Apa masalah Amerika sekarang

  Mahukah anda bagi Amerika pinjam wang anda bila anda tahu hutang credit card Amerika sangat besar sehingga melebihi pendapatan tahunan Amerika dan pembayaran interest tak lama lagi akan melebihi pendapatan tahunan Amerika sebab Amerika tak boleh berhenti berbelanja.

Budget defisit ialah Amerika berbelanja melebihi apa yang Amerika dapat dari tax. Harus kurangkan hutang sedia ada dan finance hutang baru pada interest rate yang lebih tinggi berbanding 5 atau 10 tahun dahulu. Hutang yang dipinjam pada 5 atau 10 tahun lepas akan matang sekarang dan perlu refresh pada rate yang lebih tinggi.

Pendapatan dah lah tak cukup, hutang sedia ada tak mampu nak bayar menyebabkan Amerika kena bayar charge tambahan iaitu compounding interest. Masalah tidak berakhir di situ kerana Amerika terpaksa terus buat hutang baru dengan interest rate yang lebih tinggi sebab pendapatan Amerika tak cukup untuk menampung perbelanjaan Amerika. Tak cukup satu credit card tambah lagi ambil credit card lain.

Interest rate jadi lebih tinggi sebab
  • Memperbaharui hutang lama kerana dah matang pada interest rate yang lebih tinggi berbanding sebelum ini
  • Budget defisit yang lebih besar dalam sejarah, artinya tak pernah sebesar itu, dan terpaksa pinjam duit lebih banyak, telah memperbaharui hutang tapi masih tak cukup untuk berbelanja, tambah lagi buat hutang dengan interest yang lebih tinggi.
  • Proses ini berulang dengan memperbaharui hutang lama seperti di atas. Sais hutang terus membesar, pendapatan terus semakin mengecil kerana hutang dan terus berbelanja.
Disebabkan corak kewangan Amerika macam tu sekarang, interest rate akan datang melebihi jumlah tax yang Amerika dapat. Jika bayi yang lahir hari ini berusia 30 tahun, pada masa akan datang, ketika itu bagaimana hutang Amerika? Berapa si umur 30 tahun tu kena bayar tax buat Amerika ketika itu?

Bila Amerika pinjam wang, Amerika jadi semakin miskin kerana semakin banyak berhutang.

Jika berlaku crisis pada masa akan datang yang memerlukan duit yang banyak, sedangkan keadaan Amerika sebegitu, masih ada pihak nak bagi Amerika pinjam duit? Siapa akan percaya kepada Amerika dollar atau Amerika Bond?

Saat Amerika bankrupt pada masa akan datang, tak ada siapa yang tahu kerana ianya akan berlaku secara tiba-tiba. Bagaimana untuk bersedia? Lihat sahaja masalah yang dihadapi Amerika sekarang. Masih belum bankrupt kan. Tapi bila saat itu terjadi, segalanya sudah terlambat.

Bila ada bank failure pada masa kan datang, bagaimana Amerika nak mampu selamatkan bank dan orang ramai yang simpan duit dalam bank tersebut?

Dalam keadaan sekarang, harusnya Amerika faham kenapa dunia de-dollarization. Ekonomi Amerika dah sebegitu, Amerika dollar dah dijadikan sebagai senjata Amerika, pasti dunia mahukan alternatif. Hutang Amerika yang sebegitu bertambah, dalam masa yang sama ada negara yang masih lagi beli Amerika bond, pasti pembeli Amerika bond akan cari cara lain yang lebih selamat dengan beli emas.

Para business juga mahu menyelamatkan diri dari menjadi mangsa saat Amerika bankrupt nanti kerana ketika itu Amerika pasti tidak mahu selamatkan para business itu sebaliknya Amerika akan mengutamakan untuk selamatkan kerajaan Amerika. Rakyat Amerika ketika itu jika tidak memiliki emas akan menjadi mangsa Amerika bankrupt kerana duit dalam bank sudah tidak berguna. Ianya hanya contract. Negara lain yang beli Amerika bond dan simpan Amerika dollar akan turut sama menjadi mangsa.

Dengan masalah Amerika sekarang, Amerika cuba menggunakan Bitcoin supaya dunia ikut serta. Persoalannya masih adakah yang mahu mengambil risiko sebegitu setelah tahu apa yang Amerika alami sekarang dan akan datang? Sukar bila rasa percaya telah hilang.

Amerika guna AI untuk dapat lebih kuasa mengawal demi kebaikkan mereka dan cuba untuk promosi menggunakan setiap financial produk mereka dengan cara memudahkan anda pada awalnya tapi akhirnya menjerat anda untuk kebaikkan diri mereka. Mereka akan kata selamat, bagus dan mudah menggunakan produk financial mereka. Tapi setelah mereka lihat anda tidak boleh hidup tanpa produk mereka, mulalah mereka melakukan perubahan pada produk mereka tanpa perlu minta kebenaran dari anda.

Bagaimana Amerika menghadapi masalah ini?


  • Terus mencetak wang
    • Tapi ini akan menyebabkan inflasi bertambah teruk dengan kenaikkan harga barang, harga rumah, harga saham dan sebagainya.
  • Default
    • Mengistiharkan Amerika sudah tidak mampu membayar hutang.
    • Tapi ini akan menyebabkan rakyat Amerika, para business dalam luar Amerika yang mempunyai US dollar, kontrak dan aset dengan Amerika akan kehilangan semua itu secara sah tanpa perlu Amerika membayarnya.
  • Kupon
    • Apabila US dollar sudah tidak dipercaya, Amerika akan mengeluarkan kupon sebagai pengganti US dollar. Hanya dengan kupon itu membolehkan untuk membeli apa-apa.
  • CBDC
    • Central Bank Digital Currency adalah mata wang digital. Berbanding US dollar, wang digital memboleh Amerika mencipta wang tanpa perlu mencetaknya. Cukup menaipkan digit-digit di akaun bank. Wang boleh dicipta tanpa had. Purchasing power pengguna boleh dikurang semaksima digit yang boleh 0.000000000000000009 berbanding sekarang purchasing power US dollar hanya tinggal 0.03 US dollar dari 1.00 US dollar.
    • Malah CBDC boleh diprogramkan. Misalkan anda beli terlalu banyak gula, akaun anda disekat. Bergantung kepada syarat semasa CBDC yang tidak memerlukan kebenaran dari anda.
    • Projek CBDC sedang giat dilakukan di seluruh dunia.
    • Mungkin cash juga akan dimansuhkan jadi semua orang bergantung kepada mobile phone yang mempunyai kuasa AI seperti iPhone 16 dimana tiada privacy 100%.

Tak perlu nak pening kepala, kalau anda ada duit, jangan simpan banyak-banyak dalam bank. Duit tu lebih baik anda beli emas. Emas lebih bernilai dari apa jua mata wang kerana mata wang sering di spekulasi. Emas di miliki di seluruh dunia tidak kira apa jua mata wang yang mereka gunakan. Emas membawa fungsi mata wang kerana ianya bernilai dan amat diperlukan dalam pelbagai pelbagai perkara.

  • Barang kemas
  • Perindustrian
  • Teknologi
  • Investment
  • Bank
  • Lain-lain

Kenapa emas lebih bernilai dari mata wang?

  1. Emas adalah wang. Benar emas tidak digunakan sebagai mata wang sekarang. Tetapi sejarah emas digunakan sebagai wang adalah lebih lama berbanding sejarah mata wang. Emas digunakan sebagai wang lebih dari 3000 tahun berbanding mata wang british 1200 tahun.
  2. Emas adalah aset.
    1. Anda boleh pegang sendiri emas anda berarti benar anda pemilik emas tersebut. Berbanding sistem pelaburan yang lain anda tidak dapat pegang sendiri. Hanya bergantung pada pihak lain seperti bank dan bergantung kepada pelbagai syarat dari kontrak.
    2. Jika anda boleh pegang sendiri, ia benar milik anda.
    3. Emas tidak boleh dimusnahkan dengan api, air, mahupun masa.
    4. Emas tidak boleh digodam, di blocked atau dihapuskan seperti akaun bank anda.
  3. Emas tiada bergantung risiko dengan pihak lain
    1. Tiada kontrak
    2. Tiada orang tengah atau pihak lain
    3. Anda beli emas, hanya anda pegang, hanya anda pemilik.
  4. Emas adalah privacy kerana tiada siapa tahu berapa banyak anda ada emas, dimana anda simpan, bila anda jual atau beli berbanding simpan duit di bank pastinya bank tahu semua aktiviti anda.
  5. Emas mudah dibawa kemana sahaja yang anda mahu dan mudah untuk dijual semula.
  6. Emas mudah disimpan. Berat iPhone 16 adalah 170 gram. Jadi anda boleh bayangkan berat emas dan nilai emas seberat itu mudah untuk anda simpan dan bawa kemana sahaja. Tak banyak makan ruang.
  7. Emas yang anda pegang dapat digunakan saat tidak terduga
    1. Akaun bank bermasalah
    2. Pihak berkuasa membuat undang-undang baru
  8. Emas tetap bernilai walau pasaran saham merundum.
  9. Emas bertambah lebih banyak nilai ketika krisis kewangan.
  10. Saat inflasi, semua harga barang naik, harga rumah naik tetapi emas yang telah lama anda miliki dapat membantu anda kurang merasa terbeban dengan kenaikkan harga kerana emas anda juga telah lama naik harga.
  11. Trend harga emas sentiasa naik sejak dari dulu sampai sekarang.

Bagaimana kerajaan Amerika berhutang?

  • Pinjam dan bayar interest sebab pinjam tadi melalui jual bond Amerika dari
    • Bank
    • Corporation
    • Individu Globalist
    • Negara lain seperti Jepun, China dan sebagainya

Bagaimana kerajaan Amerika bayar hutang?

  • Melalui cukai yang Amerika dapat

Cukai yang kerajaan Amerika dapat buat apa?

  • Belanjawan
    • Jalan raya, pencen, tentera dan sebagainya
    • Bantuan kepada Israel dan Ukraine
  • Bayar interest dari hutang sedia ada
    • 38% dari cukai bayar interest kepada negara lain, globalist, corporation dan bank.
    • 62% untuk belanjawan

Kenapa kewangan kerajaan Amerika mengalami defisit?

  • Defisit berlaku bila tak cukup duit dari cukai yang diperolehi kerana perbelanjaan melebihi pendapatan
  • Defisit boleh tiada bila perbelanjaan dikurangkan atau tambah cukai supaya tidak sampai defisit.
  • Defisit lama kelamaan akan menyebabkan kerajaan Amerika bankrupt bila
    • Tak dapat cukai atau tak dapat berhutang yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan akan datang atau
    • Berlaku perkara yang memerlukan perbelanjaan yang banyak di luar daripada peruntukan belanjawan sedia ada.
    • Peratusan untuk bayar interest lebih banyak dari belanjawan
    • Amerika dikenakan charge compounding interest kerana gagal bayar hutang pada masanya. Itu menyebabkan hutang Amerika jadi bertambah besar kerana charge tambahan dari compounding interest itu tadi.
  • Amerika tak dapat terus cetak wang untuk menampung perbelanjaan kerana
    • Perbelanjaan bertambah
      • Jumlah belanjawan meningkat
      • Jumlah bayar interest meningkat
    • Pendapatan berkurang
      • Cukai dapat kurang kerana pendapatan pembayar cukai semakin kurang
      • Bond Amerika semakin kurang pembeli. Nak cetak wang mesti ada yang nak beli bond Amerika samada pembeli dari luar negara atau dalam negara.
      • Tariff belum tentu membantu Amerika menambah pendapatan kerana ianya belum dilaksanakan

Comments

Popular posts from this blog

Indonesia menjadi anggota ke-10 BRICS

Sayang

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Senarai lengkap Add Favourite Payee maybank2u

AZA's YouTube Playlist

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya sila isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more