Bagaimana menghindarkan diri dari dijangkiti Covid-19?


Blog AZA

APA ITU COVID-19?

Pada mulanya nama Covid-19 adalah Novel Coronavirus. WHO menamakan Covid-19 kerana ia di dalam kalangan famili besar Coronavirus. Covid-19 adalah spesis baru yang belum pernah ditemui manusia. Oleh sebab itu dunia mengambil masa untuk tahu bagaimana mengatasi wabak ini.

BAGAIMANA COVID-19 BOLEH BERJANGKIT?

Sais Covid-19 adalah amat kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar menyebabkan sukar untuk mengetahui di mana virus itu berada. Jika seseorang yang Positif Covid-19 memindahkan virus tersebut kepada individu lain maka individu tersebut akan dijangkiti. Antara cara jangkitan berlaku seperti berikut:

Individu yang positif Covid-19 batuk dan virus Covid-19 yang ada padanya jika dihidu masuk oleh individu lain maka jangkitan boleh berlaku.

Batuk/bersin/selsema/cecair pesakit tadi jika menitis di mana-mana permukaan dan kemudiannya individu lain menyentuh air batuk yang mengandungi virus Covid-19 tadi, jika tangan yang menyentuh tersebut terus dibasuh dengan sabun ia tidak boleh berjangkit. Ianya hanya boleh berjangkit jika tangan yang dah tercemar dengan virus tadi di bawa ke hidung/mulut/mata maka ianya boleh berjangkit jika virus tersebut dapat masuk ke hidung/mata/mulut. Jangka hayat virus boleh bertahan pada permukaan yang berbeza adalah berbeza.

Batuk/bersin/selsema/cecair pesakit tadi juga akan berada beberapa minit di udara. Ini amat merbahaya terutamanya dalam ruang atau bilik yang bertutup atau kedap udara. Hanya setelah beberapa minit tersebut barulah virus tersebut akan jatuh kepada mana-mana permukaan (dinding/tubuh badan/pakaian dan sebagainya). Ianya sangat kecil dan tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

Ketika makan dan mengambil wuduk, tiada pilihan dan perlu membuka face mask. Hanya di rumah anda tempat yang paling selamat untuk anda membuka fase mask anda.

Selagi ada individu positif Covid-19 selagi itulah risiko ada untuk menjangkiti individu lain. Oleh sebab itu rantaian wabak ini perlu diputuskan dengan cara berikut:


  • Mengasingkan individu yang sihat agar tidak dijangkiti.
  • Merawat pesakit Covid-19 yang masih ada sehingga sembuh (pesakit yang telah sembuh boleh kembali sakit. Hanya individu yang tidak pernah ada Covid-19 bebas 100 %).
  • Membersihkan tempat yang tercemar dengan virus Covid-19 (tempat yang telah dibersihkan akan tercemar semula jika ada individu positif Covid-19).


BAGAIMANA MAHU MENGELAK DIRI DARI DIJANGKITI COVID-19?

1) Jarak
  • Anda jangan berada dekat individu lain selagi rantaian wabak ini belum dapat diputuskan.
  • Sentiasa menjaga jarak anda 1 meter dengan individu lain.
  • Jika anda kerap berhampiran individu lain maka lebih besar kemungkinan anda akan dijangkiti. Oleh sebab itu mengasingkan diri adalah yang terbaik.
  • Elakkan diri anda dari mendekati haiwan juga kerana telah terbukti haiwan juga boleh menjangkiti manusia (kelawar) dan manusia juga boleh menjangkiti haiwan (harimau).
  • Akan tetapi nyamuk tidak menyebar Covid-19.
  • Individu yang mempunyai antibodi yang lemah berbanding individu lain disebabkan sakit kronik seperti Diabetes/Cancer/Hypertension/Lung Disease/Heart Disease/HIV dan lain-lain atau sakit Asthma amat perlu mengasingkan diri.
  • Hanya berada dirumah anda tempat yang paling selamat dari terdedah risiko virus Covid-19 yang mungkin ada pada orang awam atau pada mana-mana permukaan di tempat seperti pasaraya/tempat kerja/kenderaan awam/kantin/pejabat/dalam bangunan orang ramai dan sebagainya.
2) Kebersihan

  • Disebabkan virus ini tidak dapat dilihat dengan mata, maka perlu untuk melindungi diri dengan cara berikut:
  • Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun adalah yang terbaik. Jika air dan sabun tiada, pilihan seterusnya adalah menggunakan sanitizer berasaskan 60 % alkohol. Ianya mestilah disapu sehingga kering pada tangan anda.
  • Sanitiser yang berasaskan alkohol tidak membatalkan solat walaupun menggunakan 60 % alcohol yang menyerap ke dalam tubuh badan anda.
  • Hand sanitizer anda mungkin mengandungi antara bahan seperti benzalkonium chloride, ethyl alcohol, isopropyl alcohol, triclosan dan sebagainya yang belum tentu baik untuk diserap ke dalam tubuh badan anda.
  • Sehingga kini tidak dinyatakan dengan jelas apakah bahan yang perlu ada pada sabun yang digunakan bagi mengurangkan/menyingkir/membunuh virus Covid-19.
  • Sentiasa menjaga kebersihan.
  • Membersihkan diri dan pakaian setiap kali balik ke rumah agar virus Covid-19 yang tidak dapat dilihat yang mungkin ada pada diri dan pakaian dapat dikurangkan/disingkirkan/dibunuh.
3) PPE (Alat perlindungan diri dari virus)

  • Pakai face mask agar virus tidak dapat masuk ke dalam mulut/hidung. Face mask dapat menapis partikal yang sangat halus.
  • Face mask dapat menghalang pemakainya dari dijangkiti atau menjangkiti individu lain.
  • Pakai face mask dengan cara yang betul. Bahagian berwarna pada bahagian luar.
  • Jangan biar ada ruang untuk virus Covid-19 memasuki hidung/mulut anda. Face mask perlu dipakai dengan kemas.
  • Jangan sentuh bahagian luar face mask kerana mungkin ada virus yang terperangkap berada di situ.
  • Buang face mask yang telah digunakan ke dalam tong berpenutup.
  • Maksima pemakaian face mask 6 jam sahaja.
  • Memakai face mask yang menutup hidup dan mulut ketika solat adalah tidak membatalkan solat. Cukup dahi sebagai sebahagian anggota sujud tak perlu hidung turut menyentuh.
  • Berbeza dengan haze yang tidak mengandungi virus tetapi mengandungi gas beracun dan memedihkan mata dan partikal haze yang sangat halus (lebih kecil dari 2.5 micrometer) boleh masuk ke paru-paru lalu menutup ruang pori-pori berbanding sais Covid-19 yang amat-amat jauh lebih kecil iaitu 125 nanometer.
  • Tahap keupayaan untuk face mask menapis partikal bergantung kepada standard yang diperolehi dari model face mask itu sendiri seperti GB2626-2006, AS1716, MOL dan lain-lain.
4) Ilmu/Berita/Info/Fakta/Sahih
  • Ikuti perkembangan semasa kerana pasti akan ada update mengenai penemuan terkini berkaitan virus baru Covid-19 ini dari pelbagai individu yang pakar dalam bidang masing-masing di seluruh dunia. Tanpa pengetahuan terkini anda beriko untuk dijangkiti kerana anda tiada pengetahuan terkini mengenainya untuk menghindari diri dari dijangkiti.
  • Share info mengenai Covid-19 agar semua orang tahu cara untuk menghindarkan diri dari dijangkiti.
  • Setiap fakta baru yang dijumpai dapat membetulkan kesilapan pada kesimpulan yang dibuat dari penemuan yang sebelumnya. 
APAKAH TANDA ANDA MUNGKIN DIJANGKITI COVID-19?

Faktor 1


  • Covid-19 hanya berkait jika anda tahu anda ada contact dengan pesakit Covid-19
  • Anda ada pergi ke tempat orang ramai yang ada pesakit Covid-19
  • Anda ada pergi ke mana-mana negara yang ada pesakit Covid-19
  • Anda anda terkena virus tersebut di mana-mana permukaan yang ditinggalkan oleh mereka yang positif Covid-19


dan anda ada sakit berikut

Faktor 2

  • Demam melebihi suhu 38 darjah celcius melebihi 3 hari.
  • Batuk
  • Sukar bernafas
Jika anda tiada faktor 1, maka kemungkinan anda tidak dijangkiti Covid-19

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA PUNYAI TANDA DIJANGKITI?

Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan dari doktor samada anda sakit biasa atau dijangkiti Covid-19

TALIAN SOKONGAN EMOSI DAN PSIKOSOSIAL

Hubungi talian yang disediakan dari jam 8 pagi hingga 5 petang jika anda memerlukannya


  • 011-63996482
  • 011-63994236
  • 03-29359935



BAGAIMANA MENGISI MASA KETIKA DI RUMAH?

Perkara yang paling sukar untuk diperolehi adalah ketenangan. Anda boleh mendapatkan ketenangan dengan menambahkan ilmu pengetahuan mengenai Islam. Ada banyak perkara dan amat luas untuk mengetahui mengenai Islam. Anda boleh membaca atau menonton video mengenainya. Anda mahukan ketenangan? Carilah perkara berkaitan syurga berbanding neraka. Tak percaya? Anda boleh buktikan sendiri.

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.



QURAN 3:176

"And do not be grieved, [O Muhammad], by those who hasten into disbelief. Indeed, they will never harm Allah at all. Allah intends that He should give them no share in the Hereafter, and for them is a great punishment"

"Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar"

Sumber: Quran.Com - English (Sahih International), Malay (Abdullah Muhammad Basmeih)

Comments

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Genocide di Palestine masih berterusan

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more