Menyimpan wang bukan lagi cara untuk cerah masa hadapan
Andakah anda merasakan wang anda semakin kehilangan nilai dengan kenaikkan harga barang yang tak masuk akal dan kos sara hidup yang semakin tinggi? Bukan anda sahaja yang merasakan begitu. Di seluruh dunia merasakan hal yang sama. Malah bank-bank di seluruh dunia mulai menyimpan kekayaan mereka bukan lagi dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk emas. Jagalah diri dan keluarga anda. Carilah ilmu dan informasi. Kini sudah semakin jelas. Tiba masanya untuk kita juga bertukar dari menyimpan dalam bentuk wang kepada dalam bentuk emas sebagai aset masa hadapan.
Jika kita simpan wang 10 juta hari ini, setelah 5 tahun kedepan, wang 10 juta itu kehilangan nilai dengan kenaikkan harga barang yang tak masuk akal dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Tetapi jika kita tukar cara kita menyimpan, wang 10 juta itu kita beli emas. Setelah 5 tahun kedepan, saat anda jual emas yang anda beli 5 tahun kemarin, pasti akan bernilai lebih banyak dari 10 juta.
Jangan simpan wang banyak-banyak dalam bank. Simpan yang perlu sahaja. Pegang juga wang cash untuk saat kecemasan. Jangan terlalu bergantung dengan bank. Wang yang lebih simpan dalam bentuk beli emas. Bila pun anda mau jual emas itu nanti terserah anda.
Mengajar anak-anak apa itu wang dan bagaimana wang itu berfungsi dan memberi dampak kepada kehidupan mereka di masa hadapan.
- Sedari mereka kecil, ibubapa bagi satu tabung khusus buat anak simpan wang nya.
- Wang tabung itu nanti bukan milik ibubapa.
- Ajar anak saat menabung jangan ambil wang ibubapa untuk cepat penuhi tabung itu.
- Simpan wang yang diberi ibubapa dan saudara. Bukan wang yang diambil atau dicuri.
- Jangan ajar anak simpan wang dalam bank kerana tidak mahu anak punyai minda hanya bank boleh simpan duit kamu.
- Saat wang tabung mereka sudah cukup untuk beli satu gram emas, ajar anak-anak, emas ini nanti kamu boleh jual saat kamu perlu wang di masa hadapan.
- Terus aja ajar anak untuk simpan wang dan kumpul emas.
- Jangan guna semua wang kamu ada untuk beli emas. Kamu perlu pegang wang juga saat kecemasan supaya emas kamu tidak terusik karena kamu pegang wang juga.
- Apabila anak sudah bisa mandiri, serahkan semua emas kepunyaan anak itu kepada mereka. Dulu kamu beli emas satu gram harganya segini. Sekarang harga emas semakin mahal. Cubalah untuk pertahankan emas yang kamu sudah kumpul sebanyak ini karena kedepan untuk mendapatkan emas sebanyak ini semakin mahal.
- Hanya jual emas saat kamu benar-benar perlu. Kamu tidak perlu berhutang karena kamu punyai emas.
- Ajar anak untuk meneruskan hidup dengan wang yang mereka miliki bukan berhutang untuk memiliki apa pun.
- Kesukaran untuk menyimpan wang dan mempertahankan emas yang dimiliki mengajar anak menghargai hasil usaha mereka.
- Dengan menyimpan sendiri kamu punya kontrol dengan apa yang kamu miliki berbeda kamu simpan di bank, wang kamu tapi kamu harus nurut peraturan bank.
- Tidak perlu nurut kemahuan orang lain untuk wang yang kamu miliki. Itu adalah kebebasan buat kamu. Kebebasan itu hanya kamu boleh dapat dengan kamu sendiri simpan wang kamu.
- Emas yang kamu miliki itu nanti boleh buat kamu dapat bangun rumah kamu sendiri tanpa perlu berhutang dengan bank.
- Berhutang dengan bank, sentiasa menuntut kamu untuk bayar hutang kamu walaupun saat kamu sakit, nganggur atau ditimpa kecelakaan.
- Makanya, biar lah orang lain cepat dapat miliki apa pun dengan berhutang tetapi kamu harus kekal dengan prinsip kamu untuk memiliki sesuatu tanpa berhutang.
- Mentaliti hidup dengan hutang hanya buat Amerika. Untuk mereka hidup mereka guna credit card. Tidak cukup satu, tambah dua credit card. Belanja guna hutang dari bank. Dapat rumah guna hutang dari bank. Hutang demi hutang sampai sekarang hutang Amerika sudah 36 trillion dollar.
- Dapat gaji mau bayar hutang rumah, hutang credit card, rumah perlu barang dapur, harga semakin mahal, anak-anak perlu susu, sekolah.
- Ada yang rumahnya dilelong tidak bayar hutang, ada yang jadi bankrupt hutang credit cards.
- Memang lambat untuk dapat memiliki sesuatu dengan wang sendiri tanpa buat hutang tetapi hidup kamu aman tanpa dikejar hutang walaupun saat kamu lagi susah. Malah saat kamu sudah meninggal, keluarga kamu yang masih hidup tidak dikejar hutang kamu. Malah emas yang kamu miliki, yang kamu kumpul dengan titik peluh kamu sendiri, boleh bantu mereka setelah kamu meninggal.
Comments
Post a Comment