PKPD di Selangor 3 hingga 16 Julai 2021

Kenapa ya hanya buat di Selangor? Nanti selangor dah ok yang masuk selangor buat covid-19 ada balik. Nak hapus covid-19 kat malaysia kenalah buat PKPD satu malaysia. Tak ada istilah bersasar untuk kilang jer, untuk negeri tertentu jer. 

Bila kawasan kediaman dikawal pagar berduri, tak nak bagi orang sebar ke tempat lain, kenapa tak buat pagar berduri seluruh sempadan selangor agar tak sebar ke tempat lain. Cukup jaga selangor jer? Kena jaga satu malaysia. Yang buat kawat berduri pun ada yang lepas. Makanya satu malaysia kena buat PKPD.

Covid-19 ni isunya susah nak kawal PERGERAKAN ORANG. Sebab sorang jer yang kena covid boleh jangkit orang lain. Walaupun yang sorang tu dalam sektor essential. Bila hari ni ada kes covid, kena tunggu dua minggu akan datang tak ada kes covid baru dapat putus rangkaian covid. Tapi dalam masa dua minggu tu ada lagi kes positif baru, dah kena tambah lagi dua minggu untuk putuskan rangkaian covid. Sampai bila nak sudah kalau bersasar tapi ada jugak kes positif baru.

Nah kalau dah hadam erti susah nak kawal PERGERAKAN ORANG, makanya satu malaysia kena buat PKPD.

Membazir keluar duit bagi bantuan berjuta sebab patutnya bantuan tu sekali jer. Tapi bila dah jelas hanya kawal di selangor jer, pastu nanti yang masuk selangor bawa covid masuk, nanti kes covid naik balik di selangor (patutnya nak hapus bukan kawal angka). Bagi bantuan lagi. 

Usahkan di selangor, variant covid yang jauh berada di luar negara tu macam mana boleh masuk ke malaysia? Dulu kes pertama covid masuk malaysia sebab dari LUAR NEGARA. Ni masuk lagi. Apa citer? SIHAT TAK SIHAT WAJIB KUARANTIN NAK MASUK KAN? Bersasar dah tentu gagal. Tapi dah tahu punca gagal pun masih tak nak PKPD satu malaysia?

Ekonomi dah tentu parah bila satu malaysia buat PKPD. Sebab tu kena buat betul-betul jadi tak perlu banyak kali bagi bantuan tapi covid tetap tak hapus. Tetap terus tak boleh balik raya. Tetap terus kena pakai mask.

Ni dua minggu buat kat selangor tapi kat negeri lain tak buat. Kalau buat serentak satu malaysia kan dua minggu seluruh malaysia duduk rumah bebas covid. Sebab bersasar negeri tertentu jer yang PKPD dah tentu gagal sebab yang tak PKPD bawa masuk covid.

Orang yang kena covid macam orang kena AIDS. Nampak sihat tapi sakit. Tak ada simptoms. Makanya satu malaysia kena duduk rumah. Covid boleh diputuskan rangkaian bila duduk rumah. AIDS tak boleh. Itu bezanya.

Memang sektor essential perlu terus operasi nak hapus covid. Dulu kita dah nak berjaya dah tapi gagal sebab pilihan raya di sabah. Jangan semuanya nak di essentialkan. JANGAN BUAT BERSASAR. Patutnya dua minggu nak putus rangkaian covid ni dah dua tahun. 

Nak parah dua minggu jer atau berterusan ada covid?

Comments

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more