Kumpul emas atau kumpul wang

 Mari kita lihat fakta semasa dan sejarah emas berkaitan wang. 

Kesan wang dari pertukaran sistem kewangan

  • 1913 
    • Ketika ini wang boleh ditukar kepada emas di bank
  • 1971 
    • Bermula wang tidak boleh ditukar kepada emas di bank sehingga ke hari ini

Perbezaan apabila gaji dibayar dalam bentuk emas berbanding wang

  • 1913
    • Purata pendapatan purata tahunan $800
  • 1971
    • Purata pendapatan purata tahunan $10500
    • Jika anda dibayar dalam bentuk ounce Emas atau Perak
    • Bersamaan 248.70 ounce Emas
    • Bersamaan 6907.89 ounce Perak
    • Ketika ini rakyat telah kehilangan 75% Purchasing Power
    • Ketika ini seorang bekerja mampu menyara keluarga seramai 4 orang isi rumah
  • 2024 
    • Purata pendapatan purata tahunan $59228
    • Jika anda dibayar dalam bentuk ounce Emas atau Perak
    • Bersamaan 665464.23 ounce Emas
    • Bersamaan 214351.97 ounce Perak
    • Ketika ini rakyat telah kehilangan 99.97% Purchasing Power
    • Ketika ini perlu dua orang bekerja untuk menyara keluarga seramai 4 orang isi rumah
Jika sejak 1913 kita terus boleh tukar wang kepada emas di bank sampai sekarang pasti kita tidak mengalami masalah perlu dua orang bekerja untuk menyara keluarga seramai 4 orang isi rumah kerana emas terus naik nilai sedangkan wang sekarang menyebabkan inflasi harga barang, harga rumah terus naik sejak dari dahulu.

Akan datang nak terima gaji dalam bentuk wang atau emas?

Nilai sebenar harga Emas dan Perak untuk tahun 2024

Jumlah dibawah akan meningkat bergantung kepada kekerapan berapa banyak lagi wang yang akan dicetak pada masa akan datang

  • Jumlah hutang global $313,000,000,000,000  trillion
    • Tidak termasuk derivative
  • Jumlah emas global 7,498,617,468 billion ounce
    • Termasuk yang sedang dicari gali
    • Semua bentuk emas semasa sedia ada
  • Mencari nilai sebenar dengan jumlah hutang bahagi jumlah emas
    • Nilai sebenar harga Emas $41,741.03 per ounce
      • Berbanding harga tertinggi emas sekarang $2788.36 per ounce
    • Nilai sebenar harga Perak $2,087.05 per ounce
      • Berbanding harga tertinggi perak sekarang $49.45 per ounce
Jangan hairan lihat perbezaan nilai sebenar harga emas berbanding harga emas semasa kerana lihat sahaja Bitcoin yang bermula pada tahun 2009 dengan $7 kini $107000. Padahal Bitcoin itu cuma salah satu dari produk kewangan Amerika yang memang untuk para speculator jana wang digital dari wang digital.

Nilai sebenar emas akan digunakan apabila kepercayaan kepada wang tidak boleh ditukar kepada emas di bank sehingga ke hari ini hilang. Keadaan sebegitu pernah beberapa kali berlaku dalam sejarah kerana wang kehilangan purchasing power dengan ketara disebabkan kenaikkan harga barang yang melampau. Keadaan sebegitu dijangka akan berlaku lagi apabila Amerika bankrupt kerana keadaan hutang Amerika yang sangat besar $36 trillion dan akan terus bertambah kerana Amerika sudah tidak lagi mampu untuk berbelanja tanpa terus berhutang berbanding pendapatan Amerika yang semakin mengecil.

Antara tanda-tanda yang boleh dilihat apabila itu hampir berlaku adalah

  • Mata wang Jepun memberi kesan kepada mata wang Amerika kerana Jepun adalah negara yang paling banyak bergantung kepada mata wang Amerika.
  • Eropah yang sudah lama menjadi sekutu Amerika kini sedang mengalami masalah ekonomi yang teruk dan akhirnya pasti memberi kesan kepada Amerika.
  • Inflasi yang sedang berlaku di Amerika sekarang bergantung kepada kadar kecepatan mencapai tahap melampau.
  • Krisis tidak terduga akan datang juga boleh mempercepatkan ianya berlaku seperti bank bankrupt, stock market crash seperti Bitcoin dan sebagainya.
  • Contoh krisis kewangan pada tahun 2008 bermula di Amerika dan memberi kesan kepada negara lain juga kerana sistem kewangan saling berkait di seluruh dunia. Tapi ketika itu Amerika tidak punya hutang sebesar sekarang.
  • Memang sekarang banyak isu semasa tetapi isu kewangan harus diberi keutamaan kerana jika tidak bersedia pasti akan memberi kesan buruk yang panjang.
Samada sejak dahulu gaji dibayar dengan emas atau wang boleh ditukar kepada emas di bank atau sejak dari dulu mengumpul emas, pasti kesannya berbeza dengan nilai emas yang sudah sekian lama dapat dikumpul sedikit demi sedikit sehingga ke hari ini. Kuasa yang tinggal pada rakyat cuma dengan memiliki emas sahaja kerana emas membantu rakyat ketika kenaikkan harga barang, bebas dari terikat dengan undang-undang dan pelbagai syarat dari sistem bank, kerajaan dan kuasa Amerika.

Sebentuk cincin emas boleh menjadi dynasty yang diwariskan melebihi 300 tahun. Anda ada dynasty sebegitu? Mudah apa sukar?

Kumpul emas lebih baik dari simpan duit banyak-banyak di bank. Jika anda masih tanya kenapa berarti anda belum faham. Tak mengapa kalau masih belum faham. Masih punya kesempatan untuk cari maklumat.

Contoh bila wang boleh ditukar kepada emas seperti tahun 1913

  • 1.41g
    • 5 sen
      • Gasing
        • RM 540.03
  • Berat syiling 5 sen gasing adalah 1.41 gram dan harga emas seberat itu adalah RM 540.03
  • Bila anda pergi bank
    • Sila tolak duit dalam akaun bank saya kerana saya nak emas gasing
    • Makanya bank akan tolak account anda RM 540.03 dan bagi anda emas yang seberat 1.41 gram
    • Anda pun mula kumpul syiling emas gasing
  • Atau
  • Anda pergi bank dan bawa 186 keping syiling emas gasing
  • Jumlah berat 262.26 gram. Tak berat mana pun. Berat iPhone 16 iaitu 170.00 gram.
  • 186 x RM 540.03 = RM100,445.58
    • Sila masukkan RM100,445.58 ke akaun bank saya kerana saya nak beli rumah cash tanpa buat loan
    • Transfer kepada pemaju perumahan RM100,000.00 bakinya biar dalam akaun saya.
  • Atau
  • Anda pergi shopping beli barang dapur bawa sekeping syiling emas gasing
  • Jadi ada banyak lagi keadaan yang boleh digunakan syiling emas sama seperti kita gunakan wang sekarang.
  • Mungkin sudah tiba masanya negara kita kembali gunakan syiling emas sebagai tambahan pilihan dari kewangan sedia ada.
  • Atau 
  • Kita boleh buat komuniti sendiri guna barang kemas sebagai syiling emas.
  • senang jer
  • yang penting barang kemas tersebut ada 4 perkara
    • sama design
    • sama berat dan ada mark beratnya berapa gram
    • ada mark 916 atau 999.9 fine gold
    • semua orang kenal dah jadi macam syiling emas juga.
  • Lihat syiling dah tau itu syiling.
  • Lihat emas dah tau itu emas. Ada mark 916, sama design, sama berat.
  • Design tu yang buat orang tengok jer dah tau itu emas.
  • Benda baru memang ambil masa sikit nak biasa. Lama-lama dah terbiasa.
  • Tak semestinya dalam bentuk syiling kerana emas dalam apa juga bentuk tetap bernilai. Senang jer nak buat semua orang kenal. Viral.
  • Lepas ni tengok jer barang kemas tu dah tau berat standard dia berapa, terus boleh tau harga semasa dari berat standard tu.
  • Sejarah tak pernah buat macam ni bukan berarti kita tak boleh buat.
  • Kebebasan cara bayar antara satu sama lain. 
  • Cincin ker, buah rantai ker, subang ker, yang penting ada 4 perkara tersebut.
  • Bila kita dapat syiling, kita tak belek-belek pun, sebab dah biasa.
  • 1.41 gram tu memungkinkan untuk orang ramai simpan setiap bulan. Ini tujuan penting.
  • Ya memang sekarang ada gold coin wafer dengan berat minima 0.20 gram. Tapi harganya 2x ganda dari harga emas sebab charge design. Macam mana lah emas nak jadi kebiasaan orang kumpul kalau bisness tak jujur macam tu. Kalau dah buat banyak-banyak, kan jual ikut harga emas semasa aja dah cukup. Objektif kan nak bagi orang biasa kumpul emas. 
  • Selama ni boleh jer jual barang kemas pelbagai. Kenapa untuk yang satu ni masih nak kira soal untung rugi?
  • Sekarang 1 gram emas RM383 kenapa jual gold coin wafer 1 gram sampai RM728
Berarti benar. Individu tidak boleh bergantung kepada dunia, kerajaan, para business, keluarga atau teman. Mereka semua punya keutamaan yang tak sama dengan anda. Adil? Ya adil. Kerana anda sendiri tidak mengutamakan mereka kerana anda punya keutamaan anda sendiri. Terus solusi sebagai individu bagaimana?

Cari emas yang jual ikut harga emas semasa bukan charge lebih dari itu.

Ingatan tulus ikhlas

Comments

Popular posts from this blog

Indonesia menjadi anggota ke-10 BRICS

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Senarai lengkap Add Favourite Payee maybank2u

Sayang

AZA's YouTube Playlist

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya sila isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more