BRICS, Africa dan France

 Di sini saya nak cerita mengenai negara France yang dahulunya miskin menjadi menjadi kaya raya sehingga menjadi antara negara yang termasuk dalam G7. Kebiasaannya kita dengar kalau kaya tu mesti sebab dapat mewarisi kekayaan dari orang tua. Tapi berbeza dengan negara barat. Mereka jadi kaya bermula dengan perang, penjajahan, saling membantu rakan sekutu dengan membiarkan rakan sekutu mengaut keuntungan dan menindas negara lain.

Ya dampak perang kita terus dapat lihat siapa yang terbunuh dan apa yang dimusnahkan. Dampak ekonomi yang ditekan seperti Africa dirasai setiap rakyatnya hari demi hari menjalani dengan penuh kesusahan sehingga beberapa generasi. Bagaimana negara barat menggunakan kuasa untuk mengawal bagi mencapai hasrat mereka. Mari saya ceritakan.

Perang dunia kedua berlaku pada tahun 1939. Setetelah perang tamat, Amerika menjadi negara yang paling kaya di dunia ketika itu kerana mempunyai emas yang sangat banyak. Manakala France miskin sesangat.

France mula membina kekayaan dengan mengambil emas yang terdapat di negara-negara di Africa kerana ketika itu mereka masih dibawah koloni France. France juga membuat undang-undang baru mengawal negara ini seandainya mereka merdeka nanti dengan sedari awal Fance meletakkan syarat hanya France yang boleh menentukan Monetory Policy dan Budgetary Policy. Berarti 2 per 3 nya ditentukan oleh France. Hanya Fiscal Policy di tentukan oleh negara di Africa itu.

Ini berarti seandainya negara di Africa itu nanti dapat merdeka, mereka masih di kontrol oleh France walaupun setelah mereka merdeka dengan undang-undang yang France buat sedari awal semasa negara di Africa  masih colonies France. Malah France juga membuat undang-undang mata wang yang digunakan di Africa tidak boleh di tukar kepada mata wang lain. Hanya boleh guna mata wang France sahaja.

Sama senario ini kita lihat dalam sistem SWIFT sekarang. Hanya boleh guna US dollar sahaja. Kita sambung cerita tadi. Pada ketika itu, Nilai mata wang di Africa adalah 1 new franc = 100 old francs. Nilai wang Africa 100 old France itu ditentukan bukan berdasarkan kekuatan ekonomi seperti hari ini kalau mana-mana negara ekonomi bagus kan nilai mata wang mereka jadi bagus juga. contoh dari 1 new franc = 50 old francs. Tapi ni tak. France yang tentukan 1 new franc = 100 old francs. Di situ France mengawal kuasa membeli Africa dengan mengawal kadar pertukaran 1 new franc = 100 old francs.

Apabila France membuat devaluation mata wang Africa, pertukaran dan devaluation berbeza. Pertukaran melibat mata wang lain. Manakala devaluation hanya nilai mata wang itu sahaja di ubah. Apabila France buat devaluation makanya seluruh Africa kehilangan separuh nilai dari wang mereka yang mereka simpan selama puluhan tahun. Kalau dalam bank ada 10 besok bangun tinggal 5 jer dalam akaun bank. Simpan duit dalam bank dari 1948-1994.  


  • 1939 - F.CFA 1 = F 2, 
  • 1948 - F.CFA 1 = NF 0.02 after introduction the new franc (1 new franc = 100 old francs). 
  • 1961 - Salary Grade (Gaji)
  • 1994 - F.CFA 1 = F 0.01. 
  • 1999 - €1 = F 6.55957 = F.CFA 655.957
Tak cukup dengan itu. Africa di tekan lagi dengan Gaji mereka pada Tahun 1961 tetap sama sampai 1994. Duit bank yang mereka simpan berpuluh tahun hilang separuh sebab devaluation malah gaji mereka tak pernah berubah. Inflasi menyebabkan nilai wang africa semakin ciput. Di situ France melakukan exploitasi terhadap gaji pekerja di Africa dan nilai mata wang Africa. France pula terus jadi kaya raya sedangkan di Africa terus miskin kerana undang-undang yang by design oleh France itu untuk mengayakan France dan mengawal Africa.

Bila lama dalam kemiskinan, Africa terpaksa menjual syarikat milik kerajaan satu demi satu kepada swasta kerana kerajaan tak cukup duit nak mengurus. Sampaikan syarikat air nak minum nak mandi tu pun terpaksa di jual. Kerajaan mereka dah lah susah, kena kurangkan budget lagi walaupun ketika saat susah. Hospital di Africa pula sangat daif ketika itu sampai patient atas lantai jer. (Teringat pulak Israel serang Hospital di Palestine). Seorang guru di Africa ketika itu terpaksa mengajar 500 orang murid bergilir-gilir. Tax pulak tinggi. Kalau degil kena bunuh.

Africa benar-benar di exploitasi sepenuhnnya dari 

  • Financial institution merampok duit mereka dengan undang-undang dan sistem yang mereka design sedari awal.
  • Colonies tetap dapat income berterusan
  • Regime juga dapat income
Apa yang tinggal buat rakyat Africa?  Nothing! Tak kisah sekuat mana mereka bekerja, apa pun yang mereka korbankan, usahalah macam mana pun, Africa dijamin akan terus miskin dengan sistem yang telah di design sedari awal itu. Hanya kerana tulisan yang ditaip di atas kertas yang dipangil undang-undang membenarkan kuasa untuk exploitasi tetap berterusan. Keadilan diketepikan. Nilai kemanusiaan diketepikan. 

oh tak cukup dengan itu, IMF tetap nuntut hutang walaupun Africa menyabung nyawa di atas lantai hospital. (Teringat pulak hutang Amerika yang sekarang dah 35 trillion US dollar tu). Bagaimana Africa nak dapat access untuk building their wealth kalau sistem dan kuasa itu menghalangnya?

"Buat undang-undang untuk tujuan dapat kuasa mengawal - To control"

Lihatlah undang-undang yang ada diseluruh dunia saat ini. Terlalu banyak. Mustahil untuk orang awam hafal semuanya. Sampaikan tak tahu sesuatu itu salah sangking banyaknya undang-undang yang ada. Ya tahu mencuri itu salah. Tapi undang-undang yang banyak tu semua perlu ke? Adil ke? Tak boleh ubah ke? Tak boleh hapus ke? Ke tak cukup mau Tambah lagi?

Merdeka kah kita atau sebenarnya terdapat undang-undang zaman dahulu yang masih ada tak boleh nak ubah seperti di Africa tu? Nak tunggu World Reset baru boleh mula dari scratch? Boleh kan ubah satu persatu undang-undang yang jelas kejam macam kat Africa tu.

Makanya tidak hairan kenapa banyak negara dari Africa mahu join BRICS. Mereka sudah lama suffer dari colonies dan system yang menekan mereka. Maruah mereka tetap mereka pertahankan tanpa mahu meminta sedekah dengan mahu bergabung dengan BRICS. Mereka mahu memajukan ekonomi mereka. Jangan hancurkan kepercayaan mereka yang telah lama hilang buat negara barat.

Ya barat sudah lama meratah resources mereka. Ya barat gergasi ekonomi yang punya kuasa besar. Tapi kuasa untuk kontrol itu kalau dibiarkan akan terus menindas dan mengenepikan keadilan dan sifat kemanusiaan. Saat ini sudah banyak negara mendekat kepada BRICS. Ya mereka tak mampu berperang melawan kuasa besar. Tapi mereka mampu untuk memajukan ekonomi mereka dengan populasi dan resources yang mereka ada. Barat tidak lagi dapat populasi dan resources dari Africa.

Negara-negara di Afrika mahu 100% kuasa untuk mengawal negara mereka sendiri. Negara barat sudah tidak dapat kuasa untuk mengawal Africa lagi. Populasi di Africa bangkit mahu memajukan Africa bersama BRICS.

Comments

Popular posts from this blog

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Why countries are trying to join BRICS?

UN kata climate change. Betul ke?

BRICS, SWIFT dan Russia

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

Latest update on all about BRICS

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more