Bagaimana untuk isi borang cukai pendapatan


Blog AZA

Berikut cara mudah nak faham isi borang cukai pendapatan. Simple! Jika status anda adalah bujang/berkahwin/duda/janda dan pendapatan anda kurang dari 40 ribu SETAHUN, dah jelas tak kena cukai pendapatan tanpa perlu isi pelbagai pelepasan cukai segala bagai. Dari pendapatan anda yang walaupun kurang dari 40 ribu setahun tu, jika ada pula anda terlebih bayar maka akan secara automatik lebihan bayaran itu nanti akan dimasukkan terus ke akaun bank anda.

Setiap tahun anda kena isi borang e-BE secara online. Mesti hantar sebelum 30 April setiap tahun. Senang sangat nak isi borang dan tak perlu masa yang lama pun. Borang EA dari majikan untuk anda (pekerja swasta) mempunyai semua maklumat yang diperlukan untuk isi borang e-BE tersebut. Itu pun dah cukup.

Berikut perincian mudah mengenainya yang telah AZA sediakan.

STEP 1

Login ke website LHDN. Google je "ezhasil". Selepas itu klik je kat link hasil carian google tu. Maka anda akan di bawa ke website LHDN iaitu https://ez.hasil.gov.my/CI/

STEP 2

Isikan maklumat untuk login


  • Nombor kad pengenalan baru anda. Hanya masukkan nombor tanpa simbol "-"
  • Klik butang "hantar"
  • Frasa keselamatan yang telah anda tetapkan sebelum ini akan dipaparkan. Jika betul terus ke langkah berikut. Jika salah hubungi LHDN.
  • Masukkan pula password anda
  • Klik butang "teruskan"
Sekiranya anda dapat mesej "sijil digital anda telah tamat tempoh", maka perbaharuinya dengan "tick" setuju dan klik butang "teruskan".

Kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda dan password anda pada "message box" yang dipaparkan nanti dan klik butang "teruskan".

Seterusnya klik pada link yang akan diberikan untuk "log masuk". Kini anda telah berada di dalam profile LHDN anda.


STEP 3

Pada bahagian e-Filing klik pada tajuk "e-BE Tahun Taksiran terkini, contoh 2019 untuk BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 borang EA anda". Jika borang EA anda tahun 2019 maka borang e-BE pun tahun yang sama. Pilih borang e-BE yang nak di isi mengikut tahun borang EA anda.

Jika pada STEP 3 ini anda tak jumpa link untuk e-filing, klik link berikut https://ez.hasil.gov.my/ci/info_Anon.aspx?from=03

  1. Klik butang "log masuk" pada paparan LHDN tersebut
  2. Ulang STEP 2



Bila dah jumpa link e-BE tapi dapat message untuk tutup "pop-up blocker" makanya anda kena tutup dulu pop-up blocker. Ikut cara berikut.

  1. Pada butang "traffic light" di penjuru kanan atas google chrome, "tab baru chrome akan dipaparkan. Pilih SETTING. Ingat anda mesti guna mode user bukan "guest" baru funggi setting penuh akan dipaparkan.
  2. Pilih PRIVACY AND SECURITY
  3. Pilih SITE SETTING
  4. Cari bahagian CONTENT kemudian pilih POP-UP AND REDIRECTS
  5. Pilih/ON kan blocked, kini akan jadi ALLOWED. Tahniah anda baru sahaja berjaya tutup pop-up blocker.
  6. Anda boleh pilih e-BE Tahun Taksiran terkini di "tab" pilih e-BE tadi dan page baru akan dipaparkan.





BAHAGIAN 1 BORANG E-BE :
MAKLUMAT INDIVIDU

Biasanya anda akan confuse untuk isi hanya bahagian berikut:

Confuse 1
  • Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976: Ini berkenaan dengan penjualan aset seperti rumah dan tanah. Jika anda ada menjual sebarang aset ia berkenaan dengan anda.
  • Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM: Isikan bahagian ini jika anda menyawab ya pada bahagian di atas. Selain itu abaikan.
Confuse 2

TUNTUTAN INSENTIF

Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127: Contohnya mendapat kelulusan bertulis daripada pihak Kementerian untuk pengecualian cukai. Selalunya kita akan pilih TIDAK BERKENAAN. Klik sahaja butang "seterusnya untuk abaikan. Jika ia berkenaan pada anda boleh rujuk akta berikut: Akta Cukai Pendapatan pada muka surat 346




SETERUSNYA




BAHAGIAN 2 BORANG E-BE :
PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN, DAN PENDAPATAN BUKAN PENGGAJIAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

Confuse 3

Pada ruang "pendapatan berkanun penggajian" isikan JUMLAH PADA BAHAGIAN (C) BORANG EA DARI MAJIKAN

Confuse 4

Pada ruang "bilangan penggajian" isikan "1" kalau anda tak pernah bertukar kerja berlainan syarikat dari 01.01.2019-31.12.2019

Confuse 5

Pada ruang "Ansuran / Potongan cukai bulanan (PCB) yang telah dibayar untuk pendapatan tahun 2019- SENDIRI dan SUAMI / ISTERI bagi taksiran bersama" isikan JUMLAH PADA BAHAGIAN (D4A) BORANG EA DARI MAJIKAN.



SETERUSNYA



BAHAGIAN 3 BORANG E-BE :
PELEPASAN / REBAT / TOLAK CUKAI / PELEPASAN CUKAI

Confuse 6

Pada ruang "(ii) Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan" isikan JUMLAH PADA BAHAGIAN (E1) BORANG EA DARI MAJIKAN. Maksima 4000 sahaja. Kalau KWSP anda katakan 7000 maka anda hanya boleh masukkan maksima 4000 sahaja.

Confuse 7

Pada ruang "Caruman kepada pertubuhan keselamatan sosial (PERKESO)" isikan JUMLAH PADA BAHAGIAN (E2) BORANG EA DARI MAJIKAN. Maksima 500 sahaja.

Nota: Bagi anda yang mempunyai pendapatan melebihi 40 ribu setahun, boleh lah isi pelepasan lain di bahagian 3 ini.




SETERUSNYA




BAHAGIAN 4 BORANG E-BE :
RUMUSAN

Confuse 8

Pada ruang "Cukai kena dibayar tahun taksiran 2019" LIHAT pada ruang yang telah diisikan secara automatik. Jika "0.00" itu bermakna anda tak dikenakan cukai.

Confuse 9

Pada ruang "LEBIHAN BAYARAN TAHUN TAKSIRAN 2019" LIHAT pada ruang yang telah diisikan secara automatik. Jika BUKAN "0.00" itu bermakna nilai tersebut nanti akan dimasukkan ke akaun bank anda.

TAHNIAH !!! kerana anda dah berjaya isi borang cukai tahun ini. Seterusnya klik butang "Teruskan"


SETERUSNYA




BAHAGIAN 5 BORANG E-BE :
AKUAN

Klik butang "Tandatangan & hantar"

Anda akan diminta untuk memasukkan perkara berikut:

  • Nombor kad pengenalan baru anda. Hanya masukkan nombor tanpa simbol "-"
  • Masukkan pula password anda
Klik "tandatangan"

Klik "keluar"

Itu sahaja.


JANGAN LUPA


  1. Pada butang "traffic light" di penjuru kanan atas google chrome, "tab baru chrome akan dipaparkan. Pilih SETTING. Ingat anda mesti guna mode user bukan "guest" baru funggi setting penuh akan dipaparkan.
  2. Pilih PRIVACY AND SECURITY
  3. Pilih SITE SETTING
  4. Cari bahagian CONTENT kemudian pilih POP-UP AND REDIRECTS
  5. Pilih/OFF kan blocked, kini akan jadi BLOCKED. Tahniah anda baru sahaja berjaya AKTIFKAN pop-up blocker.
  6. Selesai


Jika anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan berkaitan artikal ini, anda boleh contact saya. Caranya di sini



Artikal ini telah saya update pada 01 April 2021





QURAN 3:173

"Those to whom hypocrites said, "Indeed, the people have gathered against you, so fear them." But it [merely] increased them in faith, and they said, "Sufficient for us is Allah, and [He is] the best Disposer of affairs."

"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah sahaja untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)"


Comments

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more