Magic kucing masuk rumah

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 264 - Panjang 5265
Ketika saya sedang menonton TV, tetiba saya perasan ada kelibat kucing. "Macam mana kucing boleh masuk? Pintu rumah sentiasa berkunci? Sedang dalam keadaan confuse saya cuba mendapatkan kucing tersebut".

Saya berjaya menangkap kucing berwarna oren tersebut. Dah macam polis pulak main tangkap-tangkap. Bila saya membuka pintu rumah, terdapat dua orang kanak-kanak lelaki sedang berdiri di muka pintu. Rupanya anak jiran saya punya kucing. Saya cuba loloskan kucing tersebut melalui lubang grill pintu, tapi kucing tersebut ketakutan dan berpatah balik meloloskan diri ke dalam rumah.

Sekali lagi saya mengejar kucing tersebut. Takut juga saya kena cakar. Kucing tersebut dah remaja dan berada dalam ketakutan. Bisa kena cakar kucing kembali terimbas diingatan saya.

Kucing tersebut kembali ketempat asal saya nampak dia mula-mula tadi. Kali ni saya cuba pegang dia dengan penuh hati-hati dan kasih sayang sebab tak nak dia takut lalu mencakar saya. Saya picit bahagian atas leher dia seperti ibu kucing mengalihkan bayi mereka.

Saya sekali lagi menuju ke grill pintu. Sambil cuba meloloskan kucing tersebut saya asyik berpesan kepada kanak-kanak berdua beradik tersebut agar berhati-hati menyambut kucing tersebut sebab takut kena cakar. Kita pun pernah jadi kanak-kanak. Sayang mereka kat kucing tu sampai boleh menangis.

Alhamdulillah. Selamat semuanya.

Dulu adik saya pernah bela kucing. Bila kucing tersebut "berak" merata-rata membuatkan kami rasa serba salah dengan jiran-jiran dan akhirnya membuat keputusan untuk membuangnya ke kawasan pasar ikan. Sekarang kat pasar tersebut dah ada "sign board" dilarang membuang kucing.

OPTION BILA BELA KUCING

1. Kalau kita kurung dalam sangkar dalam rumah, kena rajin bersihkan tahi mereka. Kalau tidak bau tahi mereka dibawa angin memeningkan jiran-jiran. Berapa kerap kita boleh bersihkan? Confirm jiran-jiran tidak akan pernah terbau tahi kucing dan kencing kucing?

2. Kalau kita lepas dalam rumah, bukan "each and every time" 100% kucing tersebut akan berak kat tempat yang disediakan. Ada masanya bila "gila" dia datang, dia berak merata-rata. Al-maklumlah, binatang kan? Walaupun kucing tu cantik ya amat. Mahal ya amat. Perabot habis berserak dan kena cakar. Bulu-bulu kucing merata-rata.

3. Kalau lepas kucing keluar rumah, lagilah rasa serba salah ngan jiran-jiran. Masalah bela kucing ni kalau melibatkan pembela kucing sahaja dah memang lumrahnya begitu, tapi bila melibatkan jiran-jiran dan public, itu yang tak nak. Lagi-lagi perkara sebegini telah sedia maklum diketahui dan boleh dielakkan sedari awal.

ANTARA MASALAH

+ Kalau bela kucing, orang lain pun bela kucing, boleh tahu mana satu kucing yang berak dan kencing merata-rata?

+ Di bawah tangga terdapat lebih 20 longgokkan tahi kucing yang akan berbau tengit bila udara lembab dan tiada siapa membersihkannya. Tak tahulah berapa banyak kucing yang dilepaskan, dah berapa lama longgokan tersebut ada di situ. Ada yang dah kering, ada yang masih lembab.

+ Boleh agak berapa longgok yang ada kalau sekadar bau sahaja tanpa tengok? Sanggup nak tengok longgokan tersebut? Nak bersihkan walau bukan anda yang bela? Nak pihak pengurusan bersihkan? Sudahnya longgokan bertambah, dosa pun bertambah.

+ Di lorong pejalan kaki, di tepi-tepi jalan, kalau jalan tak pandang ke tanah, terpijak tahi kucinglah jawapnya. Lagi-lagilah bila ada jiran-jiran yang memang cacat penglihatan.

+ Alah kepada kucing bertentangan dengan apa yang anda fikirkan, bukan bulu (fur) atau rambut (hair) itu masalah sebenar. Orang yang alah dengan kucing benar-benar alah kepada protein dalam air liur (salvina) kucing, air kencing (urine) kucing, dan dander (dried flakes of skin - kulit serpihan kering) kucing.

+ Kesucian rumah sukar dikawal sebab tak tahu kat mana kucing kencing kalau dibiarkan lepas dari sangkar.

DUA SYARAT UTAMA MEMBELA BINATANG

1. Tidak boleh melepaskan binatang tersebut untuk mengelakkan mereka berak dan kencing merata-rata.

2. "Kerap" membersihkan "kencing" dan "tahi" di "sangkar" agar bau tersebut tidak dibawa angin mengganggu jiran-jiran.

Quran 2:264

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir"

"O you who have believed, do not invalidate your charities with reminders or injury as does one who spends his wealth [only] to be seen by the people and does not believe in Allah and the Last Day. His example is like that of a [large] smooth stone upon which is dust and is hit by a downpour that leaves it bare. They are unable [to keep] anything of what they have earned. And Allah does not guide the disbelieving people"

Kefahaman AZA

"Allah yang Maha Bijaksana langsung tidak mengira apa jua kebaikkan yang individu lakukan jika individu tersebut tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan mengunkit, menyakiti individu lain dan riak."

LABEL

Cerita + Total

SETERUSNYA

Bagaimana bayar bill WEBE guna Maybank2u

SEBELUMNYA

Bagaimana berniaga menggunakan internet

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more