Positif Covid-19 apa yang perlu anda tahu?


Blog AZA

Covid-19 secara umumnya menyerang paru-paru pesakit. Oleh sebab itu di seluruh dunia ventilator amat diperlukan.

Apa fungsi ventilator?

Ventilor berfungsi sebagai mengambil tugas paru-paru berfungsi. Banyak penyakit dapat disembuhkan menggunakan bantuan ventilator tetapi untuk penyakit Covid-19 ini berapa peratuskah peluang untuk pulih setelah seseorang pesakit itu membuat keputusan untuk menggunakan ventilator.

Secara umumnya peluang amat tipis untuk pesakit Covid-19 tetapi lebih besar berbanding penyakit lain.

Keputusan % pulih lebih diketahui oleh doktor yang merawat pesakit itu. Setiap individu punyai % untuk pulih yang berbeza. Mengapa perlu tahu mengenai perihal ini?

Wabak yang sedang melanda dunia ini memerlukan kita ambil tahu perihal ini kerana jika ada sesiapa yang perlu membuat keputusan samada ingin menggunakan ventilator atau tidak, maka keputusan itu telah kita ada kerana kita sedari awal telah berbincang dengan ahli keluarga.

Mengapa penting sangat nak bincang awal pasal perlu atau tidak menggunakan ventilator? Ini kerana jika % untuk pulih dengan penggunaan ventilator tersebut doktor berikan amat rendah untuk seseorang pesakit tertentu masihkah kita mahu teruskan keputusan untuk menggunakan ventilator?

Tahukah kita pelbagai masalah emosi akan timbul kepada kita, ahli keluarga pesakit, dan katitangan yang merawat sekiranya ventilator tersebut nanti terpaksa ditutup jika pesakit semakin teruk dan harapan tipis untuk sembuh? Masihkan kita mahu membiarkan ia terus bergantung pada ventilator sedang dia sudah tidak sedar apa-apa.

Tahukah kita tiada siapa dapat masuk ke hospital ketika Covid-19 sedang menular. Bila ada masa nak bincang keputusan guna ventilator?

Terutama muslim, kita perlu pertimbang perihal ini kerana kita tak mahu menyeksa pesakit. Masihkah kita mahu buat keputusan guna ventilator walaupun doktor dah bagi tahu untuk pesakit yang spesifik ini peluang untuknya untuk pulih adalah amat rendah. Kita tak mahu bergaduh dengan ahli keluarga bercanggah keputusan dihadapan pesakit dan kakitangan yang merawat.

Kita mahu ventilator yang terhad diberi kepada pesakit lain yang punyai lagi besar kemungkinan untuk sembuh. Hanya guna ventilator jika % untuk sembuh adalah besar.

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.


.

QURAN 3:177

"Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya"

"Indeed, those who purchase disbelief [in exchange] for faith - never will they harm Allah at all, and for them is a painful punishment"

Sumber: Quran.Com - English (Sahih International), Malay (Abdullah Muhammad Basmeih)

Comments

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Genocide di Palestine masih berterusan

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more