Sudah ada dipasaran syiling emas 999.9 gold coin wafer seberat 0.2 gram yang berharga RM138 dengan harga pasaran semasa emas adalah RM383 per gram yang menjadikan RM76.60 untuk 0.2 gram emas. Berarti charge sebanyak RM61.40 dikenakan untuk gold coin wafer 0.2 gram itu menjadikan ianya dijual dengan harga RM138.
Menurut saya charge yang dikenakan terlalu mahal sehingga lebih 90% harga emas. Charge keseluruhan boleh dihapuskan bagi membolehkan ianya dijual mengikut harga emas semasa dengan cara buat satu design tetap dengan jumlah yang banyak.
Gold coin wafer seberat 0.2 gram itu boleh menjadi trend baru orang ramai mengumpul emas daripada menyimpan duit banyak-banyak di bank kerana trend emas naik nilai sejak dari dahulu berbanding simpan duit di bank menyebabkan terkesan dengan inflasi.
Gold coin wafer seberat 0.2 gram itu juga boleh berperanan seperti duit syiling yang kita gunakan sekarang kerana terdapat mark 0.2 gram pada Gold coin wafer itu memudahkan untuk orang ramai tahu harga emas semasa untuk 0.2 gram dan itu membolehkan orang ramai membayar satu sama lain menggunakan syiling emas.
Gold coin wafer itu boleh berfungsi sebagai
- Fungsi utama sebagai simpanan
- Fungsi kedua sebagai syiling
Ciri-ciri yang ada pada setiap Gold coin wafer itu adalah ianya mempunyai
- Design yang sama
- Berat yang sama
- Mark 999.9 Fine Gold
- Mark 0.20 g
Dengan ciri-ciri itu membolehkan orang ramai tahu ianya adalah emas seberat 0.20 gram yang mempunyai nilai mengikut harga emas semasa yang semua orang boleh tahu dengan melihat harga emas semasa di internet.
Emas seberat 0.20 gram itu membolehkan orang ramai mampu untuk memilikinya.
Ianya juga mudah dibawa dengan nilai yang jauh lebih besar dari duit syiling yang biasa kita gunakan menjadikan ianya kombinasi yang bagus untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Syiling emas juga mudah dikumpul dan disimpan dengan nilai emas yang jauh lebih besar berbanding dengan nilai duit syiling semasa menjadikan ianya tidak akan menjadi terlalu banyak atau terlalu berat untuk disimpan.
Sebanyak 1306 keping Gold coin wafer 0.2 gram diperlukan untuk menjadikan jumlah sekitar RM100 ribu atau 130 keping untuk sekitar RM10 ribu atau 26 gram emas. Berat iPhone 16 adalah 170 gram.
Jika Gold coin wafer 0.2 gram masih terus mahu charge 91% berbanding harga emas semasa, orang ramai masih punyai alternatif iaitu dengan membeli barang kemas seperti sebentuk cincin emas sekitar 1 gram emas.
Gold coin wafer 0.2 gram itu lebih ringan dari syiling 5 sen gasing yang seberat 1.41 gram. Anda perlu 7 keping Gold coin wafer 0.2 gram untuk dapat seberat syiling 5 sen. Bergantung pada kemampuan anda untuk dapat membeli berapa banyak emas setiap bulan sebagai simpanan anda.
Barang kemas boleh diketahui ianya emas atau tidak dengan mark 916 pada emas tersebut. Sukar untuk menjadikan barang kemas berperanan sebagai membayar satu sama lain kerana ianya tiada mempunyai mark berat emas seperti yang ada pada Gold coin wafer. Perlu timbang dulu untuk tahu berapa berat.
Fungsi barang kemas tak dapat jadi fungsi seperti syiling hanya kerana ianya tiada mark berat emas pada barang kemas tersebut. Jelas faktor penting bila nak cipta sesuatu produk harus ambil kira pelbagai sudut yang memberi dampak yang berbeza.
Barang kemas tidak mengenakan charge 91% seperti Gold coin wafer. Terdapat banyak kedai emas yang menawarkan pelbagai harga dan pasti ada antara kedai emas itu yang mengenakan charge yang jauh lebih rendah atau tiada charge sama sekali. Lihat harga emas semasa dan bandingkan dengan harga produk emas yang anda mau beli.
Trend emas naik nilai sejak dari dahulu
- Per Gram
- 5 Tahun
- 2019 - Nov - RM195
- 2024 - Nov - RM383
Ketika 2024, anda nak beli emas 1 gram anda rasa mahal. Sama juga mereka yang mau beli emas pada tahun 2019 mereka juga rasa mahal ketika itu kerana trend harga emas memang naik sejak dari dahulu. Berarti setiap masa adalah waktu yang sesuai untuk beli emas kerana kita tahu akan datang harga sekarang akan terus naik pada masa hadapan.
Emas tetap bernilai dalam apa jua bentuk. Emas boleh dilebur dan dijadikan barang kemas, syiling emas, dalam perindustrian dan sebagainya. Emas anda tetap bernilai di seluruh dunia. Berbanding mata wang yang berbeza setiap negara dan tidak semua negara menerima mata wang negara lain.
Emas yang anda pegang adalah milik anda. Jika anda tidak dapat pegang sendiri berarti ia bukan milik anda seperti simpan duit di bank, jika bank bankrupt atau kena hacked, anda boleh kehilangan duit yang anda simpan di bank. Ada banyak kesilapan yang pihak lain boleh lakukan. Hanya dengan pegang sendiri ada tiada sebarang risiko dengan pihak apa pun. Malah anda tak perlu menurut pelbagai syarat-syarat bank yang mereka boleh ubah tanpa perlu minta kebenaran dari anda terlebih dahulu.
Manakala soal inflasi, simpan duit di bank menyebabkan wang yang lama anda simpan di bank akan terkena dampak inflasi. Contoh 5 tahun kumpul RM10 ribu di bank. Saat anda belanja RM10 ribu itu harga barang semua dah naik sejak dari dahulu. Berarti RM10 ribu itu semakin kurang benda yang anda boleh beli.
Berbanding beli emas RM10 ribu. Setelah 5 tahun anda jual emas tersebut. Emas itu naik nilai lebih dari RM10 ribu. Berarti anda dapat beli lebih banyak. Sebab itulah emas sejak dari ribuan tahun dahulu orang kumpul kerana ianya tak sama dampak dengan simpan duit banyak-banyak di bank.
Sebentuk cincin emas boleh diwariskan sehingga beberapa generasi. Anda ada miliki emas dari generasi anda? Mudah apa sukar? Beza cara pilihan menyimpan samada simpan emas atau simpan duit memberikan dampak yang berbeza kepada anda di masa hadapan.
Lihat emas sebagai aset yang kita boleh pegang sendiri, tak perlu ikut pelbagai syarat pihak lain, tiada risiko hilang duit di bank, emas mudah disimpan di pelbagai tempat, tak banyak makan ruang dan emas naik nilai sejak dari dahulu. Emas boleh ditukar kepada wang pada bila-bila masa yang anda mau samada dalam atau luar negara.
Bagaimana merancang kumpul duit untuk beli emas?
- Gaji 1500
- Simpanan
- Sewa
- Mobile data
- Petrol
- Makan
Hanya untuk itu sahaja tinggal baki RM85. Hari ini RM500 itu sebagai simpanan anda untuk anda beli emas 1.3 gram, akan datang ianya sebagai pembayaran loan rumah anda. Dari mana anda nak dapat simpan selepas ada loan itu?
Gaji minima akan dinaikkan kepada 1700 bermula 1 February 2025. Ketika itu harga barang juga semua ikut naik.
Bahagikan simpanan anda kepada 3 kategori
- Emas
- RM500 = 1.3 gram Emas
- Jumlah RM500 itu akan berkurang dapat beli berapa banyak gram emas kerana trend emas naik nilai. Oleh sebab itu, wang dari cash nanti untuk tambah keupayaan dapat maintain beli 1.3 gram emas setiap bulan.
- Cash
- RM85 - Simpanan untuk menghadapi kecemasan
- Cash ini akan bertambah setiap bulan. Jangan pegang banyak-banyak cash. Beli emas. Maintain pegang cash RM85 jer setiap bulan.
- Bank
- RM1500 - RM585 = RM920
- Pengeluaran wang tunai
- Sewa
- Mobile data
- Petrol
- Makan
- Baki dari wang makan sebagai simpanan berterusan anda di bank.
Guna RM500 untuk beli emas itu terlalu banyak? Bagaimana boleh jadi terlalu banyak sedangkan anda boleh tukar pada bila-bila masa sahaja emas anda kepada wang. Boleh saya kata simpan RM500 di bank terlalu banyak?
Bagaimana kalau berlaku kecelakaan pada masa hadapan? Sudah pasti simpanan berkurang drastik atau kehilangan pekerjaan. Lebih baik kita fokus kepada sesuatu yang boleh kita kawal. Kecelakaan itu tidak boleh kita kawal.
Persiapan kita untuk menghadapi kecelakaan itu yang penting. Emas yang kita simpan boleh kita tukar kepada wang pada bila-bila masa. Insurance yang anda beli belum tentu anda dapat claim. Ada banyak syarat dan alasan pihak insurance. Jika jual insurance itu tidak untung, pasti syarikat insurance sudah lama bankrupt tidak semakin membesar seperti sekarang. Emas yang anda miliki pasti dapat membantu, insurance belum tentu. Emas yang anda miliki itulah yang benar pasti sebagai insurance anda.
Mengapa menambah perbelanjaan untuk sesuatu yang belum pasti. Malah perbelanjaan tambahan itu mengakibatkan pengurangan berapa banyak dapat jumlah membeli emas. Sedih kan udah lama bayar insurance, saat benar-benar memerlukan claim tak dapat.
Malah ada yang bertahun-tahun bayar insurance tidak pernah claim kerana tidak pernah menghadapi kecelakaan. Bukankah duit itu lebih baik buat beli emas. Emas kamu makin banyak. Bukan buat syarikat insurance makin untung tanpa ada claim.
Ya bukan senang nak kumpul emas untuk dapat beli rumah sendiri nanti. Ramai orang yang telah melalui proses yang sama. Ianya bukan asumsi. Ianya bukti nyata yang realistik. Mampu dicapai oleh siapa pun. Beza cara pilihan menyimpan samada simpan emas sendiri atau simpan duit di bank memberikan dampak yang berbeza kepada anda di masa hadapan.
Emas dan sutera dilarang dipakai oleh lelaki dalam Islam. Manakala dari sudut kesihatan. Lelaki memakai emas akan menyebabkan salah satu punca penyakit alzheimer iaitu tua sebelum waktunya seperti penurunan daya ingatan dan perubahan fizikal. Manakala perempuan tidak ada risiko penyakit dengan memakai emas kerana proses menstruation atau period yang ada pada perempuan. Manakala memakai sutera memicu hormon jadi keperempuanan.
Lelaki simpan emas bukan pakai emas. Perempuan jangan pakai banyak-banyak emas sampai riak atau menunjuk-nunjuk. Tak baik. Kesimpulannya, keutamaan emas adalah sebagai simpanan samada lelaki atau perempuan.
Ingatan tulus ikhlas
Comments
Post a Comment