Gay - Artikal 2
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 209 - Panjang 2877
"Kenapalah bodoh sangat lelaki dengan lelaki, tak takut dosa ke?
Sikit sangat sebat 85 kali. Bunuh jer" kata seorang ibu ketika mengetahui berita tersebut sambil di dengari oleh anaknya yang mana di luar pengetahuan ibu tersebut, anak beliau adalah gay.
Bagaimana ibu yang sering dianggap mulia, sanggup berkata begitu? Adakah dia akan masih mengeluarkan kata-kata yang sama jika dia tahu anaknya sendiri juga gay?
Berapa banyak berita yang kita dengar tentang keluarga yang tidak menerima anak mereka gay? Berzina? Hisap dadah? Segala kebaikkan anak tersebut hilang disebabkan satu kesalahan.
Bagaimana orang lain nak terima kalau ibu yang melahirkannya sendiri tak boleh nak menerima? Berapa ramai yang membunuh diri kerana keluarga tidak menerimanya, masyarakat tidak menerimanya? Tidak cukup dengan itu, di kutuk lagi sebab bunuh diri?
Bunuh diri bukan keputusan yang mudah. Siapa tak takut mati? Berani mati dengan membunuh diri sendiri?
Individu gay yang beragama Islam tak takut dosa? Anda yang tidak gay takut dosa? Semua dosa anda tak lakukan? Kalau ibu sendiri tak tahu anaknya gay, bagaimana orang lain nak tahu anaknya gay? Kenapa individu Islam tersebut tidak memberitahu dirinya gay? Nak anda beritahu diri anda gay bila anda dah tahu itu realiti bakal anda alami?
Gay juga antara penyebab merebak penyakit Aids. Seks bertukar pasangan juga penyebab Aids walaupun seks tersebut dilakukan antara lelaki dengan perempuan. Mengapa gay masih gay walaupun tahu mereka mungkin akan kena Aids? Tak takut kena Aids selain tak takut dosa?
Tahu dosa. Tahu Aids. Tapi mengapa masih gay? Mengapa sampai nak bunuh diri sebab diri gay? Mengapa sanggup hidup tanpa beritahu orang lain diri sebenarnya gay? Nak terus jadi gay atau tak nak jadi gay? Boleh tak nak jadi gay? Boleh pilih?
Berapa ramai yang kawin tapi masih gay? Berapa ramai yang tak nak kawin sebab diri gay? Pelbagai soalan lagi boleh ditanya.
Bagaimana individu gay menjalani hidup di negara dan masyarakat yang menerima diri mereka gay? Adakah lebih mudah untuk dia beritahu dia gay tapi tak nak terus jadi gay?
SETERUSNYA
Tips agar tulisan anda mudah dibaca

Quran 2:209
"Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
"But if you deviate after clear proofs have come to you, then know that Allah is Exalted in Might and Wise."
Kefahaman AZA
"Quran dan Sunnah membuktikan bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana kerana memberi panduan agar individu tidak menyasar dari kebenaran"
LABEL
SETERUSNYA
Tips agar tulisan anda mudah dibaca
SEBELUMNYA