BRICS, mBridge, Mata Wang dan Emas
Pada detik ini realitinya Amerika menambah hutang 100,000 USD setiap detik, tanpa henti ! Ya, itu realitinya. Berarti hampir 1 trillion USD hutang Amerika setiap kali mencecah 100 hari. Jelas memaparkan masalah yang dialami Amerika untuk hari kedepan. Sebanyak 35 trillion USD sudah menumpuk detik ini dan terus bertambah setiap detik. 100,000 USD itu bersamaan RM 435,500. Nah sekarang anda boleh faham untuk menggambarkan nilai setiap detik hutang Amerika. Hampir setengah juta RM setiap saat. Berarti untuk setiap saat boleh bangunkan sebuah rumah! Tapi sebaliknya berlaku di Amerika iaitu setiap saat seperti mereka kehilangan sebuah rumah kerana hutang. But wait, sebenarnya untuk di Amerika, setiap 4 saat baru dapat nilai sebuah rumah di sana. Ya. Aneh. Itulah sistem kewangan sekarang. Nilai mata wang berbeza setiap negara. Nilai mata wang punya kuasa beli berbeza. Adil?
Minggu hadapan, Amerika akan buat pilihanraya untuk pilih Presiden baru. Hanya 2 parti sahaja pilihan yang ada untuk dipilih jelas memaparkan betapa pilihanraya itu sendiri by design tidak demokrasi. Siapa pun yang bakal jadi Presiden, dunia tahu Amerika tetap akan bertindak seperti Amerika yang sudah dikenal ciri-cirinya sejak sekian lama. Makanya beberapa negara mula merapat ke BRICS.
Projek mBridge membolehkan dunia punya pilihan untuk melakukan transaksi kewangan tanpa menggunakan dollar tanpa menggunakan SWIFT. Anehnya BIS mahu menghentikan mBridge dengan alasan sanction. Sedangkan dunia harus punyai sistem sendiri untuk mengangkat demokrasi untuk sesiapa yang tidak bersetetuju dengan sanction menggunakan sistem yang tidak menghalang sanction itu sendiri. Free trade. Bukan kah sedari awal tak perlu buat mBridge. Kenapa sekarang baru cakap? Sengaja nak buy time dan tunggu last minute baru nak cakap. Kalau dari awal dah cakap, tak payah bazir semua buat projek tu boleh fokus buat tanpa melibatkan BIS. Jelas BIS pro barat. Tak mahu sistem yang mencabar dominasi dollar.
Jika nak buat sistem kewangan yang mencabar dominasi dollar dihalang, dalam hal ini SWIFT satu-satunya sistem di dunia yang harus guna dollar. Makanya kita lihat dulu masalah lebih dasar dari itu. Mata wang itu sendiri. Seperti dollar, ringgit, rubel, yuan, rupiah dan lain-lain. Jika semua mata wang di ikat dengan dollar yang jelas bermasalah, berarti dunia kena cari solusi nak ikat mata wang mereka dengan apa kalau bukan dollar? Jawapan dah ada dari dulu tapi jangan rasa hairan sebab sekali lagi melibatkan Amerika.
Dulu Amerika janji nak kembali ke Gold Standard. Sementara sahaja guna sistem sekarang. Tapi ternyata sampai sekarang tak kembali ke Gold Standard. Nak percaya lagi dengan Amerika? Bila sistem kewangan tak jujur dan tak adil, hasilnya Amerika masih belum bankrupt sampai sekarang sedangkan buat hutang sebegitu besar setiap saat. Tak perlu nak bahas soal lain. Realiti masalah yang satu itu sahaja dah jelas memaparkan padah menggunakan sistem sekarang. Kalau Malaysia atau negara lain buat hutang sebesar itu setiap saat dah lama bankrupt!
Masalah mata wang tidak adil kerana seluruh mata wang di ikat dengan dollar. Hanya akan adil kalau di ikat dengan emas. Lihat contoh realiti mata wang sekarang bila nak beli sebuah rumah di Malaysia.
- Malaysia perlu RM 435,500 untuk beli sebuah rumah di Malaysia.
- Amerika perlu US 100,000 dollar untuk beli sebuah rumah di Malaysia
Comments
Post a Comment