

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 315 - Panjang 3769
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu berkaitan rokok telah membuat AZA rasa terpanggil untuk publish artikal mengenainya di blog ini seperti berikut

PEROKOK

Hanya pastikan generasi lepasan sekolah bebas rokok 100% adalah langkah berkesan untuk memastikan generasi seterusnya akan datang selamanya bebas rokok. Bukan mengenakan pelbagai tindakan ke atas perokok sedia ada. Jika tidak sedari awal dicegah sudah tentu bertambah sukar apabila mana-mana individu sedang jadi perokok.

BERHENTI

Rata-rata perokok mahu berhenti merokok. Perokok lebih tahu susah senang mahu berhenti merokok dan mengapa terus merokok. Segala teori, kata-kata dan bukti betapa mudah berhenti merokok bukan alasan untuk sesiapa sesuka hati mengenakan tindakan ke atas perokok sedia ada. Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza, kelebihan dan kekurangan yang berbeza, terhadap apa jua masalah, pencapaian atau apa saja.

MATI

Isu kesihatan bukan hanya berpunca dari rokok. Bagaimana dengan asap kenderaan, denggi, kanser, serta 1001 penyakit lain? Bagaimana dengan kemalangan yang bukan disebabkan rokok? Hanya rokok sahaja penyebab mati? Berapa ramai yang mati sebab rokok? Berapa cepat mati sebab rokok? Bagaimana dengan sebab bukan rokok? Lagi lambat mati? Lagi kurang yang mati? Tak merokok dapat jamin anda kurang kerap sakit berbanding perokok? Perokok suka bunuh diri? Perokok nak orang lain mati?

Apakah penyakit yang paling banyak menyebabkan kematian di Malaysia ketika ini?

1. Heart disease

2. Cancer

Manakala pecahan untuk kanser di Malaysia adalah seperti berikut:

Dikalangan lelaki

Colorectal 16.4%
Lung 15.8%
Nasopharynx 8.1%

Dikalangan perempuan

Breast 32.1%
Colorectal 10.7%
Cervical 7.7%

BAIK

Jahat sangat ke individu yang merokok? Baik sangat ke individu yang tak merokok? Masih baikkah anda dengan pelbagai tindakan anda kepada perokok? Kenapa GAY jadi GAY? Kenapa perokok masih merokok?

PANDAI

Hanya individu yang tak merokok sahaja yang pandai? Perokok semua bodoh? Perokok bukan pengundi yang menentukan masa depan negara dan diri sendiri? PH kalah di Cameron Highland dan Semenyih adalah signal jelas untuk PRU15 kerana bila dapat kuasa berlaku zalim pada perokok

REZEKI

Akhir kata dari AZA, "Setiap buruk baik yang kita terima adalah rezeki dan ujian dari Allah. Pastikan generasi lepasan sekolah bebas rokok 100% adalah langkah berkesan untuk memastikan generasi seterusnya akan datang selamanya bebas rokok. Bukan pelbagai tindakan yang tak habis-habis menekan perokok sedia ada

SEKOLAH

Sejak AZA lahir, baru sekarang pelbagai tindakan mahu dikenakan ke atas perokok. Bagus sangat nak ambil tindakan tapi jelas telah menyasar. Sepatutnya generasi budak sekolah yang perlu disasarkan agar tidak merokok. AZA sendiri 100% tidak pernah sentuh rokok ketika masih bersekolah walaupun ketika itu kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan zalim seperti sekarang terhadap perokok sedia ada

ZALIM

Perokok sedia ada sudah lama dibiarkan merokok. Ianya sudah sukar untuk perokok berhenti merokok. Undang-undang baru yang dibuat untuk perokok sedia ada adalah tindakan zalim kerana selama ini telah dibiarkan dan sekarang mahu dihentikan seperti semudah suis on/off.  Ianya jelas membuatkan perokok merasa marah. Mengajak kepada kebaikkan tapi yang mengajak sendiri jauh lebih zalim walau mereka tidak merokok.

QURAN 3:29

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

"Say, "Whether you conceal what is in your breasts or reveal it, Allah knows it. And He knows that which is in the heavens and that which is on the earth. And Allah is over all things competent"

KEFAHAMAN AZA

"Allah tahu segalanya"

ARTIKAL BERKAITAN


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more