Amerika ancam 100% tariff buat BRICS
Ternyata benar, siapa pun President Amerika, pastinya penipu dan mementingkan diri. Ini terbukti dengan ancaman Amerika mahu mengenakan 100% tariff kepada BRICS dengan alasan tidak boleh menggantikan monopoly US dollar.
- Ekonomi Amerika sedang parah, hutangnya menggunung, TESLA kalah bersaing dengan BYD, tindakan tariff itu hanya akan mempercepatkan runtuhnya empayar Amerika walaupun kita faham ianya membantu Amerika untuk soft landing keruntuhan empayarnya.
- BRICS de-dolarrization, menggantikan US dollar dengan mata wang lokal adalah kerana mana-mana negara yang mata wangnya bukan US dollar, adalah tindakan merugikan jika masih menggunakan US dollar jika tidak berurusan dengan Amerika. Ini berarti bukan BRICS sahaja mahu de-dolarrization.
- Tariff, sanctions, seize dan pelbagai perkara lain dilakukan oleh Amerika kepada negara yang mereka tidak sukai adalah menambah sebab semakin banyak negara mahu de-dollarrization. Malah negara yang paling banyak menggunakan US dollar iaitu Jepun juga turut de-dollarization.
- Apa pun perkara baru yang bakal Amerika lakukan selepas ini adalah semata kerana mereka perlu melakukannya untuk soft landing keruntuhan empayarnya. Jika mereka tidak lakukannya, keruntuhan empayarnya akan lebih parah, lebih banyak business Amerika akan bankrupt.
- BRICS menjadi sasaran negara barat kerana negara barat tidak mahu BRICS memecah dominasi ekonomi negara barat yang telah dinikmati selama 500 tahun.
- BRICS sendiri sulit untuk mengurangkan kebergantunggan kepada US dollar dan sistem yang telah lama dinominasi oleh mereka. Hanya mampu melakukannya secara terancang dan berperingkat. Jika BRICS tidak mengurangkan kebergantunggannya, BRICS akan terus dibawah telunjuk negara barat.
- Perkara paling utama adalah soal wang dan sistem kewangan yang saling berkait diseluruh dunia. Sistem kewangan yang dunia gunakan sekarang lebih banyak memberi manfaat buat Amerika dan negara barat.
- BRICS sudah melakukan perkara yang benar untuk memajukan ekonomi mereka walaupun tidak disukai oleh Amerika dan negara barat.
- Amerika tidak suka ada negara yang memberi alasan mereka bersikap neutral. Mereka mahu negara tersebut terus menggunakan sistem yang jelas tidak memberi manfaat buat mereka.
- Manakala sebagai individu, kita boleh keluar dari sistem kewangan dengan membeli emas kerana emas bukan milik exclusive Amerika dan negara barat sahaja. Orang dah tak simpan wang banyak-banyak dalam bank. Orang simpan emas.
- Malah, sebanyak tujuh negeri dalam Amerika itu sendiri de-dollarization dengan meluluskan undang-undang baru untuk boleh melakukan transaksi menggunakan fizikal emas berbanding US dollar. Ini jelas apabila kerajaan persekutuan tidak melakukan makanya ada kerajaan negeri yang terbukti mahu melakukannya. Seandainya kerajaan persekutuan bankrupt kedepannya, kerajaan negeri punya sistem kewangan transaksi fizikal emas yang baik untuk negeri dan rakyat negeri itu.
- Tanpa inisiatif kerajaan negeri, makanya individu dalam negeri harus faham bagaimana harus merancang untuk masa hadapan.
- Amerika merasakan mereka tidak perlukan negara lain tetapi seluruh dunia memerlukan Amerika. Makanya mereka tidak peduli untuk berbuat apa sahaja walaupun dunia mengutuk kata-kata dan tindakan mereka.
- Dunia sudah tahu bagaimana tindakan Amerika selama ini dan akan datang. Lebih baik focus untuk memajukan ekonomi negara sendiri walaupun Amerika tidak suka dan cuba menghalang dengan pelbagai cara.
- Amerika dalam pelbagai krisis, mereka terdesak untuk menyelamatkan ekonomi Amerika walaupun itu berarti mereka tidak akan lagi dapat volume besar ekonomi dunia seperti selama ini.
- Presiden Amerika yang baru dipilih belum resmi menjadi president. Pelbagai perkara boleh berlaku sebelum menjadi resmi. Apa lagi dengan banyak bukti kebohongan yang menyimpang jauh dari apa yang diungkapkan. Terserah buat siapa yang masih mahu percaya pada Amerika.
- President baru Amerika sudah pernah menjadi president. Tidak sehebat mana pun sebelum ini. Apatah lagi dengan masalah Amerika yang semakin teruk dan pelbagai masalah baru menambah masalah sedia ada. Segala sistem yang berangkai mulai meruntuhkan satu persatu ekonomi Amerika yang terbukti dengan kadar hutang Amerika yang terus menggunung mustahil untuk dilunaskan melainkan bankruptcy.
- Sudah tentu negara-negara yang terlalu bergantung dengan Amerika akan terlebih dahulu tumbang sebelum tumbangnya Amerika. Ini dapat jelas dilihat sekarang bagaimana ekonomi di Jepun dan Eropah terlebih dahulu terkena dampaknya.
- Keruntuhan Amerika akan menjadi sejarah sesuai dengan sais hutangnya yang sebenarnya jauh lebih besar kerana Amerika sudah lama mencipta produk financial yang bertopangkan hutang atas hutang untuk mencipta pertambahan digit digital ekonomi mereka. Akhirnya semua itu mesti dibayar dan dunia tahu itu mustahil buat Amerika dan pengakhirannya sudah diketahui bagaimana cuma bila terjadinya sahaja yang semua orang tidak dapat memastikannya.
- Segala kecanggihan teknologi super computer dan AI Amerika juga tidak akan dapat menyelamatkan keruntuhan Amerika kerana realitinya Amerika memerlukan negara lain tetapi Amerika hanya dapat mengurangkan kadar keparahan ekonominya dengan cuba untuk soft landing. Suatu hal yang mustahil dengan kelajuan dan sais Amerika yang sebegitu. Apatah lagi dengan cuaca yang tidak membantu untuk mendarat dengan selamat diburukkan lagi dengan sistem failure nya yang berselirat.
Berikut senarai pemegang bond Amerika sehingga end Sep'2024.
- Japan
- UK
- Luxembourg
- China
- Belgium
- Cayman Islands
- Canada
- Taiwan
- Ireland
- France
- Switzerland
BRICS eksport ke Amerika 2023
- Brazil 41B
- Russia 4.9B
- India 87B
- China 448B
- South Africa 14B
- UAE 6.8B
- Iran 2.27M
- Egypt 2.54
- Ethiopia 515M
- Algeria 3.15B
- Belarus 50M
- Bolivia 423M
- Cuba 4.11M
- Indonesia 28B
- Kazakhstan 2.32B
- Malaysia 47B
- Nigeria 5.85B
- Saudi Arabia 16.51B
- Thailand 58.6B
- Turkey 16.52B
- Uganda 120M
- Uzbekistan 96M
- Vietnam 118B
- Armenia 138M
- Azerbaijan 71M
- Bahrain 1.23B
- Bangladesh 8.6B
- Congo 279M
- Kyrgyzstan 12M
- Laos 314M
- Mauritania 14.2M
- Mongolia 31.1M
- Nicaragua 4.92B
- Palestine 6.81M
- Serbia 869M
- Sri Lanka 2.98B
- Turkmenistan 1.81M
- Venezuela-0
Kesan tariff
- Tariff adalah charge tambahan yang dikenakan pada sesuatu barang. Kos tambahan itu ditanggung oleh pembeli maka untung dari charge diterima oleh kerajaan.
- Negara yang eksport ke Amerika. misalkan China, akan berhenti menjual kepada Amerika kerana tariff yang dikenakan kepada China, sebaliknya China menjual kepada negara selain Amerika atau kepada rakyat rakyat China kerana Rakyat China mampu membeli apa yang mereka eksport sendiri.
- Bila tak mampu eksport, berarti tak mampu secara lokal. Amerika tak mampu nak eksport macam China makanya Amerika bergantung kepada China. Bukan China bergantung kepada Amerika.
- Mampu eksport tetapi tidak mampu untuk memberikan produk terbaik pada harga terbaik juga menyebabkan eksport tersebut gagal memenangi pasaran seperti TESLA Amerika gagal bersaing BYD China.
- Ekonomi China akan terus berjalan walaupun China kena tariff dan ekonomi Amerika akan terus menurun kerana tariff.
- Banyak penambahan tenaga pekerja diperlukan untuk menguruskan soal tariff sahaja. Berarti kerana perlu budget tambahan untuk bayar pekerja menguruskan soal tariff. Ianya bukan terhad kepada kos pekerja sahaja kerana banyak kos lain diperlukan seperti pekerja perlu ruang bekerja, perlu alat kelengkapan untuk bekerja dan sebagainya.
Comments
Post a Comment