Genocide di Palestine masih berterusan
Kisah Palestine dan Israel ni dah lama berlangsung sejak majoriti kita yang masih hidup hari ini masih belum lahir. Kenapa perang on off antara Palastine dan Israel sampai sekarang? Cuba anda bayangkan negara anda adalah Palestine di mana negara Palestine tak punya mata wang sendiri. Ya. Palestine tak punya mata wang sendiri.
Terus Palestine guna mata wang apa? Mereka gunakan mata wang Israel Shakel, US dollar dan Jordan Dinar. Di mana paling banyak Palestine gunakan adalah Israel Shakel. Dah nampak kenapa perang tak settle dari dulu? Central Bank Palestine diwujudkan pada tahun 1994 dengan sejarah takluk menakluk Israel - Palestine bermula sekitar 1940an sampailah detik ini. Anehnya bank tak diserang walaupun kita tahu hospital telah diserang. Kenapa ya?
Pergerakkan rakyat Palestine di dalam Palestine di kawal oleh Israel. Dah nampak masalah?
Palestine tetap digesa untuk patuh green initiatives walaupun duit yang ada boleh diperuntukkan untuk banyak hal lain yang lebih penting dari itu. Dah nampak masalah?
Geography negara Palestine yang terpisah dua membuatkan lagi sukar untuk Palestine kawal. Gaza sangat kecil dan jauh dari West Bank yang saiz nya jauh lebih besar. Manakala ditengahnya negara Israel 20,770 km square berbanding total Palestine 6020 km square. Gaza tu pulak adalah penjara terbuka kerana keliling Gaza tu semua tembok dan laluan untuk masuk Gaza tu Israel yang kontrol. Dah nampak masalah?
Sebanyak 167 dari 193 negara yang menjadi UN members mengiktiraf kewujudan Israel Manakala 146 dari 193 negara yang menjadi UN members mengiktiraf kewujudan Palestine. Jelas Palestine kurang 21 sokongan negara-negara di dunia. Da nampak masalah?
Perang Israel-Palestine sentiasa Israel mendapat sokongan Amerika manakala Palestine tiada kuasa yang sebesar Amerika itu sokong Palestine setakat ini. Jadi harapkan UN sahaja untuk selesaikan masalah Israel-Palestine yang dah sekian lama tak settle-settle. PBB dan OIC atau sebutlah organisasi apa pun. Semuanya gagal sampai detik ini. Da nampak masalah?
Ekonomi Palestine adalah bersaiz sangat sikit free Market sistem dimana ianya dinominasi oleh private. Da nampak masalah?
Palestine mempunyai kadar unemplyment yang sangat tinggi, rakyat tiada peluang pekerjaan dan bergantung pada bantuan negara luar. Perbedaan antara Gaza di Palestine dengan West Bank di Palestine juga mempengaruhi. Da nampak masalah?
Ada banyak lagi masalah yang boleh dipertikai dan diperdebatkan tapi realitinya dah terlalu lama krisis ni berpanjangan malah dah capai tahap genocide. Manakala Amerika yang walaupun punya banyak hutang sampai 35 trillion US dollar masih tetap support perang Israel dan Ukraine.
Amerika nak bagi tahu dunia Israel dan Ukraine perlu Amerika. Sedangkan empire Amerika sedang turun sedikit demi sedikit dengan kebangkitan BRICS. Sikap membuli Amerika dengan sanction dan blocked Russia dari SWIFT membuatkan banyak negara mulai meninggalkan US dollar sedikit demi sedikit. Malah negara western yang lain turut de-dollarization sehingga menjadi the new normal sekarang. Malah mereka mau join BRICS. Ya trend sekarang semakin banyak negara mula merapat ke BRICS.
Comments
Post a Comment