Tenang
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 257 - Panjang 2465
Jarang sekali saya rasa tenang sebegini. Syukur sangat-sangat kehadrat Ilahi di atas rasa yang sedang saya nikmati. Tentu sahaja saya ingin anda turut sama merasai seperti ketenangan yang sedang saya nikmati. Dengan izin Allah perkongsian saya ini dapat merealisasikan impian tersebut.
Saya biasa-biasa sahaja. Terpulang pada diri kita bagaimana kita mentakrifkan diri kita. Jika saya membuat perbandingan tentu sahaja ada lebih ada kurang individu lain menurut pandangan saya. Jika ketenangan yang diinginkan, kuncinya pada diri sendiri.
Walau realiti kita sering didatangi oleh pelbagai perkara yang mengocak ketenangan yang sedang kita nikmati, bagaimana respond kita yang bakal menentukan apakah ketenangan yang sedang kita nikmati terus berkocak kerana realitinya tidak semua perkara boleh kita kawal.
Air yang tenang pasti akan berkocak walau angin lembut datang berlalu. Mana mungkin hidup ini tidak pernah angin datang menyapa.
Selain dari respond, tindakan kita hari ini bakal terkesan di masa depan. Apa yang boleh kita jangkakan kita elakkan sedari awal. Hanya itu yang mahu kita lakukan menyedari segala yang berlaku hanya dengan izin Allah.
Kita lebih tahu kelemahan kita. Walau kita juga tahu kelebihan kita, apa yang baik-baik memang sepatutnya begitu. Oleh sebab itu menyedari kelemahan diri dan terus berusaha memperbaikinya. Walau mungkin ada individu lain silap menilai kita, jangan itu membuatkan kita menyasar.
Hidup ini mesti ada impian. Bila kita dapat capai apa yang kita inginkan, tentu sahaja ianya akan membuatkan kita gembira. Walau ianya sekecil-kecil perkara. Impian kecil lebih mudah untuk dicapai. Lebih realistik untuk dicapai. Biarlah impian kecil, asal kerap dapat dicapai. Lebih kerap rasa gembira dapat dikecapi.
Hargai apa yang kita ada, perbaiki kelemahan dan kesilapan kita, binalah impian-impian kecil, rancanglah masa depan kita, dengan menyedari kebenaran Allah.
Quran 2:257 : "Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya"
"Allah is the ally of those who believe. He brings them out from darknesses into the light. And those who disbelieve - their allies are Taghut. They take them out of the light into darknesses. Those are the companions of the Fire; they will abide eternally therein"
Artikal ini mempunyai label berikut : Kehidupan - Total
Artikal seterusnya : HP thin client buat hal
Artikal sebelumnya : Geran kereta