Lagi rombakan tugas
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 253 - Panjang 6444
Hari ini bermula effective rombakan tugas untuk controller baru MRP members.
Segala MRP controller di bawah jagaan saya sebelum kemasukkan tiga orang new MRP members, kini kembali di bawah jagaan saya lagi semuanya. Walaupun hari ini MRP day, tiga orang MRP members tidak hadir. Beza controller yang saya jaga berbanding rakan yang lain ialah controller saya kerap terkesan dengan changes yang memerlukan saya MESTI take action lebih banyak berbanding rakan yang lain. Tidak cukup dengan itu, lagi tambahan kerja tetap untuk saya diberikan iaitu:
Saya dipertanggungjawabkan untuk jaga MRP parts untuk requirement new model untuk semua Controller termasuk Controller rakan-rakan saya, dengan create reservation dan F.O.C PO bagi tujuan QA sample.
Manakala untuk packaging parts pula saya perlu follow-up dan order berasingan antara new model dan yang telah melepasi new model ke stage production dengan kedua-dua stage tersebut mempunyai part number yang berbeza untuk indicate stages yang berbeza.
Kini tambahan bidang kerja yang ketiga pula iaitu MRP storage location area yang selama ini menjadi tanggungjawab bahagian purchasing untuk tentukan MRP area tapi bila ada design change, barang yang saya jaga banyak breakdown parts, maka saya diarahkan pula untuk tentukan MRP storage location, dan rakan sekerja yang jaga material master tidak mahu memikul tanggungjawab tersebut sebaliknya beliau menegaskan itu adalah tugas setiap MRP controller dan Boss saya bersetuju dengannya.
Jika ada additional quantity ingin dilakukan pada PO untuk raw material, Person In-Charge dari bahagian component akan berikan request form kepada saya untuk saya lakukan additional quantity.
Kebanyakkan line scrap adalah melibatkan parts berkaitan controller saya. Oleh sebab itu, sudah semestinya saya kena buat additional PO dan New DI walaupun ada parts bukan controller saya.
Bila ada new model development, saya kena create reservation. Jika parts tersebut tiada accounting data, reservation tak boleh nak create, so saya kena cari parts tersebut digunakan untuk model apa, siapa designer untuk model tersebut, siapa purchasing P.I.C untuk parts tersebut, follow-up setiap part tersebut sampai dah ada vendor, walaupun parts tersebut bukan controller saya.
Kebanyakkan spare parts melibatkan controller saya, oleh sebab itu saya kerap perlu buat additional order atau create new DI.
Bila ada mana-mana section di company saya bekerja nak order barang, sayalah yang kena buat reservation, additional PO / New DI / Use stock dan buat arrangement nak contact siapa storage P.I.C untuk setiap parts walaupun bukan controller saya, nak contact siapa untuk ambil semua barang, nak beri kat siapa barang yang telah di order.
Controller saya kerap terkesan dengan design change samada immediate valid date change atau tidak. Oleh sebab itu saya kerap perlu check plan order mana yang tak ada sesiapa control kerana saya perlu beritahu sesiapa yang control plan order tersebut saya nak explode plan order tersebut. Selain dari itu, jika 1st level parts adalah controller rakan saya, mereka perlu take action terlebih dahulu, barulah saya boleh buat next step yang terkesan pada controller saya pula. Kebergantungan ini menyebabkan masalah semakin rumit kerana untuk satu 1st level part mungkin mempunyai banyak breakdown parts yang melibatkan controller saya. Itu belum lagi kesukaran untuk priority mana satu kerja nak buat dulu dari kerja yang sedia ada atau kerja-kerja tambahan yang datang dari verbal, email dan telefon.
Disebabkan controller saya sering terkesan dengan part scrap, maka saya perlu masukkan ke dalam monthly summary bila sahaja ada scrap dengan perlu ketahui apa sebab scrap untuk setiap parts, berapa standard price part tersebut, model apa parts tersebut digunakan, berapa yang dah receive, berapa yang belum receive, beritahu material management P.I.C untuk transfer data dan parts dari storage location apa ke storage location apa, kena tahu siapa storage P.I.C untuk setiap parts dan print out MSTD untuk setiap part jika disebabkan design change.
Sebagai pekerja, walaupun jelas sangat beban kerja yang berlebihan diberikan kepada saya berbanding rakan sekerja yang lain, saya anggap ia sebagai kepercayaan Boss kepada saya. Kemasukan pekerja baru bukan mengurangkan tugas saya, tetapi ditambah lagi, walaupun Boss saya sendiri akui secara terbuka dihadapan rakan sekerja yang lain bahawa saya terpaksa bekerja lebih berbanding mereka, tetapi tugas saya ditambah lagi, bukan dikurangkan. Sungguhpun begitu, saya suka kerja saya.
Saya ada idea. Tapi saya simpan sahaja idea tersebut. Boss saya kata, saya ni "terlalu" kreatif, aggressive dan pantas. Sesiapa pun kat dunia ni mesti nak improve kerja masing-masing. Allah lebih mengetahui. Tiada satu pun di luar pengetahuan Allah.
"Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya"
"Those messengers - some of them We caused to exceed others. Among them were those to whom Allah spoke, and He raised some of them in degree. And We gave Jesus, the Son of Mary, clear proofs, and We supported him with the Pure Spirit. If Allah had willed, those [generations] succeeding them would not have fought each other after the clear proofs had come to them. But they differed, and some of them believed and some of them disbelieved. And if Allah had willed, they would not have fought each other, but Allah does what He intends"
"Allah dah berikan petunjuk yang jelas melalui Rasul-rasulNya. Setelah kewafatan Rasul-rasul tersebut, petunjuk terakhir ditinggalkan untuk kita yang masih hidup adalah Al-Quran. Terpulanglah kepada kita untuk kita buat buruk baik selagi kita masih bernafas. Di Hari Pembalasan kelak, pasti Allah sekali lagi membuktikan kebenaran. Ketika itu penyelasan keburukkan yang telah kita lakukan sudah tidak berguna sedangkan sesiapa juga yang beriman akan terus kekal selamanya di Syurga"
LABEL
Kerja + Total
SETERUSNYA
Senarai lengkap Add Favorite Payee Maybank2u
SEBELUMNYA
Duit syiling
Artikal 253 - Panjang 6444
Hari ini bermula effective rombakan tugas untuk controller baru MRP members.
MRP CONTROLLER
QA SAMPLE
REGISTRATION
MRP STORAGE LOCATION
ADDITIONAL QUANTITY
LINE SCRAP
NEW MODEL DEVELOPMENT
SPARE PARTS
SPECIAL ARRANGEMENT
DESIGN CHANGE
SCRAP
KEPERCAYAAN
IDEA
"Satu action silap dari pelbagai action yang tak silap. Berapa banyak sebenarnya pelbagai action yang anda MESTI take action berbanding rakan sekerja yang lain"
QURAN 2:253
"Those messengers - some of them We caused to exceed others. Among them were those to whom Allah spoke, and He raised some of them in degree. And We gave Jesus, the Son of Mary, clear proofs, and We supported him with the Pure Spirit. If Allah had willed, those [generations] succeeding them would not have fought each other after the clear proofs had come to them. But they differed, and some of them believed and some of them disbelieved. And if Allah had willed, they would not have fought each other, but Allah does what He intends"
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Kerja + Total
SETERUSNYA
Senarai lengkap Add Favorite Payee Maybank2u
SEBELUMNYA
Duit syiling