Solat

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 269 - Panjang 67619
Allah Maha Mengetahui siapa yang menjaga solat. Pada artikal kali ini AZA berkongsi artikal mengenai solat seperti berikut.

Senarai pecahan tajuk

1. Syarat WAJIB solat
2. Syarat sah solat
3. Rukun solat
4. Perkara Sunat dalam solat
5. Perkara Makruh dalam solat
6. Perkara yang Membatalkan solat
7. FAQs
8. Qasar

1. SYARAT WAJIB SOLAT

1.1 Islam

1.2 Beraqal

1.3 Baligh

1.4 Suci daripada Haid dan nifas

1.5 Masuk waktu

1.6 Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan

1.7 Kalau tertinggal solat disebabkan oleh tertidur atau terlupa, solat WAJIB diganti bila bangun dari tidur atau bila teringat.

2. SYARAT SAH SOLAT

2.1 Islam

2.2 Beraqal

2.3 Suci dari hadas besar dan kecil

2.4 Suci badan, pakaian dan tempat solat dari najis yang tidak dimaafkan

2.5 Menutup aurat. Wanita dan lelaki yang hendak menunaikan solat mestilah menutup aurat. Aurat bagi wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya, manakala aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lututnya.

2.6 Masuk waktu dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘yakin/dzan’

2.7 Menghadap kiblat dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘yakin/dzan’

2.8 Mengetahui ‘kaifiat’ (cara) solat

2.9 Meninggalkan perkara yang membatalkan solat.

3. RUKUN SOLAT

+ Solat tidak sempurna dan tidak sah kecuali dengan menyempurnakan kesemua rukun mengikut cara dan tertib yang datang daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang diterimanya daripada Jibril AS. Rukun solat ada 13 dan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

+ Rukun Qalbi - Adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
3.1 NIAT

+ Rukun Fi`li - Adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
3.3 QIAM
3.5 RUKUK
3.6 IKTIDAL
3.7 SUJUD
3.8 DUDUK ANTARA DUA SUJUD
3.9 DUDUK TAHIYAT AKHIR
3.13 TERTIB

+ Rukun Qauli - Adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan. WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH , suara angin TAK SAH, baca dalam hati TAK SAH . Satu huruf tidak terdengar pun Al-Fatihah itu TAK SAH . Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
3.2 MEMBACA TAKBIRATUL IHRAM
3.4 MEMBACA AL FATIHAH
3.10 MEMBACA TAHIYAT AKHIR
3.11 MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W DALAM TAHIYAT AKHIR
3.12 MEMBACA SALAM YANG PERTAMA

+ Berikut 13 Rukun Solat iaitu:

3.1 NIAT

Qalbi - Niat dalam hati untuk menunaikan / mengerjakan solat. Dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.

3.1.1 Tempatnya di dalam hati (sunat dilafazkan dengan lidah)

3.1.2 Masanya ialah ketika mulut menyebut (Allahuakbar) dalam (Takbiratul Ihram)

3.1.3 Ada muqaranah (disertai) dengan Takbiratul Ihram.

3.1.3.1 Ada Qasad (Niat untuk menunaikan sembahyang dinamakan "Qasad"), Taarudh (Menyebut fardu itu dinamakan "Taarudh"), Taayin (Manakala menyebut ketentuan jenis sembahyang, seperti zuhur atau asar itu dinamakan "Taayin"), Taayin Nafsih - solat Jumaat & Qasar

3.1.3.2 Qasad, Taarudh, Taayin - solat Fardhu biasa

3.1.3.3 Qasad, Taayin - solat Sunat berwaktu/bersebab

3.1.3.4 Qasad - solat Sunat mutlak

+ Niat ialah azam atau tekad melakukan sesuatu disertakan dengan tindakan. Dalam sebuah hadis daripada Umar bin Al-Khattab r.a, beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah (ﷺ) bersabda: Segala amalan ibadah itu hanya sah dengan niat dan bagi setiap manusia diberi ganjaran menurut apa yang diniatkan.

+ “Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat.”
Sahih Muslim 1907a

+ Tempat niat ialah dalam hati. TIDAK WAJIB menyebut niat dengan lidah. Menurut kitab al-Qaul Al-Mubin Fi Akhtai `l-Musallin, menyebut niat dengan kuat TIDAK WAJIB, juga tidak dihukumkan sunat, bahkan amalan menguatkan suara ketika berniat adalah bid'ah menyalahi syarak.

+ Menurut Al-Qadi Abu Ar-Rabi Sulayman bin Umar Asy-Syafie, berniat dengan suara kuat di belakang imam bukan daripada amalan sunnah, bahkan makruh.

+ Sekiranya apa yang dilakukan itu menyebabkan gangguan kepada orang lain, maka perbuatan itu adalah haram.

+ Menurut Abu Abdullah Muhammad bin al-Qasim, At-Tunisiyi Al-Maliki, niat adalah amalan hati. Menguatkan suara ketika berniat adalah bid'ah. Amalan ini menyebabkan berlaku waswas di kepala orang lain.

+ Niat sembahyang mesti dilakukan ketika takbiratul ihram, iaitu ketika menyebut Allahuakbar, diniat dalam hati, dalam keadaan sedar, sama ada serentak atau lebih awal sedikit daripada sebutan Allahuakbar tetapi sebutan serentak adalah lebih utama.

+ Jelasnya niat WAJIB muqarahah (disertai) dengan takbiratul ihram. Di samping itu seseorang itu hendaklah berqasad untuk melakukan ibadah sembahyang dengan menjelaskan jenis sembahyang yang hendak dilakukan, seperti sembahyang subuh atau zuhur.

+ Tidak sah niat dengan menyebut jenis sembahyang tertentu, tetapi apa yang dilakukan sembahyang fardu yang lain, seperti berniat dengan menyebut sembahyang maghrib, tetapi apa yang dilakukan ialah sembahyang isyak
.

WAJIB:

+ QASD, TAARRUD & TAKYIN

+ 1. Niat untuk menunaikan sembahyang dinamakan "qasd",

+ 2. Menyebut fardu itu dinamakan "taarrud",

+ 3. Manakala menyebut ketentuan jenis sembahyang, seperti zuhur atau asar itu dinamakan "takyin".

+ Kerana itu setiap niat sembahyang fardu mesti mengandungi qasd, taarrud dan takyin.

Sunnah:

+ Disunatkan berniat terdahulu sedikit daripada takbir. TIDAK WAJIB berniat menyebut Lillahi taala (kerana Allah taala), kerana semua ibadah dilakukan kerana Allah, tetapi digalakkan menyebutnya, untuk mengelakkan daripada perselisihan pendapat ulama yang berpendapat bahawa menyebutnya itu sebagai WAJIB, juga supaya tercapai maksud "ikhlas melakukan sesuatu, iaitu bukan kerana selain daripada Allah".

+ Begitu juga TIDAK WAJIB menyebut bilangan rakaat. Walaupun demikian, sekiranya tersilap sebutan bilangan rakaat, seperti menyebut sembahyang maghrib empat rakaat, maka sembahyang itu tidak sah. Begitu juga dengan menyebut ``qada'' atau ``tunai'' TIDAK WAJIB hukumnya, tetapi digalakkan.

+ Pada sembahyang sunat yang dikaitkan dengan waktu, seperti sembahyang rawatib atau sembahyang sunat yang dikaitkan dengan sebab, seperti sembahyang meminta hujan atau sembahyang gerhana, WAJIB padanya dua perkara ketika berniat iaitu adanya qasd, iaitu qasad sembahyang dan takyin, seperti takyin sunat sembahyang sunat sembahyang zuhur atau sunat Hari Raya puasa, atau raya korban.

+ Bagi sembahyang sunat yang tidak dikaitkan dengan waktu atau sebab, seperti sembahyang sunat tahiyat masjid dan sembahyang sunat wuduk, memadai dengan qasad sahaja, iaitu niat menunaikan sembahyang.

+ Yang dimaksudnya dengan sembahyang rawatib itu ialah sembahyangnya. Ia terbahagi kepada dua, iaitu

+ (i) rawatib muakkad, iaitu sembahyang sunat dua rakaat sebelum subuh, dua rakaat sebelum zuhur, dua rakaat sebelum maghrib dan dua rakaat selepas isyak dan

+ (ii) sembahyang rawatib yang tidak muakkad, iaitu sembahyang sunat dua rakaat sebelum dan sesudah zuhur, empat rakaat dengan dua salam sebelum isyak, dua rakaat sebelum maghrib dan dua rakaat sebelum isyak.

+ Berdasarkan keterangan ini ternyata bahawa niat sembahyang itu begitu mudah, yang tidak seharusnya seseorang itu perlu mengulanginya beberapa kali, menyebabkan mengulangi takbiratul ihram, yang boleh mengganggu orang lain di sebelahnya.

+ Menyebut Allahuakbar adalah WAJIB. Ketika itu, seseorang hendaklah memandang tempat sujudnya. Lafaz ini tidak boleh ditukar ganti, kerana ia adalah lafaz yang disyariatkan. Sekiranya tidak berupaya berbuat demikian, kerana tidak mempelajarinya atau tidak mengetahui bahasa Arab, seseorang itu hendaklah bertakbir menggunakan bahasanya sendiri, berdasarkan firman Allah (al-Baqarah: 286): Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

+ Takbiratul ihram menurut Imam Asy-Syafie dan kebanyakan ulama adalah rukun, iaitu sebahagian daripada sembayang itu sendiri, tetapi menurut Imam Abu Hanifah, ia adalah syarat semata-mata.

Kemampuan:

+ Takbiratul ihram juga lain-lain zikir yang disyariatkan dalam bacaan sembahyang tidak sah dilafazkan dengan lidah, kecuali dapat didengar oleh telinga orang yang terlibat. sekiranya seseorang itu bisu, atau cacat lidah, ia hendaklah digerakkan menurut kemampuan, seperti dengan menggerakkan lidah, dua bibir dan daging anak lidah.

+ Takbiratul ihram tidak perlu disebut panjang, tetapi pada takbiratul intiqal, iaitu takbir yang mengiringi perpindahan dari rukun Fi'li, menurut qaul yang sahih, disunatkan dipanjangkan sehingga tiba kepada rukun Fi'li yang berikutnya. Sekiranya takbir itu disebut dengan panjang, sama ada melibatkan takbiratul ihram ketika berniat atau takbiratul intiqal atau dilakukan sebaliknya, berbeza daripada apa yang seharusnya, tidak terbatal sembahyang yang dilakukan, tetapi orang yang berbuat demikian tidak memperoleh fadilat takbir. Huruf yang dibaca dengan panjang pada takbir ialah pada huruf ``lam'' yang kedua pada kalimah ``Allah.''

+ Rasulullah seperti tersebut dalam sebuah hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmizi, dalam hadis hasan sahih bersabda: Kunci sembahyang ialah bersuci, pengharamannya ialah takbir dan penghalalannya ialah memberi salam.

+ Bermaksud bahawa anak kunci sembahyang itu ialah wuduk. Tanpa wuduk, biar bagaimana sempurna sembahyang dilakukan tetap tidak sah. Tahrimnya, iaitu yang mengharamkan perbuatan yang dilarang dalam sembahyang seperti kata-kata, makan, minum itu ialah dengan takbir iaitu ucapan Allahuakbar dan yang menghalalkan atau yang mengharuskan semula sesuatu yang dilarang ketika sembahyang itu dilakukan ialah dengan salam, iaitu dengan menyebut assalamualaikum.

+ Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas ketika menyebut Allahuakbar dengan merapatkan jari-jari hingga sejajar dengan atas dua pundak, kanan dan kiri atau kedua-dua belah tangan diangkat hingga hampir dengan cuping telinga, iaitu sebelum bertakbir, selepas ataupun berserta dengan takbir. Amalan ini bersesuaian dengan sunah Rasulullah.

+ Tersebut dalam hadis riwayat daripada Ibn Umar r.a. beliau berkata, aku pernah melihat Rasulullah ketika baginda berdiri hendak sembahyang. Beliau mengangkat kedua-dua belah tangannya hingga kedua-duanya setentang dengan kedua-dua bahunya, begitulah yang baginda lakukan ketika bertakbir untuk rukuk, ketika mengangkat kepalanya bangkit dari rukuk sambil berkata: "Samiallahu liman hamidah" dan beliau tidak berbuat demikian ketika sujud - hadis riwayat al-Bukhari.

+ Menurut ulama mazhab Hanafi dan Hambali, niat hanya syarat, manakala menurut pendapat golongan Mazhab Maliki dan Asy-Syafie, niat adalah rukun sembahyang.

+ Beza antara kedua-duanya, syarat boleh dilakukan sebelum melakukan sesuatu amalan, asalkan antara kedua-duanya tidak diselangi oleh jarak yang lama, atau oleh pekerjaan lain.

+ Dengan demikian, maka sahlah sembahyangnya sedangkan rukun itu adalah sembahyang daripada amalan itu sendiri. Rukun tidak boleh dilakukan sebelum amal, biarpun jaraknya dekat. Kerana itulah maka niat sembahyang itu WAJIB dilakukan berserta dengan takbiratul ihram seperti yang dijelaskan.

+ Sunat bagi imam menguatkan suara ketika takbiratul ihram dan lain-lain takbir agar dapat didengar oleh makmum, manakala makmum pula hendaklah membataskan suara takbirnya, hanya kira-kira dapat didengar oleh telinganya sendiri atau hanya makmum di sebelahnya. Sekiranya dilakukan sebaliknya, sembahyang dilakukan tetap sah.

+ Orang yang mengulangi niat dengan mengulangi menyebut Allahuakbar pada kebiasaannya ialah orang yang yang tinggi darjat waswasnya, yang boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain, terutamanya makmum di sebelah. Sekiranya ia memahami tentang keperluan niat, yang mengandungi qasd, taarrud dan takyin, baginya adalah mudah untuk mengatasi kewaswasan yang dialami.

3.2 MEMBACA TAKBIRATUL IHRAM

Qauli - Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz “Allahu Akhbar"

+ The Prophet, said: "The key to Salat is the purification, its Tahrlm is the Takblr, and its Tahlil is the Taslim.
Jami At-Tirmidi 3

3.2.1 Dengan Bahasa Arab.

3.2.2 Dengan lafaz 'Allah'.

3.2.3 Dengan lafaz 'Akbar'.

3.2.4 Dengan tertib sebutan dua kalimah tersebut (Allah dan Akbar).

3.2.5 Ketika berdiri (bagi Solat Fardhu).

3.2.6 Tiada dimadkan huruf Hamzah pada lafaz 'Allah'.

3.2.7 Tiada digugurkan huruf Hamzah pada lafaz 'Akbar'.

3.2.8 Tiada dimadkan huruf pada lafaz 'Akbar'.

3.2.9 Tiada men'tasydid'kan mana-mana huruf yang tidak bertasydid.

3.2.10 Tiada menambah wau yang sakin (mati) berbaris antara dua kalimah

3.2.11 Tiada wau dahului daripada lafaz Allah.

3.2.12 Tiada menukar sebutan huruf Hamzah pada kalimah 'Akbar' dengan huruf Wau.

3.2.13 Tiada menukar sebutan huruf Kaf pada kalimah 'Akbar' dengan huruf Hamzah.

3.2.14 Tiada memanjang hukum mad pada kalimah 'Allah' melebihi 14 harakat

3.2.15 Tiada diam yang panjang antara 2 kalimah itu lebih dari kadar masa bernafas

3.2.16 Atau diam yang pendek tetapi diqasadkan dengan memutuskan Takbiratul Ihram itu

3.2.17 Sebutannya dapat didengar oleh dirinya dengan sekalian hurufnya

3.2.18 Dimulakan setelah (yakin/dzan) sudah masuk waktu

3.2.19 Dalam keadaan mengadap kiblat

3.2.20 Ditakbirkannya kemudian daripada takbir Imam bagi Makmum

3.2.21 Tiada memalingkannya daripada Takbiratul Ihram kepada takbir yang lain daripadanya.

+ Maksudnya: “Kunci solat ialah suci, ihramnya ialah takbir dan tahallulnya ialah salam.”
Riwayat al-Tirmizi (3), Abu Daud (61) dan yang lainnya.

+ Mad menurut pengertian secara etimologi berarti memanjangkan atau menambah. Sedangkan dalam pengertian secara epistimologi berarti memanjangkan bacaan dalam Al-Quran melebihi bacaan/harakat biasa, paling sedikit dua harakat atau satu alif (dua kali panjang bacaan biasa).

+ Waqaf secara bahasa kata waqaf berarti menahan atau berhenti, Sedangkan menurut pengertian secara istilah dapat didefinisikan sebagai memutus suara di akhir kalimat (ketika membaca Al-Quran) selama waktu bernafas, namun jika lebih pendek dari waktu bernafas tersebut, maka hal itu dinamakan saktah.

+ Tasydid adalah tanda baca atau dikenal dengan harakat. Ia berbentuk seperti:

+ 1. Kepala pada huruf sin dalam bahasa Arab atau

+ 2. Seperti angka 3 di balik ke atas atau

+ 3. Seperti huruf alphabet "w".

+ Mengapa perlu ada tasydid. Tasydid ternyata menjadi simbol yang memberi tekanan dalam konsonan [ganda]. Boleh juga diterjemahkan dengan adanya pertemuan [pengulangan] dari suatu huruf hijaiyah yang sama dalam waktu yang sama juga. Ketika bertemu dengan tasydid, umumnya qari membaca lebih lama, minima dua harakat atau satu alif. Bacaan ini akan lebih panjang jika masuk ke dalam huruf yang qalqalah kubra [qalqalah yang berhenti kerana ada wakaf]. Tanda Baca Tasydid Dalam bahasa Arab tanda baca tasydid disebut juga dengan Syiddah atau Syaddah, yaitu tanda baca yang menyatakan dua huruf yang sama atau rangkap.

3.3 QIAM

Fi`li - Berdiri tegak/betul bagi yang mampu berdiri ketika solat fardhu. Manakala, bagi yang tidak mampu disebabkan oleh sakit dan sebagainya bolehlah melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang, atau dengan menggunakan isyarat.

+ The Prophet (p.b.u.h) recited (the Qur'an) aloud during the eclipse prayer and when he had finished the eclipse prayer he said the Takbir and bowed. When he stood straight from bowing he would say "Sami 'allahu liman hamidah Rabbana wa laka l-hamd." And he would again start reciting. In the eclipse prayer there are four bowing and four prostrations in two rak`at. Al-Auza'i and others said that they had heard Az-Zuhri from 'Urwa from `Aisha saying, "In the lifetime of Allah's Messenger (ﷺ) the sun eclipsed, and he made a person to announce: 'Prayer in congregation.' He led the prayer and performed four bowing and four prostrations in two rak`at." Narrated Al-Walid that `Abdur-Rahman bin Namir had informed him that he had heard the same. Ibn Shihab heard the same. Az-Zuhri said, "I asked ('Urwa), 'What did your brother `Abdullah bin Az-Zubair do? He prayed two rak`at (of the eclipse prayer) like the morning prayer, when he offered the (eclipse) prayer in Medina.' 'Urwa replied that he had missed (i.e. did not pray according to) the Prophet's tradition." Sulaiman bin Kathir and Sufyan bin Husain narrated from Az-Zuhri that the prayer for the eclipse used to be offered with loud recitation.
Sahih Al-Bukhari 1065-1066. .

3.3.1 Disyaratkan bagi solat Fardhu

3.3.2 Disyaratkan bagi yang mereka yang berkuasa berdiri.

3.3.3 Membetulkan belakang sekadar berkuasa dalam qiam.

+ Maksudnya: “Sesiapa yang bersolat secara berdiri itulah yang afdhal, dan sesiapa yang bersolat secara duduk dia mendapat separuh pahala solat berdiri dan sesiapa yang bersolat secara mengiring dia mendapat separuh pahala solat duduk.”  Riwayat al-Bukhari (1065).

+ Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring." Riwayat al-Bukhari (1066).

3.4 MEMBACA AL FATIHAH

Qauli - Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri. Bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.

+ Allah's Messenger (ﷺ) said, "Whoever does not recite Al-Fatiha in his prayer, his prayer is invalid."
Sahih al-Bukhari 756. .

3.4.1  Dibaca dengan bahasa Arab

3.4.2  Dengan tertib antara segala kalimah

3.4.3  Dengan mualat padanya (kalimah)

3.4.4  Memelihara akan segala hurufnya (141 huruf) - tidak mengurangkan atau menambah hurufnya

3.4.5  Memelihara segala tasydid (14 tasydid) - tidak mengurangkan atau menambah tasydidnya

3.4.6  Tiada diam yang panjang dengan tiada uzur - lebih kadar bernafas atau diam yang pendek dengan niat memutuskan bacaan

3.4.7  Tiada kesilapan atau 'lahn yang boleh mencederakan maknanya mengikut Bahasa Arab

3.4.8  Dibaca dalam keadaan berdiri atau gantinya (seperti duduk dan sebagainya) ketika dalam keadaan uzur

3.4.9  Dapat diperdengarkan pada dirinya sekalian hurufnya

3.4.10 Tiada diselangi antara segala kalimahnya oleh zikir ajnabi (asing) yang tiada hubungan dengannya

3.4.11 Membaca semua ayatnya termasuk Bismillah pada setiap rakaat kecuali makmum yang masbuq.

+ Maksudnya: “Tidak sah solat orang yang tidak membaca fatihah.”
Sahih Muslim (394).

3.5 RUKUK

Fi`li - Rukuk dengan tama’ninah. Rukuk adalah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya.

3.5.1 Selepas tamam (sempurna) Fatihah (bagi selain daripada masbuq)

3.5.2 Tunduk ke hadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan ke lutut

3.5.3 Tunduk dengan niat rukuk

3.5.4 Tama’ninah dalam rukuk (sekadar masa menyebut Subhanallah)

+ Tasbih : “Subhanallah”, artinya “Maha Suci Allah”.

+ Tahmid : “Alhamdulillah”, artinya “Segala Puji Bagi Allah”.

+ Takbir : “Allahuakbar”, artinya “Maha Besar Allah” .

+ Tahlil : “Laa ilaha Illallah”, artinya “Tiada Tuhan Selain Allah”.

+ Istighfar : “Astaghfirullah hal adzim”, artinya “Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

+ Masbuq artinya tertinggal, makmum masbuk adalah orang yang tertinggal atau datang terlambat untuk mengikuti solat jamaah, yaitu ketika imamnya telah melakukan ruku’. Bagi makmum masbuq, terdapat beberapa ketentuan, yaitu sebagai berikut:

+ Harus mengikuti imam pada keadaan yang dia dapat ikuti iaitu dia terus berniat dan mengucapkan takbiratul ihram, lalu terus mengikuti gerakan imam seperti jika ketika itu imam sujud, maka dia juga ikut sujud.

+ Dihitung mendapat satu raka’at apabila dia masih sempat melakukan ruku bersama imam.

+ Mengganti raka’at yang tertinggal setelah imam selesai memberi salam yang pertama.

+ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, ruku’lah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang).
(Surah al-Haj: 77).

+ Maksudnya: “Kemudian ruku ‘lah hingga engkau tetap dalam keadaan itu.”
Sahih Muslim (397).

+ Maksudnya: “Apabila ruku’ kedua-dua belah tangan Baginda mencapai kedua-dua belah lututnya.”
Riwayat al-Bukhari (794).

+ Maksudnya: “Engkau tidak bersolat. Sekiranya engkau mati, pastilah engkau tidak mengikut fitrah Muhammad SAW yang Allah telah tetapkan ke atasnya.”
Riwayat al-Bukhari (758).

+ Maksudnya: “Pada suatu malam aku bersolat bersama—sama Nabi SAW, kemudian Baginda ruku’ lalu membaca tasbih yang maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung. Kemudian Baginda sujud lagi dan membaca tasbih yang maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. ”
Sahih Muslim (772).

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ruku ‘ dan membaca tasbih Sebanyak tiga kali sempurnalah ruku ‘nya. Demikianlah sekurang-kurangnya ruku ’. ”
Riwayat al-Tirmizi (261), Abu Daud (886) dan yang lainnya.

3.6 IKTIDAL

Fi`li - Iktidal adalah bangkit dari rukuk supaya kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja.

3.6.1 Selepas tamam (sempurna) rukuk

3.6.2 Bangkit kembali (qiam) ke tempat asal sebelum rukuk

3.6.3 Bangkit dengan niat "Iktidal"

3.6.4 Tidak melebihkannya lebih dari qadar masa membaca Fatihah

3.6.5 Tama’ninah.

+ Maksudnya: “Apabila mengangkat kepalanya daripada ruku’, Baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak.”
Riwayat Muslim (498).

+ Maksudnya: “Kemudian bangunlah hingga engkau berdiri tegak.”
Sahih Muslim (397).

3.7 SUJUD

Fi`li - Sujud dua kali dengan tama’ninah. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala.

3.7.1 Selepas tamam (sempurna) "Iktidal"

3.7.2 Menghantarkan 7 anggotanya ke tempat sujud

3.7.2.1 iaitu dua belah tapak tangan/perut anak jari, dua kaki, dua lutut dan dahi

3.7.3 Terbuka dahinya

3.7.4 Ditekan kepala ke tempat sujud

3.7.5 Tidak niat lain dari sujud

3.7.6 Tidak sujud di atas sesuatu yang ditanggungnya - yang bergerak dengan geraknya

3.7.7 Meninggikan punggung dari kepalanya

3.7.8 Tama’ninah.

+ Maksudnya: “Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, dengan dahi (sambil Baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.”
Sahih Muslim (490).

+ Maksudnya: “Kemudian Baginda bertakbir ketika turun untuk sujud.”
Riwayat al-Bukhari (770) dan Muslim (292).

+ Maksudnya: “Apabila sujud letakkanlah dua tapak tangan dan angkatlah kedua-dua belah siku mu.”
Riwayat Muslim (494).

+ Maksudnya: “Nabi SA W apabila bersolat Baginda merenggangkan kedua-dua belah tangannya hingga kelihatan putih dua ketiaknya.”
Sahih Muslim (495).

+ Maksudnya: “Dan Baginda menjauhkan kedua-dua belah tangan daripada dua rusuknya dan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan selari dengan dua bahunya.”
Riwayat Abu Daud (734) dan al-Tirmizi (270).

+ Maksudnya: “Apabila sujud, Baginda merenggangkan dua peha tanpa mengampu perut di atas kedua-duanya.”
Riwayat Abu Daud (735).

+ Maksudnya: “Dan apabila seseorang sujud lalu membaca tasbih sebanyak tiga kali sempurnalah sujudnya. Demikianlah sekurang-kurangnya sujud.”
Riwayat Abu Daud (886), al-Tirmizi (261) dan yang lainnya.

+ Maksudnya: “Apahila kamu sujud, rapatkanlah sebahagian badan ke lantai kerana orang perempuan tidak sama cara sujudnya sebagaimana orang lelaki. ”
Riwayat al-Baihaqi (2/223).

3.8 DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Fi`li - Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah. Duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

3.8.1 Selepas tamam (sempurna) sujud pertama

3.8.2 Tidak diqasadkan bangkit itu selain daripada untuk duduk antara dua sujud

3.8.3 Membetulkan duduknya sekadar kuasanya

3.8.4 Tiada memanjangkannya lebih dari kadar masa sekurang-kurang tahiyyat

3.8.5 Tama’ninah

3.9 DUDUK TAHIYAT AKHIR

Fi`li - Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah.

3.9.1 Selepas tamam sujud terakhir

3.9.2 Tidak diqasadkan bangkit itu kecuali untuk duduk tahiyyat akhir

3.9.3 Membetulkan duduknya sekadar kuasanya

3.10 MEMBACA TAHIYAT AKHIR

Qauli - Membaca tasyahud/tahiyat akhir.

3.10.1 Memelihara akan sekalian hurufnya dari gugur

3.10.2 Memelihara akan segala tasydidnya

3.10.3 Tidak bertukar huruf-hurufnya itu dengan huruf yang lain

3.10.4 Tidak ada kesilapan sebutan yang boleh mengubah makna

3.10.5 Dapat didengar oleh telinga sendiri

3.10.6 Dibaca dalam bahasa Arab

3.10.7 Muwalat segala kalimahnya

3.10.8 Dibaca dalam keadaan duduk.

+ Maksudnya: “Ketika kami bersolat bersama-sama Nabi SAW membaca dalam riwayat yang lain pula menyebut: Sebelum difardhukan tasyahhud kami membaca tasyahhud yang maksudnya: Sejahtera ke atas Allah SWT mendahului hamba-hamba-Nya, sejahtera ke atas Jibril, sejahtera ke atas Mikail, sejahtera ke atas sifulan. Setelah selesai Nabi SAW pun menghadap kami lalu bersabda: Sesungguhnya Allah S WT bersifat Assalam  Apabila seseorang daripada kamu duduk ketika bersolat bacalah ( ). ”
Sahih Muslim (402)

+ Maksudnya: “Rasulullah SAW rnengajar kami lafaz tasyahhud sebagaimana Baginda mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda yang bermaksud: Segala penghormatan yang suci, segala pujian yang baik hanya bagi Allah SWT, selamat sejahtera ke atas mu wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah SWT akan keberkatan-Nya. Selamat sejahtera ke atas kamu, kami dan semua hamba Allah yang soleh. Aku menjadi saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya selain Allah dan aku menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.”
Sahih Muslim (403).

3.11 MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W DALAM TAHIYAT AKHIR

Qauli - Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W pada tasyahud/tahiyat akhir.

3.11.1 Dibaca dalam Bahasa Arab

3.11.2 Dengan lafaz Muhammad S.A.W.

3.11.3 Memadai dengan ‘Rasulnya’ atau ‘Nabi’

3.11.4 Dapat didengar oleh telinga sendiri.

+ Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Surah al-Ahzab: 56).

+ Maksudnya: “Bagaimanakah cara kami berselawat ke atas mu dalam solat kami? Baginda bersabda: Ucapkanlah….” Ibn Hibban (515) dan al-Hakim (1/268) yang mengatakannya sebagai hadith sahih.

+ Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu berselawat mulakanlah dengan memuji Tuhannya. Kemudian berselawatlah ke atas Nabi SAW dan berdoalah selepas itu dengan doa yang dikehendakinya.” Riwayat al-Tirmizi (3475), Abu Daud (1481) dan yang lainnya dengan sanad yang sahih.

+ Maksudnya: “Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW serta keluarganya sebagaimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim serta keluarganya. Dan berkatilah Nabi Muhammad SAW serta keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim serta keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia di seluruh alam ini.” Lafaz selawat ini telah terbit dalam beberapa hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan yang lainnya. Sementara itu antara riwayat tersebut ada pula yang ditambah dan ada pula yang dikurangi.
Sahih Muslim (406).

3.12 MEMBACA SALAM YANG PERTAMA

Qauli - Memalingkan muka ke arah kanan dan memberi salam yang pertama. Dada mesti tetap menghadap kiblat.

3.12.1 Diberi salam itu dalam Bahasa Arab

3.12.2 Ditakrif dengan Alif dan Lam

3.12.3 Dengan khitab jamak

3.12.4 Dengan mim jamak

3.12.5 Memperdengarkan sekalian huruf kepada dirinya

3.12.6 Berturut-turut segala kalimahnya

3.12.7 Tiada qasad lain daripada salam

3.12.8 Ketika duduk atau gantinya

3.12.9 Dalam keadaan mengadap kiblat dari awal hingga akhir

3.12.10 Tidak menambah sesuatu huruf/kalimah yang boleh mengubah makna/ayat

3.12.11 Tidak mengurangkan sesuatu hurut /kalimah yang boleh mengubah makna/ayat.

+ Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah SAW mengucapkan salam ke kanan dan ke kirinya hingga kelihatan putih pipinya.”
Sahih Muslim (582).

+ Maksudnya: “Nabi SAW mengucapkan ( ) ke kanan, dan ( ) ke kirinya hingga kelihatan putih pipinya.” Riwayat Abu Daud (996) dan al-Tarmizi (290) katanya: Hadis Hasan Sahih.

3.13 TERTIB

Fi`li - Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.


4. PERKARA SUNAT DALAM SOLAT

4.1 Sunat Ab'adh

4.1.1 Membaca Tahiyyat Awal

4.1.2 Membaca Selawat ke atas Nabi S.A.W. di dalam Tahiyyat Awal

4.1.3 Membaca Selawat ke atas keluarga Nabi S.A.W. di dalam Tahiyyat Akhir

4.1.4 Duduk bagi membaca Tahiyyat Awal

4.1.5 Berdiri membaca qunut di dalam Solat Subuh

4.1.6 Membaca qunut

4.1.7 Membaca Selawat ke atas Nabi S.A.W., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut

4.1.8 Membaca Salam ke atas Nabi S.A.W., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut

4.2 Sunat Hai’ah

4.2.1 Mengangkat kedua tangan ketika Tabiratul Ihram, ketika rukuk, iktidal dan bangkit dari Tahiyyat Awal

4.2.2 Meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri ketika qiam

4.2.3 Memandang tempat sujud sahaja kecuali ke jari telunjuk ketika menyebut dalam Tahiyyat Awal

4.2.4 Membaca doa Iftitah

4.2.5 Membaca 'Auzubillah sebelum AI Fatihah

4.2.6 Diam seketika sebelum dan sesudah sesuatu bacaan

4.2.7 Membaca Amin sehabis AI Fatihah dengan nyaring atau perlahan menurut masanya

4.2.8 Membaca sebarang ayat atau surah sesudah AI Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua

4.2.9 Memanjangkan ayat rakaat pertama lebih dari rakaat kedua

4.2.10 Menyaringkan bacaan dalam solat Subuh, Hari Raya, Terawih, witir dan 2 rakaat pertama Maghrib serta Isya

4.2.11 Membaca takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain kecuali ketika iktidal

4.2.12 Meletakkan tapak tangan di atas lutut ketika rukuk

4.2.13 Menjarangkan jari-jari serta mengadapkannya ke arah kiblat

4.2.14 Membaca tasbih 3 kali dalam rukuk dan sujud

4.2.15.Meletakkan tangan sejajar dengan bahu ketika sujud

4.2.16 Menjarangkan kaki lebih kurang sejengkal ketika sujud

4.2.17 Membaca doc (Rabbigh firli ..) hingga seterusnya ketika duduk antara 2 sujud

4.2.18 Duduk bersimpuh (iftirasy) kecuali ketika duduk Tahiyyat Akhir

4.2.19 Duduk istirehah sebelum qiam untuk ke rakaat yang ke 2

4.2.20 Bertekan di tanah sewaktu hendak bangkit qiam

4.2.21 Memberi salam ke kiri

4.2.22 Berpaling hingga kelihatan pipi orang di sisinya sewaktu memberi salam ke kiri dan kanan.

5. PERKARA MAKRUH DALAM SOLAT

5.1 Berpaling muka kanan atau kiri

5.2 Berdiri di atas sebelah kaki

5.3 Mendahulukan sebelah kaki atau merapatkan kedua kaki

5.4 Menyimpul rambut, kain, serban, menyingsing lengan tangan baju

5.5 Berludah dalam solat atau di luar solat ke hadapan kiblat

5.6 Merendahkan kepala dari punggung ketika rukuk

5.7 Menahan diri dari qada’ hajat besar atau kecil

5.8 Bersolat ketika makanan sudah terhidang yang sekira-kira ianya boleh mengganggu kekhusyukan

5.9 Meninggalkan bacaan surah dua rakaat pertama

5.10 Memanjangkan masa istirehat lebih dari duduk antara dua sujud

5.11 Bersandar kepada sesuatu yang sekira-kira jatuh ia dengan jatuhnya tempat bersandar itu

5.12 Melanjutkan tasyahud awal dan membaca doa

5.13 Meninggalkan doa dalam tasyahud akhir

5.14 Membiarkan tempat kosong di dalam saf di hadapannya

5.15 Berdiri seorang diri di luar saf ketika solat berjemaah

5.16 Tempat solat makmum lebih tinggi dari imam

5.17 solat dalam bilik mandi

5.18 solat di tempat sembelihan

5.19 solat di dalam gereja

5.20 solat dalam kandang haiwan.

5.21 solat di tanah perkuburan

5.22 solat di atas Kaabah

5.23 solat di tempat tawaf

5.24 solat di laluan orang ramai

5.25 Mendongak ke langit

5.26 Mengadap tempat yang bertulis clan bergambar

5.27 Mengadap atau bertentang muka dengan manusia

5.28 Ketika terlalu mengantuk

5.29 Menguap’- apabila menguap sunat menahan diri sekadar berkuasa

5.30 Menutup mulut kecuali menutupnya ketika terpaksa menguap.

6. PERKARA MEMBATALKAN SOLAT DAN PERLU DIBUAT SEMULA

6.1 Berkata-kata dengan sengaja dengan 2 huruf atau hanya dengan 1 huruf yang memberi faham

6.2 Bergerak-gerak lebih dari 2 kali berturut-turut

6.3 Kedatangan hadas kecil atau besar

6.4 Kedatangan najis yang tidak dimaafkan

6.5 Syak pada niat atau takbiratul ihram

6.6 Syak pada satu-satu syarat solat dan berkekalan pada syak itu

6.7 Syak pada apa solat yang diniatkan

6.8 Niat hendak memutuskan solatnya

6.9 Digantungkan memutuskan solatnya dengan sesuatu

6.10 Mengubah solatnya kepada solat yang lain

6.11 Mengerjakan satu rukun Fi`li bukan pada tempatnya

6.12 Berpaling dada dari kiblat

6.13 Memberi salam bukan pada tempatnya

6.14 Terbuka aurat

6.15 Mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa seperti mengorek hidung dan lain - lain

6.16 Batal Wuduk.

6.17 Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).

6.18 Terbuka Aurat.

6.19 Melangkah, tiga langkah berturut-turut.

6.20 Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.

6.21 Tertawa Terbahak-bahak.

6.22 Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.

6.23 Berubah Niat.

6.24 Mendahulu Imam sampai dua rukun.

6.25 Meninggalkan rukun Sembahyang.

7. FAQs

1. tasyahud/tahiyat awal dalam solat bukanlah rukun solat itu sendiri sebaliknya ia termasuk ke dalam sunat Ab'ad yang mana jika seseorang tertinggal melakukannya akan menyebabkan orang yang, meninggalkannya dikehendaki menampung kekurangan ini dengan sujud sahwi di akhir solatnya. Bagaimanapun ini tidaklah bermakna ia boleh ditinggalkan sewenang-wenangnya kemudian di tampung dengan sujud sahwi. Kalau begitulah tujuan, sudah pasti akan merosakkan solatnya.

2. Membengkokkan jari kaki kanan dibengkokkan menghadap kiblat ketika duduk tahiyat awal bukanlah termasuk dalam rukun solat yang jika tidak dikerjakan boleh membatalkan solat. Jadi walaupun meluruskan jari-jari kaki kita maka solat kita tetap sah. Perkara tersebut termasuk adab-adab ketika solat oleh itu adalah lebih baik jika dapat dilakukan seperti tersebut.

3. Membaca doa iftitah hanya sunat, jika kita terlupa membacanya sedangkan kita telah membaca surah Al Fatihah maka teruskanlah membaca surah ataupun terus rukuk. Tidak perlulah mengulangi untuk membacanya.

4. Niat adalah rukun dalam solat. Tanpanya solat tidak sah. Dalam Mazhab Asy-Syafi'i niat dihadirkan di dalam hati pada masa seseorang bertakbirratul Ihram di antara huruf Alif pada "ALLAH dan huruf Ra' pada "AKBAR". Jika niat hadir di bahagian di antara dua huruf ini, bermakna yang terlibat sudah menghadirkan niatnya di dalam solatnya itu dan seterusnya sahlah solatnya. Berhubung dengan lafaz niat yang diucapkan oleh orang-orang yang bermadhhab Asy-Syafi'i di negara kita hari ini, biasanya ia dilakukan sebelum takbiratul Ihram bermula bagi tujuan memudahkan kehadiran niat itu sendiri di dalam hati.

4.1 Bagaimanapun Imam An-Nawawi dari kalangan ulamak madhhab Asy-Syafi'i menafikan imam Asy-Syafi'i ada berlafaz niat sebelum bertakbiratul Ihram di dalam kitabnya Syarah Muhadhdhab, bahkan beliau menganggap anggapan sesetengah orang tentang keperluan berlafaz niat sebelum takbiratul Ihram adalah satu kesilapan terhadap ucapan Imam Asy-Syafi'i sendiri. Apa yang perlu dibuat ialah kita dikehendaki mempelajari lafaz niat, tetapi apabila ketika menunaikan solat, terus sahaja kita meniatkannya di dalam hati semasa takbiratulihram mengikut jenis solat yang kita kehendaki, fardhu atau sunat, tunai atau qada', dan berapa rakaat solat yang ditunaikan itu.

5. Meninggalkan tasyahhud awwal dengan sengaja dan meninggalkan pula sujud sahwi dengan sengaja walaupun ingat tidaklah membatalkan solat seseorang itu menurut jumhur ulamak. Walau bagaimanapun perbuatan ini bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW dalam menunaikan solat yang terdapat dalam sebuah hadis yang sahih; "Baginda bersabda: Solatlah anda sebagaimana anda melihat saya bersolat".

6. Dalam sebuah hadis sahih yang lain yang dinukilkan oleh imam An-Nawawi dalam syarah Mudahdhabnya menjelaskan nabi pernah suatu ketika menunaikan solat Zohor tetapi terlupa untuk tasyahhud awwal, kemudian baginda menggantikannya dengan dua kali sujud sahwi di akhir solatnya sebelum salam. Apa yang jelas kepada kita tidak terdapat riwayat yang mengatakan nabi SAW sengaja berbuat demikian.

6.1 Kerana itu orang yang sengaja meninggalkan tasyahhud awwal bererti ia telah mencanggahi sunnah Rasulullah SAW. Tambahan pula solat bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan. Solat ini telah ditunaikan oleh para sahabat dan generasi umat Islam sesudahnya. Namun tidak ada pula dinukilkan ada di antara mereka sengaja meninggalkannya, kecuali kerana terlupa. Itu sahaja.

6.2 Tasyahhud Awwal termasuk ke dalam sunat Ab'ad menurut jumhur ulamak termasuklah Imam Syafi'i, Malik, Thauri, Awza'i, dan Abu Hanifah. Sunat Abd'ad bermaksud sunat yang hampir-hampir mencecah hukum WAJIB. Kerana itu ia tidak boleh sengaja diitinggalkan begitu sahaja. Menurut Imam Imad, Al-Laithi, Ishak dan Dawud Tasyahhud awwal hukumnya WAJIB. Ini bermakna orang yang sengaja meninggalkannya solatnya jelas batal. Golongan ini berhujjah hadis yang menjelaskan nabi SAW menyuruh para sahabatnya menunaikan solat sebagaimana mereka melihat baginda menunaikannya. tanpa sebarang pengecualian satu rukun pun kerana itu hukum tasyahud awwal adalah WAJIB.Jumhur ulamak pula berhujjahkan hadis yang disebutkan di atas sebelumnya.

6.3 Qunut juga termasuk ke dalam sunat Ab'ad. Ini bererti orang yang tertinggal melakukannya hendaklah sujud sahwi di akhir solatnya. Jika ia sengaja tidak membaca qunut dan sengaja pula tidak sujud sahwi di akhir solatnya, hukum solatnya tidaklah terbatal. Dalam mazhab Syafii qunut yang merupakan sunat mempunyai dalil yang kuat seperti mana yang dijelaskan oleh An-Nawawi di dalam syarah muhadhdhabnya.

6.4 Kerana itu ia tidak boleh dipandang remeh. Oleh kerana solat merupakan perkara yang berat dan merupakan tiang agama, sewajarnyalah kita menunaikannya dengan sempurna baik dari segi WAJIBnya mahupun dari segi sunatnya. Janganlah hendaknya kerana ada di antara perkara sunat di dalamnya kita dengan sewenang-wenangnya sahaja meninggalkan perkara sunat itu. Kenapa dalam soal ibadat kita begitu mengambil mudah tetapi dalam soal pengurusan duniawi kita begitu mengambil berat?

6.5 Dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan kaki adalah termasuk ke dalam anggota sujud. Persoalannya adakah sah solat seseorang itu apabila ia tidak meletakkan sebahagian dari perut jari ke dua kakinya ke tanah atau ke lantai ketika sujud. Menurut Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitabnya Sabilul Al-Muhtadin jika seseorang itu tidak berbuat demikian, maka solatnya tidak memadai iaitu tidak sah, kerana meletakkan sebahagian dari perut ke dua kaki di tanah adalah termasuk ke dalam syarat sujud.

7. Dalam Kitab Mughni Al-Muhtaj karangan Al-Khatib Asy-Syarbini menjelaskan meletakkan sebahagian perut jari-jari kaki TIDAK WAJIB, kerana itu dihukumkan orang yang tidak berbuat demikian solatnya adalah sah, apalagi jika ia sendiri tidak dapat melipatkan kakinya dengan baik kerana masalah gemuk atau masalah penyakit yang ada di situ.

7.1 Bagaimana mengikut kaedah feqah yang berbunyi mengeluarkan diri dari perkara yang diperselisihkan oleh ulamak itu adalah sunat, maka suka diingatkan kepada anda lain kali hendaklah anda melipatkan perut jari-jari kaki anda itu ketika bersolat.

7.2 Takbiraul Ihram itu adalah salah satu rukun daripada rukun-rukun solat. Adapun lafaz takbiratul Ihram ini hendaklah diucapkan dengan lafaz "Allahu Akbar", tidak boleh ditukar dengan ucapan lain, walaupun mengandungi maksud yang sama. Ketentuan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah maksudnya: "Adalah Nabi SAW apabila baginda telah berdiri untuk mengerjakan solat maka baginda berdiri dengan lurus dan mengangkat tangannya, kemudian baginda mengucapkan "Allahu Akbar" (ucapan takbiratul ihram).

7.3 Jika kita masbuk, maka yang paling mustahak kita lakukan sempurnakan syarat dan rukun solat. Berniatlah dengan penuh khusyuk kemudian berdiri tegak dengan betul dan barulah mengucapkan takbiratul ihram (Allahu Akbar). Setelah itu ikutilah imam sesuai dengan posisi ketika kita selesai takbiratul ihram.

8. Mengenai masalah doa qunut ini ada baiknya kita mendapatkan kepastian tentang kedudukannya. Para ulama mujtahid berbeza pendapat tentang kedudukan Qunut ini. Menurut Imam Malik dan para pengikutnya mengatakan bahawa qunut Subuh itu adalah mustahab yakni sesuatu amalan yang amat disukai oleh Rasulullah SAW dan dibiasakannya. Bagaimanapun beliau mengatakan bahawa qunut Subuh itu boleh dibaca pada sebelum atau sesudah rukuk dan beliau juga tidak menentukan sebarang bacaan atau doa dalam qunut ini.

8.1 Menurut Mazhab Syafei, Qunut Subuh itu adalah suatu amalan yang amat disukai oleh Rasulullah SAW, tetapi TIDAK WAJIB hukumnya. Beliau mengatakan bahawa qunut itu dibaca selepas rukuk pada rakaat yang kedua. Menurut Imam Abu Hanifah pula, beliau berkata bahawa qunut pada solat Subuh bukan sunat hukumnya yang ada menurut beliau adalah pada solat Witir.

8.2 Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa qunut itu diamalkan oleh ketua negara yang berdoa untuk keselamatan bagi pasukan keselamatan negaranya. Pendapat Imam Malik dan imam Syafei di atas merujuk kepada riwayat Jemaah ahli hadith dari Anas bin Malik. "Bahawa Rasulullah SAW pernah qunut satu bulan lamanya, baginda mendoakan mereka (yang membunuh, yakni kabilah Ri'il, Zakwan dan 'Ushayyak atas perbuatan mereka yang telah membunuh 70 orang sahabat Nabi yang diutus oleh baginda untuk mengajar mereka tentang agama Islam) kemudian baginda menghentikannya. Adapun pada solat Subuh sentiasa baginda lakukan hinggalah baginda wafat. Ikrimah mengatakan bahawa peristiwa itu adalah merupakan titik awal permulaan qunut.

8.3 Dengan berbagai pendapat dan hadith tentang qunut ini, maka ulama Syafeiyah (mazhab Syafei) menetapkan bahawa qunut Subuh sunat hukumnya, bahkan ia lebih mendekati kepada WAJIB iaitu sunat muakkad. Oleh sebab itu apabila ia tertinggal hendaklah diganti dengan sujud sahwi. Jika kita pengikut Syafeiyah atau mazhab Syafei maka perlulah melakukan sujud sahwi jika tertinggal qunut dalam solat Subuh. Namun secara umum dapat dikatakan bahawa solat tetap sah jika doa qunut ini tertinggal atau sengaja ditinggalkan sebab qunut bukan termasuk dalam salah satu rukun solat.

9. Mengikut pendapat jumhur ulamak termasuklah imam Asy-Syafi'i sendiri, membaca Al-Fatihah di dalam solat bagi makmum adalah satu rukun daripada rukun-rukun solat. Ini bermakna tidak sah solat makmum itu jika ia berkesempatan membaca Al-Fatihah tetapi ditinggalkannya dengan sengaja.

9.1 Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada solat (tidak sah) bagi sesiapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah". Ini berbeza dengan pendapat imam Abu Hanifah yang tidak meWAJIBkan makmum membaca surah Al-fatihah. jika anda membaca agak lambat dan imam pula agak pantas sehingga anda tidak sempat menghabiskan surah Al-Fatihah. Dalam hal ini sekiranya imam telah rukuk anda merasakan anda boleh menghabiskan surah Al-Fatihah sebelum imam sujud, maka hendaklah anda menghabiskanya.

9.2 Jika anda rasa tidak sempat berbuat demikian, maka anda hendaklah rukuk bersama imam kerana bacaan imam akan dikira sebagai bacaan makmum seperti juga kedudukannya orang yang masbuk. Ini kerana dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan Rasulullah SAW pernah menjelaskan: imam itu dilantik untuk diikuti oleh makmum sekiranya ia rukuk maka hendaklah anda semua rukuk dan sekiranya ia sujud maka hendaklah anda semua sujud. Bagaimanapun bagi sesetengah ulamak Syafi'i seperti imam Nawawi orang terlibat luput rakaat pertama dan ia dikehendaki menambah rakaat yang luput itu diakhir solatnya.

10. Nabi pernah membolehkan para makmum membaca dalam solat bila imam mengeraskan bacaan. Ketika itu solat Subuh, bacaan sahabat mengganggu baginda. Selesai solat baginda bersabda: "Mungkin kamu membaca di belakang imam? Kami menjawab: "Betul, dengan bacaan yang cepat ya Rasulullah". Baginda bersabda: "Jangan kamu lakukan itu kecuali membaca al Fatihah, kerana solat tidak sah tanpa membacanya". (HR. Bukhari)

10.1 Kemudian baginda melarang semua bacaan pada solat jahar (bacaan kuat) iaitu setelah baginda mengerjakan solat jahar (Solat Subuh). Baginda bersabda: "Adakah di antara kamu tadi yang membaca bersama denganku ?".
Salah seorang sahabat menjawab: "Benar ya Rasulullah". Nabi bersabda: "Sekarang aku katakan, janganlah kamu menyaingiku".

10.2 Menurut Abu Hurairah semenjak mendengar itu mereka berhenti membaca bila Rasulullah mengeraskan bacaannya dalam solat. Mereka membaca berbisik bila imam mengeraskan bacaannya. Memusatkan perhatian terhadap bacaan imam oleh Rasulullah SAW dinyatakan sebagai suatu kesempurnaan mengikut imam. Rasulullah SAW bersabda: "Imam hanya untuk diikut, apabila ia takbir, takbirlah, apabila ia membaca perhatikanlah". (HR Abu Daud dan Muslim)

10.3 Mendengar bacaan imam, juga sudah cukup menjadi bacaan orang yang di belakang. Baginda bersabda: "Siapa yang mengikut imam, bacaan imam adalah bacaannya" (Riwayat Daruquthni dan Ibnu Majah). Ini dalam solat jahar (bacaan kuat) saja.

10.4 Untuk lebih jelas lagi kami ungkapkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud. "Rasulullah SAW membaca ayat dengan suara jelas (jahar) dalam solat Subuh dan pada dua rakaat pertama pada solat Maghrib dan Isyak. Baginda bacanya dengan berbisik pada solat Zohor, Asar dan pada rakaat ketiga solat Maghrib serta dua rakaat terakhir pada solat Isyak. Para makmum mengetahui bahawa baginda membaca sir (perlahan) dari gerakan janggut baginda, dan kadang-kadang dari bacaan ayat yang baginda bacakan kepada mereka".

10.5 Makmum yang baik hendaklah mengikuti adab dan kaedah yang telah ditentukan. Dalam hal bacaan dianjurkan makmum tidak mengganggu bacaan imam ataupun jemaah yang lain dengan cara melantangkan suara dan sebagainya. Makmum hendaklah mendengar bacaan imam yang dijaharkan (solat bacaan kuat seperti Maghrib dan Isyak) dan hendaklah para makmum membaca al-Fatihah di dalam hatinya mengiringi al-Fatihah imam. Ini didasarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud: "Apabila bertakbir, maka bertakbirlah kamu apabila imam membaca, maka diamlah kamu".

10.6 Diam yang dikehendaki dalam sabda Rasulullah SAW ini ialah diam dalam keadaan semua perhatian, ingatan dan pendengaran dituju kepada bacaan imam itu. Samada yang dibaca imam itu al fatihah mahupun surah-surah al Quran yang lain.

11. Mengerjakan solat dengan dua imam dalam satu surau dalam masa yang sama hukumnya tidak boleh. Dalam masalah ini dikemukakan tentang imam tetap dalam satu masjid. Jika satu jamaah hadir di suatu masjid yang mempunyai imam tetap tetapi pada masa itu ia tidak hadir, maka diperintahkan kepada mereka menghantarkan utusan menjemput ia hadir. Tetapi jika bimbang luput waktu solat, maka dibolehkan seorang yang lain tampil menjadi imam. Kata Imam Nawawi, jika dibimbangkan timbul fitnah hendaklah mereka solat bersendirian dan diistihbabkan kepada mereka mengulangi solat bersama imam itu jika ia hadir. Jadi jelaslah jika tidak hadir saja imam tetap disuruh solat sendirian jika khuatir menimbulkan fitnah apakah lagi dengan sengaja membuat jemaah sendiri di belakang atau di sebelah imam yang sedang solat.

11.1 Seandainya kita orang yang datang kemudian, sedangkan di dalam surau atau masjid tersebut ada dua imam yang sedang berjemaah, maka dalam hal ini ada beberapa pendapat. Jika makmum dapati dua orang imam masing-masing sedang solat dengan jemaahnya, maka ikutilah imam yang tetap. Namun jika keduanya tidak termasuk imam yang tetap dan masing-masing sebaya dan memiliki ciri-ciri imam yang dikehendaki, cuma perbezaannya yang satu cepat bacaannya sedangkan yang satu lagi lambat. Menurut Al Faurani dalam kitab Al Ibanah "Hendaklah dilihat kepada makmum itu sendiri. Jika ia seorang yang lambat membaca maka hendaklah ia mengikut imam yang lambat membaca. Sebaliknya jika ia cepat membaca maka hendaklah ia mengikuti imam yang cepat membaca".

11.2 Imam Al Tarmizi telah menjelaskan dalam Al Sunah iaitu diistihbabkan kepada imam bertasbih enam kali dalam rukuk dan sujud supaya makmum di belakangnya sempat bertasbih tiga kali". Kemudian menurut Imam Syafi'e dalam kitab Al-Umm "Pada hemah saya eloklah setiap masa bagi imam menambahkan tasyahud, tasbih dan bacaan surah sekadar yang dilihatnya boleh memberi kesempatan kepada makmum yang berat lidahnya menyempurnakan bacaannya yang perlu dibaca olehnya."

11.3 Jika kita solat berjamaah sedangkan didalam saf tersebut terdapat kanak-kanak, maka solat kita tetap sah bahkan pahala berjamaah tetap tidak terjejas, cuma hanya berkurang dalam pahala saf. Jadi perkara yang tidak baik jika kita melarang kanak-kanak ikut bersama-sama orang tua berjamaah di masjid. Bahkan setengah masjid di tempat kita sengaja membuat pengumuman melarang kanak-kanak umur lima tahun masuk ke dalam masjid. Sebetul cara ini secara tidak langsung kita telah mematikan minat anak untuk datang dan mencintai masjid. Padahal Rasulullah SAW pernah membawa cucu baginda ke dalam masjid ketika baginda menjadi imam. Ketika itu Hassan dan Hussein memanjat bahu baginda sehingga baginda melamakan sujudnya. Ini membuktikan bahawa Rasulullah begitu peka terhadap perkembangan agama kanak-kanak.

11.4 Barangkali masyarakat kita perlu merubah minda yang keliru dalam mendidik anak-anak mencintai masjid dan melatih mereka dalam solat. Jangan terlalu memperhatikan pahala saf sehingga minat anak-anak dikubur atau diabaikan. Wallahu A'lam.

12. Jarak antara imam dengan makmum dalam solat berjemaah adalah sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kita sekarang. Itulah yang terbaiknya. Ulamak syafii menjelaskan jika imam berada di atas menara masjid manakala makmum pula berada dalam masjid solat tetap sah kerana keduanya masih berada dalam bangunan yang sama. Jika imam berada di dalam masjid, manakala makmum berada di luar masjid maka jarang antara imam dengan makmum jangan melebihi dari 300 hasta.

12.1 Jika makmum menunaikan solatnya lebih dari jarak ini, maka hukum solatnya tidak sah. Jika imam menunaikan solat jamaah dengan hanya seorang makmum, maka makmum hendaklah berdiri disebelah kanan imam kebelakang sedikit. iaitu jarak antara tumit imam dengan hujung jari kaki makmum ialah sekadar satu jengkal sahaja. Demikian yang disebut di dalam kitab syarah Muhadhdhab oleh imam An-Nawawi.

12.2 i) Suami/isteri
Apabila suami menjadi imam manakala isterinya menjadi makmum, maka jarak antara imam dengan makmum dalam kes ini adalah seperti yang biasa kita lihat sekarang, cuma isteri hendaklah berdiri di sebelah kiri suaminya. Itu sahaja.

12.3 ii) Sesama perempuan
Jarak imam dengan makmum dalam solat jamaah yang diimami oleh orang perempuan. sesetengahnya berpendapat imam perempuan berada dihadapan sedikit dari makmum, tetapi yang afdalnya menurut imam An-Nawawi di dalam Syarah Muhaddhabnya, imam perempuan hendaklah berdiri di tengah-tengah saf yang pertama, kemudian jarak antara saf demi saf adalah sebagaimana yang biasa kita lihat sekarang.

13. Solat sunat ini banyak bahagiannya, diantara solat sunat Rawatib yang dikerjakan secara sendirian ketika sebelum dan sesudah solat sunat Fardhu, solat Tahajjud, solat Dhuha dan lain-lain. Begitu juga solat sunat ada dikerjakan secara berjamaah seperti solat sunat gerhana matahari dan gerhana bulan, solat sunat 'Aidil Fitri dan Aidil 'Adha, solat sunat Tarawih dan sebagainya.

14. Mengenai solat Tarawih, sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah SAW solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan sendirian ataupun secara berjamaah di masjid ataupun surau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjamaah.

14.1 Rasulullah SAW pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjamaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati sambutan begitu ramai daripada para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggap solat Tarawih itu sebagai WAJIB. Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjemaah bersama Rasulullah SAW. Tetapi Rasulullah tidak mahu hadir kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadah itu sebagai WAJIB, bukan kerana tidak mahu berjamaah.

14.2 Kemudian pada zaman Sayidina Umar Al Khattab, beliau menghimpun para sahabat yang solat berkelompok- kelompok dalam masjid menjadi satu jemaah. Namun perubahan yang dilakukan oleh Sayidina Umar ini tidaklah menimbulkan anggapan bahawa solat Tarawih ini menjadi WAJIB.

14.3 Begitu juga halnya jika kita terlambat datang untuk Tarawih sedangkan imam telah mengerjakan satu rakaat maka bolehlah kita masuk masbuq, jika kita ingin mengikutinya, dan boleh pula kita menunggu pada rakaat berikutnya. Kerana jumlah rakaat Terawih itu tidak terikat pada jumlah-jumlah tertentu dan boleh kita mengerjakannya menurut kemampuan kita. Wallahu 'Alam.

15. Sah hukumnya mengerjakan solat jamaah dengan dengan imam yang mengerjakan solat qasar. Tetapi setelah imam memberi salam anda hendaklah meyambung rakat solat yang masih berbaki. Jika anda mengerjakan solat maghrib secara berjemaah dengan imam, anda dikehendaki mengikut segala perbuatan imam, kerana berdasarkan keterangan dari sebuah hadis yang sahih sesungguhnya imam itu dilantik untuk dikuti oleh makmum.

15.1 Setelah selesai mengerjakan solat maghrib bersama dengan imam, anda hendaklah mengerjakan pula solat isyak secara qasar sebanyak 2 rakaat dengan terlebih dahulu melakukan iqamat secara perlahan dan tidak mengganggu para jamaah lain. Bagaimanapun janganlah anda menunaikan solat isyak itu ditempat anda solat maghrib tadi sebaliknya berundur sedikit kebelakang dan setelah iqamat tunaikanlah solat isyak secara qasar 2 rakat.

15.2 Adalah sah meniatkan solat jamak taqdim sebelum memberi salam pada solat yang pertama, namun adalah lebih afdal kiranya ia berniat pada ketika takbiratulihram.

16. Para ulamak menjelaskan sah seorang yang menunaikan solat fardu solat berimamkan orang yang menunaikan solat sunat. Kerana itu tidak perlu imam yang terlibat membuat sesuatu isyarat supaya ia tidak dijadikan imam oleh orang yang ingin menunaikan solat fardhu itu, kerana ia sedang bersolat sunat.

17. Umumnya adalah sah berimamkan orang yang melakukan maksiat dan imam yang fasik sebagaimana menurut iktikad ahli sunnah Wal-Jamaah. Ini kerana ada beberapa tokoh ulama menunaikan solat di belakang Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi di zamannya yang banyak membunuh orang dalam sejarahnya. Ini menunjukkan perkara ini adalah dibolehkan dan solat adalah sah.

17.1 Yang pentingnya ialah seseorang itu menunaikan solat mencukupi syarat-syarat dan rukun-rukunnya. Inilah pendapat yang dipegang oleh jumhur ulama termasuklah mufti negara Arab Saudi dalam fatwa semasa beliau. Walaubagaimanapun jika ada imam yang tidak fasik dan bukan pula ahli maksiat, adalah lebih berimamkan imam ini.

18. Para ulama berselisih pendapat tentang membaca Bismillah sebelum membaca al-Fatihah. Adakah ia dianggap sebahagian dari surah al-Fatihah itu sendiri atau tidak. Bagi imam Asy-Syafii, Bismillah adalah sebahagian dari surah al-fatihah, kerana itu ia hendaklah dibaca bersama al-Fatihah. Jika solat itu solat yang nyaring ia dibaca nyaring oleh imam. Jika solat itu solat yang sembunyi (tidak nyaring), ia hendaklah dibaca secara sembunyi oleh imam.

18.1 Ini bermakna berdasarkan pendapat imam Asy-Syafii membaca bismillah ketika membaca surah al-Fatihah adalah sunat. Sesetengah ulama berpendapat bismillah bukanlah sebahagian dari al-Fatihah dan mereka berselisih pula tentang asal ayat bismillah ini. Walau bagaimanapun jika anda berimamkan imam yang bermazhab Hanafi yang tidak membaca Bismillah sebelum membaca al-Fatihah solat anda tetap sah, kerana mereka yang berpegang dengan mazhab Hanafi sebenarnya membaca Bismillah tetapi secara senyap tidak terang.

18.2 Tambahan pula seluruh ulamak berpendapat membaca Bismilah sebelum membaca al-Fatihah adalah sunat cuma teknik pelaksanaannya sahaja yang mereka perselisihkan iaitu samada dengan terang atau tidak terang.

19. Berhubung hukum orang yang menolak ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat yang menyentuh tentang hukum Hudud dan sebagainya haruslah dibuat penelitian terlebih dahulu. Andainya ia menolak dalam erti kata ingkar akan ayat tersebut, tidak beriman dan mempermainkan ayat Allah secara jelas dan terang, orang ini diminta bertaubat dengan segera, kerana dengan perlakuannya itu ia telah menjadi seorang yang murtad, terkeluar dari Islam. Ia dikehendaki mengucapkan dua kalimah syahadah semula.

19.1 Jika ia mempercayai ayat-ayat tersebut, tetapi tidak dilaksanakan tuntutannya, maka ia dikira sebagai berdosa besar. Kedudukannya tak ubah seperti orang yang mempercayai kewajipan solat, tetapi ia sendiri tidak melaksanakan solat itu, maka ia dihukumkan telah melakukan dosa besar kepada Allah SWT. Seorang mukmin yang sejati akan menjauhkan diri dari melakukan dosa besar ini, apa lagi untuk melakukan suatu perbuatan yang menyebabkan ia menjadi murtad.

19.2 Bagi setiap mukmin yang sejati setiap ayat Allah yang memerintah supaya dilaksanakan hukum-hukumnya maka ayat itu hendaklah dilaksanakan tanpa banyak soal. Ulasan tentang perkara yang menyebabkan murtad ini telah dijelaskan secara terperinci di dalam kitab Tanwir Al-Qulub karangan Imam Najmudin Al-Kurdi, Al-Iman, Arkanuhu, Wa Nawaqiduhu oleh Muhammad Nuaim Yasin dan lain-lain. Sila rujuk kepada huraian mereka yang dinyata ini. Sila rujuk juga kitab Mastika hadis jilid yang pertama keluaran Pusat Islam Malaysia.

20. Jika seseorang melakukan solat jemaah yang terdiri seorang imam dan seorang makmum dalam masa yang sama makmum terbatal solatnya, maka makmum hendaklah keluar dari solat tersebut dan segera berwuduk kembali. Jika makmum sempat untuk solat berjemaah dengan masbuk maka itu lebih baik, jika tidak sempat kerana imam telah membaca salam, maka solatlah sendirian. Sedangkan kedudukan imam ketika makmum terbatal wuduknya hendaklah meneruskan solatnya.

21. Solat berjemaah di mukim sendiri itu lebih afdhal dalam mengimarahkan surau atau tempat solat dimana kita tinggal. Namun jika kita merasakan berjemaah di surau tersebut hati kita tidak tenang disebabkan imamnya zalim, tidak amanah dan sebagainya, ataupun bacaannya tidak fasih sehingga merosakkan kosentrasi kita dalam berjemaah, maka dibolehkan untuk mencari tempat berjemaah yang lebih baik.

22. Jika seseorang terlambat mengikuti solat berjamaah sehingga menyebabkan ia melakukan masbuk, maka jika ia yakin bahawa saf yang mana dia berada itu akan didatangi orang lain, tidak perlulah ia mengganggu saf yang di depan dengan memberitahu salah seorang dalam saf tersebut supaya berundur ke belakang. Namun jika ia yakin bahawa tidak ada jemaah lagi yang akan datang maka bolehlah ia memberitahu kepada salah seorang yang berada paling sudut supaya berundur ke belakang dengan cara mencuit bahunya dalam solat.

23. Jika ia khuatir akan terjadinya fitnah kerana tidak semua jemaah mengerti tentang kaedah ini seperti timbul salah faham dan sebagainya, maka solatlah sendiri di belakang dengan mengikut iman, dengan harapan ada makmum yang datang kemudian mengisi saf tersebut.

24. Selepas membaca Al Fatihah, kita disunatkan membaca amin yang bermakna "Perkenankanlah ya Allah...". Apabila kita solat berjemaah, maka makmum tidak boleh mendahului bacaan amin imam. Dalam hal ini Abu Hurairah meriwayatkan sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Dawud dan Daruquthni dengan sanad yang shahih sebagai berikut: "Adalah Rasulullah SAW apabila telah selesai membaca Ummul Quran (al-Fatihah) ditinggikan suaranya, lalu baginda membaca amin".

24.1 Adapun berkenaan dengan ucapan amin makmum dalam solat berjemaah, abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi SAW: "Apabila imam membaca amin hendaklah engkau membaca amin, kerana sesungguhnya para malaikat membaca amin bersama dengan bacaan imam. Sesiapa yang bersamaan bacaan aminnya dengan ucapan amin para malaikat, sesungguhnya akan diampunkan (Allah) dosa-dosanya yang terdahulu". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

25. Setelah mayat selesai dimandikan dan dikafan WAJIB pula disembahyangkan. Syarat-syarat sembahyang jenazah adalah:

25.1 Sama juga dengan syarat-syarat sembahyang yang lain seperti menutup aurat, bersih badan dan pakaian dari najis dan mengadap kiblat.

25.2 Mayat itu hendaklah dimandikan dan dikafan.

25.3 Mayat itu hendaklah diletakkan di hadapan orang yang menyembahyangkannya (di sebelah kiblat) kecuali sembahyang ghaib atau sembahyang di atas kubur.

26. Rukun Sembahyang jenazah ada tujuh perkara:

26.1 Niat ("Sahaja aku sembahyang atas mayat yang hadir fardhu kifayah empat takbir kerana Allah Taala").

26.2 Berdiri bagi orang yang berkemampuan berdiri.

26.3 Takbir empat kali (termasuk takbiratulihram).

26.4 Membaca Fatihah (selepas takbir yang pertama).

26.5 Selawat ke atas Nabi SAW (selepas takbir yang kedua).

26.6 Mendoakan mayat (selepas takbir yang ketiga).

26.7 Memberi Salam (selepas membaca doa selepas takbir yang keempat).

27. Jika imam terlebih atau terkurang rakaatnya sedangkan makmum telah memberitahukan keadaan tersebut dengan membaca tasbih, maka teruskan solat tersebut. Setelah salam beritahulah kepada imam tentang kedudukan yang sebenarnya. Dengan demikian imam boleh melakukan sujud sahwi. Dalam sebuah hadith diriwayatkan oleh Jamaah dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi SAW pada suatu ketika baginda solat Zuhur, lalu ditanya, "Apakah rakaat solat itu memang ditambah?". Baginda bertanya: "Mengapa demikian ?". Para sahabat berkata: "Baginda telah melakukan solat lima rakaat". Maka bagindapun sujud dua kali setelah memberi salam itu".

27.1 Hadith atas membuktikan bahawa solat yang terlebih rakaatnya kerana lupa dan dalam rakaat ke empat tidak duduk maka solat itu tetap sah.

28. Solat berjemaah dapat ditegakkan dengan solat seorang diri bersama imam, sekalipun salah seorang diantaranya itu anak kecil atau wanita. Dari Ibnu Abbas meriwayatkan. "Saya menginap di rumah ibu saudaraku Maimunah. Nabi SAW bangun untuk bersembahyang malam. Sayapun mengikutinya dan berdiri di sebelah kirinya. Dipegangnya kepalaku dan diperintahkannya agar berdiri disebelah kanannya" (Riwayat Jamaah).

29. Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diWAJIBkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.

29.1 Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, WAJIB bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. WAJIB ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan.

30. Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu WAJIB bagi orang yang lupa atau tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: "Sebenarnya bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun. Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya jika telah ingat atau sedar". Orang yang pengsan, tidak perlu mengqadha' solatnya, kecuali bia ia sedar itu cukup waktu untuk bersuci dan bersolat.

31. Adapun orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka menurut mazhab Jumhur ia berdosa dan WAJIB mengqadha'. Sebaliknya Ibnu Taimiyah berkata: "Orang yang sengaja meninggalkan solat, tidaklah diperintah oleh syarak mengqadha' dan jika diqadha' juga maka tidak sah, hanya ia harus memperbanyak solat sunat".

32. Kemudian menurut Abu Hanifah, Malik dan Syafei berpendapat bahawa ia harus mengqadha' bila waktunya habis, bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqadha' sebelum solat yang waktunya hadir, ini bila yang sengaja ditinggalkan itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau belum. Namun kalau lebih dari lima waktu, maka dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu.

33. Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas berdosa.

34. Meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa. Ini kerana solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang menunaikannya bererti telah mendirikan agama dan sesiapa yang mencuaikannya bererti meruntuhkan agama. Namun begitu bagi orang yang tertinggal solat bukan dengan cara sengaja seperti bangun subuh lewat dari waktunya, maka yang terlibat tidak berdosa.

34.4 Bagaimanapun ia dikehendaki segera mengqada'kannya tanpa menunggu masuknya waktu zohor. Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih yang menjelaskan Allah SWT tidak mengambil kira amalan yang dilakukan oleh umat Muhammad yang dilakukan secara tersalah, terlupa atau terpaksa.

35. Para ulama sepakat bahawa mengqada solat itu WAJIB bagi orang yang lupa atau tertidur. Begitu juga meninggalkan solat dengan sengaja maka menurut mazhab jumhur ia berdosa dan WAJIB mengqadha. Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafie, orang yang meninggalkan solat WAJIB mengqadanya. Bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqada sebelum solat yang waktunya hadir. Ini bila solat yang ditinggalnya itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau belum. Tetapi kalau lebih dari lima waktu, maka supaya dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu.

35.1 Mengenai niat, cukup dengan menanamkan niat dalam hati bahawa solat yang akan kita kerjakan itu merupakan solat qada dari solat-solat tertentu yang tertinggal.

7. QASAR

Berikut sumber dari Ustaz Somad

Pertanyaan:
Berapa hari boleh meng-qashar shalat?

Jawaban:
Ulama tidak sepakat tentang hal ini, ada beberapa pendapat ulama:


Mazhab Hanafi:

فقال الحنفية: يصير المسافر مقيماً ، ويمتنع عليه القصر إذا نوى الإقامة في بلد خمسة عشر يوماً، فصاعداً، فإن نوى تلك المدة، لزمه الإتمام، وإن نوى أقل من ذلك قصر.

Tetap boleh shalat Qashar hingga menjadi mukim, tidak boleh qashar shalat jika berniat mukim di suatu negeri selama 15 hari lebih. Jika berniat mukim selama itu, maka mesti shalat normal. Jika berniat kurang daripada itu, maka shalat qashar.

Mazhab Malik dan Mazhab Syafi’i:

قال المالكية والشافعية: إذا نوى المسافر إقامة أربعة أيام بموضع، أتم صلاته؛ لأن الله تعالى أباح القصر بشرط الضرب في الأرض، والمقيم والعازم على الإقامة غير ضارب في الأرض،

Jika orang yang musafir itu berniat menetap empat hari, maka ia shalat secara normal, karena Allah membolehkan shalat Qashar dengan syarat perjalanan. Orang yang mukim dan berniat mukim tidak dianggap melakukan perjalanan

وقدر المالكية المدة المذكورة بعشرين صلاة في مدة الإقامة، فإذا نقصت عن ذلك قصر.
ولم يحسب المالكية والشافعية يومي الدخول والخروج على الصحيح عند الشافعية؛ لأن في الأول حط الأمتعة، وفي الثاني الرحيل، وهما من أشغال السفر.

Mazhab Maliki mengukur kadar mukim tersebut dengan 20 shalat. Jika kurang dari itu, boleh shalat Qashar.
Mazhab Maliki dan Syafi’I tidak menghitung hari masuk dan hari keluar, menurut pendapat shahih dalam Mazhab Syafi’I, karena yang pertama adalah hari meletakkan barang-barang dan yang kedua adalah hari keberangkatan, kedua hari tersebut hari kesibukan dalam perjalanan.

Mazhab Hanbali:

وقال الحنابلة: إذا نوى أكثر من أربعة أيام أو أكثر من عشرين صلاة، أتم،

Jika orang yang musafir itu berniat mukim lebih dari empat hari atau lebih dari 20 shalat, maka ia shalat secara normal.
(Syekh Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu)

Pertanyaan:
Berapa jarak boleh meng-qashar shalat?

Jawaban:

وتقدر بحوالي (89 كم) وعلى وجه الدقة:88.704 كم ثمان وثمانين كيلو وسبع مئة وأربعة أمتار، ويقصر حتى لو قطع تلك المسافة بساعة واحدة، كالسفر بالطائرة والسيارة ونحوها

Diukur dengan ukuran sekarang lebih kurang 89km, detailnya: 88.708m. Tetap shalat Qashar meskipun dapat ditempuh dalam satu jam perjalanan, seperti musafir menggunakan pesawat, mobil dan sejenisnya.
(Syekh Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu)

QURAN 2:269

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya"

"He gives wisdom to whom He wills, and whoever has been given wisdom has certainly been given much good. And none will remember except those of understanding"

KEFAHAMAN AZA

"Bukan semua individu Allah kurniaan kepandaian untuknya maka seharusnya individu yang diberikan kelebihan bersyukur dan berbuat kebaikkan agar semakin dekat dengan Allah bukannya semakin menjauh"

LABEL


SETERUSNYA

Kongsi cerita

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more