Kesan AI kepada negara

 Mari kita lihat 

  • Apa kata Bill Gates mengenai kebaikkan AI
    • Bagaimana teknologi AI boleh mengubah kehidupan?
      • Cepat
      • Tiada batas
      • Demi kebaikkan
      • AI sentiasa ada 24 jam
    • AI boleh mengambil alih kerja industri dan kerja pejabat
    • AI memendekkan jangka waktu wajib bekerja manusia
    • AI sebagai guru peribadi untuk anak-anak
      • AI Faham motivasi
      • AI Melihat baik buruk yang anda lakukan
      • AI boleh belajar dari guru terbaik atau apa pun
        • AI bagi feedback
    • AI sebagai Penjagaan kesihatan walaupun untuk negara miskin
      • AI sebagai Penasihat Kesihatan mental anda 
Itu kata Bill Gates tetapi sejarah membuktikan pasti tak lari dari soal menjana kekayaan. Bagaimana AI boleh menjana duit buat para globalist?

AI atau Artificial Intelligence adalah keupayaan sistem komputer melakukan hal yang komplex yang kebiasaannya hanya mampu dilakukan oleh manusia seperti membuat keputusan, menyelesaikan masalah, memberikan sebab, alasan, cadangan, mengalih bahasa, kereta pandu sendiri serta pelbagai lagi.

Kebolehan AI ada yang masih dalam peringkat teori dan ada yang telah menjadi produk yang dijual di seluruh dunia.

Bukti nyata yang dah ada di pasaran adalah iPhone 16 yang mempunyai teknologi AI yang menyebabkan kehilangan 100% privacy pengguna iPhone 16. Siapa yang punya teknologi AI itu? Apple dan Amerika. Kita bayar duit beli iPhone 16 untuk bagi privacy kita dan bantu mereka pertingkat keupayaan AI mereka pada masa akan datang. Kita mahu terus begitu?

Kemajuan AI dari company Apple sudah sampai ketahap itu sedangkan negara lain baru nak belajar teknologi AI. Sedang negara belajar kenapa buka akses untuk produk dari teknologi itu masuk negara sendiri sedangkan kita tak tahu teknologi itu malah tak punya cara nak atasi masalah yang muncul dari teknologi itu.

AI yang digunakan oleh Apple, Google, Microsoft dan pelbagai produk lain sudah lama belajar dari akses yang kita berikan. Sedangkan kita belum ada produk sendiri. Kita bantu mereka mendominasi negara kita. Setiap detik AI belajar sendiri secara auto dan menjadikan AI tersebut semakin tepat hari demi hari tanpa henti. Kita guna AI tersebut berarti kita menyumbang kepada pembangunan AI itu yang bukan milik kita.

Amerika hanya mahu jadi nombor satu dalam apa juga teknologi supaya dia boleh control dunia. Bila Amerika melihat ada pesaing yang menggugat dominasi mereka, pasti pelbagai cara digunakan untuk mengekang pesaing dari mengatasi mereka seperti yang telah dilakukan terhadap China. Chip tertentu dihalang di jual ke China oleh Amerika.

  • Setiap negara tidak boleh bergantung dengan negara lain untuk keselamatan negara sendiri.
  • Setiap negara perlu bangunkan AI sendiri bukan sekadar menjadi pengguna produk teknologi AI.
Realitinya
  1. Banyak negara bergantung kepada teknologi yang mereka tidak miliki.
  2. Kewangan - SWIFT
  3. Pemantauan - AI pada iPhone 16
  4. Perang - Nuclear, Bio, Chemical
  5. Kesihatan - Machine MRI
  6. Energy - Elektric, Petroleum, Gas, Nuclear
    1. Server, AI, EV banyak menggunakan tenaga electric
  7. Emas - Teknologi melombong emas
  8. IoT - Machine lithography
  9. Pertanian - Automation, skala besar
  10. Pelbagai senarai panjang teknologi sedia ada
Kebaikkan dari teknologi apa pun itu tak jadi masalah. Yang jadi masalah bagaimana menghadapi keburukkan yang muncul hasil dari sesuatu teknologi. Sejarah membuktikan kita tiada kuasa, tiada pengetahuan mengenai banyak perkara dari teknologi sedia ada. Akhirnya hanya beli produk teknologi mereka untuk mereka terus bangun teknologi mereka untuk mendominasi kita. 

Kita happy bila company besar mereka buka cawangan dalam negara kita. Berputih mata bila mereka tinggalkan negara kita pergi ke negara lain kerana alasan apa pun. Teknologi mereka terus berkembang.

Jelas kita dah ketinggalan jauh dalam teknologi AI. Ya kita boleh belajar. Tapi jangan bagi akses kepada mereka masuk negara selagi kita belum punya keupayaan sendiri untuk menghasilkan produk yang menggunakan teknologi yang sama.

Akses masuk negara seperti fizikal produk contoh iPhone, kereta pandu sendiri atau seperti Internet produk contoh Chat GPT, Google translate. Ya banyak produk yang dah lama masuk negara. Mereka pandai, bagi kita bergantung dengan produk mereka dulu, sampai masa mereka buat perubahan.

Mari kita lihat pencapaian teknologi AI pada iPhone 16 setakat ini
  1. Teknologi sensor yang ada pada iPhone 16 boleh kesan sekiranya kereta terlibat dalam kemalangan.
  2. Teknologi eye sensor boleh melihat pergerakkan mata anda saat anda melihat layar mobile phone anda. Perlu ditegaskan di sini bahawa itu berlaku tanpa anda "on" kamera iPhone anda.
  3. Teknologi vocal shortcuts membolehkan iPhone mendengar anda tanpa anda perlu menekan apa-apa tombol pada iphone anda dengan mengesan saat anda bersuara. 
  4. Teknologi iPhone mirroring membolehkan iPhone berkongsi skrin yang anda sedang lihat pada iPhone anda dengan peranti iPhone yang lain seperti Air Mac. Kebolehan melihat secara "remote" ini, (melihat pada peranti lain untuk melihat pada peranti anda) adalah teknologi terkini iPhone.
  5. Teknologi find my iPhone walaupun anda "off" iPhone anda, ia tidak berhenti menjejak lokasi anda secara berterusan. Teknologi ini juga digunakan untuk mengetahui berapa jauh lagi jarak anda akan sampai kedestinasi yang anda tuju.
  6. Teknologi IR tracking dengan mengesan setiap saat kehadiran anda melalui "infra red sensor". Bukan hanya digunakan pada saat menggunakan "Face ID".
  7. Teknologi Bluetooth Low Energy membolehkan iPhone berkomunikasi walaupun tanpa jaringan internet, walaupun ada keluarkan SIM Kad anda, walupun anda tidak berhubung dengan WiFi, walaupun saat anda menggunakan "Airplane mode". iPhone juga boleh berkomunikasi dengan satellite.
  8. Teknologi Media Scanning membolehkan iPhone lihat media yang ada simpan pada iPhone anda.
  9. Teknologi untuk kontrol kamera iphone anda oleh OS tapi bukan anda.
  10. Teknologi ini membolehkan iPhone mendengar anda, melihat anda, melihat siapa disamping anda, mencari orang lain yang menggunakan iPhone berhampiran anda, merasakan kehadiran anda dan skrin anda boleh dilihat dari peranti lain secara "remote".
  11. Teknologi Apple AI, mempunyai kebolehan mendengar, mengesan persekitaran, sentuhan, mengesan kedudukan dan lokasi.
  12. Memory penyimpanan semakin luas membuatkan anda menyimpan segala aktiviti kehidupan anda di mobile phone walaupun data itu boleh membahayakan anda jika diketahui oleh pihak lain. Apakah Apple tidak boleh lihat data di mobile phone anda? Ya. Adakah teknologi AI terkini pada iPhone 16 boleh lihat data pada mobile phone anda. Ya benar AI boleh lihat. Teknologi ini kini juga ada pada iPhone, Google dan Microsoft.
  13. Teknologi ini boleh kesan apa yang anda lakukan, bila anda berada berhampiran mobile phone anda tanpa anda perlu menyentuh mobile phone anda. Ia boleh mendengar apa yang anda katakan tanpa memberikan reaksi elektorik pada mobile anda. AI ini akan bekerja terus secara senyap pada mobile phone anda.
  14. Sekiranya anda off mobile phone anda, ia akan menukar kepada AirTag dan forward data mobile anda kepada iphone lain berhampiran anda sehingga ia berjumpa dengan iphone yang boleh berhubung dengan internet untuk menghantar informasi tersebut kepada Apple.
  15. Mustahil untuk anda bebas dari Teknologi AI ini apabila anda menggunakan iPhone.
  16. Jadi benar, Apple tak boleh lihat anda tetapi teknologi AI itu tadi yang dapat lihat semua aktiviti anda.
  17. Teknologi AI ini mendapat kelulusan dari CCP bukan dari anda walaupun anda beli iphone tersebut.
  18. Pengguna mobile phone sehingga saat ini fikir mereka ada kuasa mengawal pada mobile phone yang mereka gunakan. Ya tapi realitinya tidak dapat kawal sepenuhnya dengan adanya kebolehan teknologi AI sekarang.
  19. Pengguna fikir dengan guna E2E Encryption teknologi yang ada pada apps seperti WhatsApp, mereka sudah punya privacy, ternyata tidak benar kerana sudah ada teknologi AI pada iPhone 16 sekarang mengatasi teknologi E2E Encryption.
  20. Kebergantunggan pengguna kepada mobile phone semakin ramai sehingga kepada anak-anak yang masih kecil dan kemajuan teknologi AI diharapkan dapat menyedarkan pengguna bahawa ilmu dan informasi tidak semua orang tahu jika tidak mendapatkannya.
  21. Apa yang boleh pengguna lakukan untuk sekarang adalah cuba mengurangkan kebergantungan supaya akhirnya dapat benar-benar bebas dan mempunyai privasi pada masa hadapan.
  22. Cuba fikirkan sebentar, setiap aktiviti anda pada mobile phone anda diketahui oleh AI.
  23. Banyak yang boleh dilakukan dengan memperolehi data terus anda. Bukan data survey.
  24. Apa sebenarnya tujuan anda guna mobile phone? Anda dapat mencapai tujuan itu sekarang? Bagaimana dengan pakej AI yang disertakan bersama mobile phone yang anda gunakan? Anda tak kisah? Akan datang masih anda tak kisah?
  25. Russia, sebuah negara, bukan individu, di blocked dari guna SWIFT. Jadi kalau bukan pemilik, walaupun kita bayar, akhirnya boleh kena blocked. Ada banyak lagi kuasa pemilik yang sudah diketahui dan belum diketahui.
  26. Kini anda boleh dapat iPhone 16 di seluruh dunia. Guna dulu bayar kemudian.
Pasti ada teknologi dari Apple yang digunakan hanya kerajaan Amerika tak ada pada iPhone. Kita bantu company dan kerajaan luar untuk mendominasi kita? Memang kena tekan terus la kalau macam tu.

Sekarang kita boleh andaikan bahawa Amerika dan China yang jadi pelopor AI bila ada masalah atau nak minta nasihat, mereka akan tanya AI mereka dahulu. Berbeza buat negara yang tak punya teknologi AI sendiri hanya sebagai alat untuk membantu AI milik Amerika dan China semakin pintar dan details. Di mana majoriti AI yang digunakan adalah milik Amerika.

  • Largest corporation
  • Apple 3.7Trillion
  • Nvidia 3.3T
  • Microsoft 3.2T
  • Russia 2.2T
Sekarang pendapatan syarikat besar, lebih besar dari pendapatan negara paling besar di dunia. Syarikat besar itu semua dari Amerika yang berbeza kepakaran. Masih mau menutup mata?

Pasti claim selamat untuk menggunakan produk dan perkhidmatan mereka diberikan dengan pelbagai sebab. Tetapi, apabila pada masa akan datang, mereka memungkiri kepercayaan yang telah kita berikan, ketika itu, apa pun alasan mereka sudah tidak berguna lagi.

Kononnya selamat ternyata akhirnya tidak. Kononnya adil ternyata akhirnya tidak. Kononnya begitu begini ternyata akhirnya tidak. Sudah banyak bukti sepanjang zaman individu dimungkiri dengan janji, contract, claim, teknologi dan sebaginya. Mustahil untuk sesiapa pun dapat memastikan AI tidak memberikan mudarat kepada individu pada masa akan datang kerana terdapat pelbagai kemungkinan yang di luar kawalan individu itu sendiri.

Malah, kekurangan pengetahuan hari ini soal mudarat akan datang, tidak ada sesiapa pun yang dapat mengatakan mustahil untuk ianya terjadi. Beza kuasa yang ada pada individu sebagai pengguna AI berbanding kuasa yang ada pada pemilik AI. Mudarat sebagai individu yang tidak mempunyai kuasa seperti pemilik AI adalah suatu hal yang pasti, yang tidak ada siapa siapa pun boleh menafikannya. Pemilik AI pasti tidak mahu mempunyai kuasa yang sama seperti individu pengguna AI.

Ujung-ujungnya, pasti pemilik AI mahu menjana wang dari kuasa yang dimiliki sebagai pemilik AI.

Comments

Popular posts from this blog

Indonesia menjadi anggota ke-10 BRICS

Sayang

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Senarai lengkap Add Favourite Payee maybank2u

AZA's YouTube Playlist

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya sila isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more