Rahsia Pyramid Gunung Padang, Indonesia
Ya. Terdapat teori yang mengatakan bahawa Gunung Padang di Indonesia adalah diantara beberapa Pyramid yang ditemukan di beberapa tempat diseluruh dunia seperti di Alaska dan China atau beberapa tempat lain yang belum diketahui. Ianya dikatakan menyimpan rahsia teknologi sumber tenaga yang membolehkan dunia mendapat tenaga percuma tanpa perlu membayar harga yang mahal seperti bil electric, oil, dan lain-lain. Freedom of speech atau kebebasan bersuara memberi peluang untuk sesiapa sahaja menyatakan apa yang mereka fikirkan. Antara hal yang ditanyakan apakah benar seperti yang dikatakan bahawa kehidupan dan apa yang kita lihat sekarang ini adalah wujud sebelum kewujudan manusia.
Oleh sebab itu, terlalu banyak perkara lepas yang di luar pengetahuan manusia untuk manusia itu sendiri mengetahui kebenarannya. Manusia hanya tahu berdasarkan bukti yang mereka temukan untuk mula mempercayai sesuatu sehinggalah ada perkara baru yang ditemukan pada masa hadapan memberikan bukti apa yang dipercayai sebelum itu adalah salah. Proses menemukan kebenaran adalah berterusan sesuai dengan bukti-bukti benar yang tidak dibuat-buat.
Terlalu banyak teori yang dikemukan pasti manusia itu sepakat untuk keperluan memberikan keutamaan dari sekian banyaknya teori yang ada. Saat ini, dunia sukar untuk mempercayai hal yang dikatakan benar dahulunya dan akan datang kerana terlalu banyak bukti-bukti kebohongan lampau. Sepahit mana pun kebenaran itu, lebih pahit apabila dibohongi.
Disebabkan kebohongan, mengejar duit, kuasa atau apa pun alasannya, ada yang dibunuh, ada yang ditindas dari kecil hingga ke akhir nyawa. Malah ada yang dibohongi terus hingga ke beberapa generasi. Hati yang terluka tiada siapa yang tahu. Mungkin bohong itu melukakan sekeping hati atau seluruh umat manusia. Mungkin juga bohong itu kerana tidak mahu ada yang tahu hal sebenar untuk apa pun alasannya.
Tiada satu pun undang-undang , sejarah atau apa pun yang dikatakan benar atau salah sehingga ke detik ini dipersetujui oleh semua orang, jelas memaparkan ada sesuatu yang tidak sempurna yang membuatkan pasti ada yang mempersoalkannya. Bagaimana untuk membedakan secara jelas sesuatu yang telah dibuat dengan hal lain yang telah dibuat juga sedangkan semua itu masih wujud pada ketika ini, apa lagi kondisi yang berbeda memerlukan hak yang berbeda. Kejujuran dan keadilan tidak akan dapat dinafikan keperluannya dengan memberikan pengecualian buat siapa pun individu atau pertubuhan apa pun yang realitinya berlaku dan masih berterusan kerana manusia mahukan kebenaran.
Sistem kewangan sekarang adalah jelas tidak adil. Ianya bukan teori. Mata Wang setiap negara berbeda dan secara automatik negara yang mempunyai mata wang yang nilainya rendah akan sentiasa kalah dengan negara yang mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi. Walau serajin atau sepandai mana pun negara yang mempunyai nilai mata wang rendah itu tetap saja akan kalah. Ini tidak akan berlaku jika sistem kewangan memberikan nilai yang sama buat negara apa pun. Teknologi dan kebolehan untuk buat sistem seperti itu telah ada pada masa sekarang seperti Bitcoin tetapi masalah dengan Bitcoin adalah masih mengikut sistem yang bermotifkan untuk memberi ruang kepada kapitalis membuat untung rugi harga turun naik Bitcoin. Seharusnya sistem yang jujur dan adil mesti hanya punya satu tujuan sahaja iaitu membolehkan transfer transaksi antara seluruh dunia. Titik. Tiada ruang untuk kapitalis. Tak boleh nak kick orang tak boleh guna macam Russia tak boleh guna sistem SWIFT. Nak berkapitalis. Buat bisness betul-betul. Bagi produk atau service yang manusia perlukan. Real value. Bukan buat duit dengan forex exchange.
Samada anda doktor, guru, pekerja industri atau pekerja McDonald dimana pun di muka bumi ini, gaji anda tetap dapat nilai yang sama kerana anda tidak dibezakan dengan nilai mata wang. Kuasa beli anda tetap sama tidak berkurang atau berlebih seperti menggunakan mata wang macam sekarang. Namun tidak boleh bergantung 100% dengan digital sahaja. Mungkin boleh guna emas kerana fizikal emas bukan milik sesiapa seperti fizikal mata wang yang berbeza. Tapi boleh guna mata wang tunggal dengan nama baru. Tak susah nak buat tu. Dunia perlu medium of exchange dalam bentuk fizikal juga. Flexible. Ada pilihan. Intinya sistem kewangan harus jujur dan adil. Bukan macam yang kita gunakan sekarang.
Mungkin kita boleh panggil sistem yang adil itu nanti "AdilCoin"! Letak lah nama apa pun yang sesuai asalkan sistemnya jujur dan adil untuk semua orang di muka bumi ini.
Comments
Post a Comment