Bagaimana untuk jumper bateri kereta
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 275 - Panjang 4582
Pada bila-bila masa jika akan berdepan situasi memerlukan atau membantu jumper kereta, anda boleh rujuk pada artikal ini. Berikut cara yang betul untuk jumper bateri kereta.
1. Kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.
2. Kenderaan yang ingin membantu kereta anda, baterinya mestilah:
2.a. Mempunyai bateri 12-volt.
2.b. Keupayaan (Ah) bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri kereta anda bagi mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
Disebabkan anda memerlukan dua kabel, ini bermakna anda mempunyai empat pengapit. Maka tali kabel kebiasaan dijual dengan dua warna yang berbeza agar anda dapat sambungkan dengan betul mengikut pasangan. Jika kabel tiada perbezaan warna, maka cukuplah anda tahu, kabel pertama, ada dua kepala pengapit, untuk anda sambungkan kepada (+) dengan (+).
Tertib 1
Kenderaan yang ingin membantu mestilah dirapatkan dengan kenderaan yang memerlukan bantuan secara berhadapan supaya kabel ‘jumper‟ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain.
Tertib 2
Kenderaan mestilah berada dalam keadaan "P" (PARK) untuk transmisi automatik dan "N" (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
Tertib 3
Sambungkan kabel berwarna merah pada terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta terjejas. (Jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal dan sebaliknya kerana ia boleh menyebabkan bateri meletup).
Tertib 4
Sambungkan kabel berwarna hitam pada terminal (-) bateri dari kereta yang membantu kepada badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) bateri dari kereta yang terjejas.
Tertib 5
Cuba hidupkan enjin pada kenderaan yang ingin dibantu. Setelah enjin berjaya dihidupkan, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit.
Tertib 6
Buka sambungan kabel mengikut tertib seperti berikut:
Tertib 7
Buka sambungan kabel berwarna hitam pada badan kereta yang terjejas.
Tertib 8
Buka sambungan kabel berwarna hitam pada terminal (-) bateri kereta yang membantu.
Tertib 9
Buka sambungan kabel berwarna merah pada terminal (+) bateri kereta terjejas.
Tertib 10
Buka sambungan kabel berwarna merah pada terminal (+) bateri kereta yang membantu.
Tertib 11
Ucapkan "terima kasih" kepada yang membantu anda dan doakan yang baik-baik untuk beliau dan insan-insan yang beliau sayang.
"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya"
"Those who consume interest cannot stand [on the Day of Resurrection] except as one stands who is being beaten by Satan into insanity. That is because they say, "Trade is [just] like interest." But Allah has permitted trade and has forbidden interest. So whoever has received an admonition from his Lord and desists may have what is past, and his affair rests with Allah . But whoever returns to [dealing in interest or usury] - those are the companions of the Fire; they will abide eternally therein."
"Allah menjanjikan neraka adalah tempat yang pasti untuk individu yang masih terus mengambil riba walau sudah tahu Allah melarangnya. Bila kita berniaga atau sebagai pengguna, kita kena kenal pasti, ada tak riba? Jelas, tidak cukup menganut agama Islam sahaja pasti menyelamatkan kita dari neraka tapi jika kita terus melakukan perkara yang dilarang, tempat kita sama sahaja seperti individu bukan Islam yang zalim menafikan Allah, walau setelah Allah berikan pentunjuk yang nyata iaitu Al-Quran. Oleh sebab itu telah Allah janjikan pasti neraka adalah tempatnya. Individu yang benar mengikuti apa yang Allah suruh dan menjauhi apa yang Allah larang, bukan sahaja baik untuk dirinya sendiri, tapi untuk siapa jua yang terlibat dengannya kerana apa jua yang dia lakukan dan akan lakukan adalah mengikut Al-Quran, samada ketika ada orang melihat apa yang dia lakukan, atau ketika dia bersendirian. Apa yang terkandung di dalam Al-Quran adalah diketahui oleh semua orang berbanding hidup tanpa panduan tetap Al-Quran yang bebas mengikut ikut kata hati dan fikiran sendiri"
SETERUSNYA
Program wakaf karpet 2017 Surau Ar-Raudhah
Artikal 275 - Panjang 4582
Pada bila-bila masa jika akan berdepan situasi memerlukan atau membantu jumper kereta, anda boleh rujuk pada artikal ini. Berikut cara yang betul untuk jumper bateri kereta.
APA YANG ANDA PERLU ADA BILA MEMERLUKAN JUMPER?
2. Kenderaan yang ingin membantu kereta anda, baterinya mestilah:
2.a. Mempunyai bateri 12-volt.
2.b. Keupayaan (Ah) bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri kereta anda bagi mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
KABEL
BILA ANDA DAH TAHU DAN PENUHI 100% SYARAT DI ATAS, SETERUSNYA ANDA PERLU LAKUKAN LANGKAH-LANGKAH BERIKUT MENGIKUT TERTIB:
Kenderaan yang ingin membantu mestilah dirapatkan dengan kenderaan yang memerlukan bantuan secara berhadapan supaya kabel ‘jumper‟ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain.
Tertib 2
Kenderaan mestilah berada dalam keadaan "P" (PARK) untuk transmisi automatik dan "N" (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
Tertib 3
Sambungkan kabel berwarna merah pada terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta terjejas. (Jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal dan sebaliknya kerana ia boleh menyebabkan bateri meletup).
Tertib 4
Sambungkan kabel berwarna hitam pada terminal (-) bateri dari kereta yang membantu kepada badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) bateri dari kereta yang terjejas.
Tertib 5
Cuba hidupkan enjin pada kenderaan yang ingin dibantu. Setelah enjin berjaya dihidupkan, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit.
Tertib 6
Buka sambungan kabel mengikut tertib seperti berikut:
Tertib 7
Buka sambungan kabel berwarna hitam pada badan kereta yang terjejas.
Tertib 8
Buka sambungan kabel berwarna hitam pada terminal (-) bateri kereta yang membantu.
Tertib 9
Buka sambungan kabel berwarna merah pada terminal (+) bateri kereta terjejas.
Tertib 10
Buka sambungan kabel berwarna merah pada terminal (+) bateri kereta yang membantu.
Tertib 11
Ucapkan "terima kasih" kepada yang membantu anda dan doakan yang baik-baik untuk beliau dan insan-insan yang beliau sayang.
QURAN 2:275
"Those who consume interest cannot stand [on the Day of Resurrection] except as one stands who is being beaten by Satan into insanity. That is because they say, "Trade is [just] like interest." But Allah has permitted trade and has forbidden interest. So whoever has received an admonition from his Lord and desists may have what is past, and his affair rests with Allah . But whoever returns to [dealing in interest or usury] - those are the companions of the Fire; they will abide eternally therein."
KEFAHAMAN AZA
LABEL

SEBELUMNYA