Da'i - Artikal 2

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 237 - Panjang 2050
Sabar


Mengapa kita sering diperlukan untuk bersabar dan mengingatkan individu lain untuk bersabar? Setiap individu punyai keupayaan mengawal kesabaran yang berbeza. Bentuk ujian yang dihadapi oleh individu juga berbeza.

Apabila seseorang individu diuji, kita sering menasihatkannya agar bersabar. Tanpa kita sedari ianya mengguris hati individu tersebut seperti beliau tidak tahu apa itu sabar.

Keadaan menjadi berbeza, apabila individu yang sama-sama mengalami kesulitan memberikan nasihat supaya bersabar kerana kini tiada lagi isu "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".

Muslim mempunyai cara berbeza bila berkaitan sabar kerana sebagai Muslim kita dituntut untuk bersyukur terlebih dahulu terhadap apa jua baik buruk yang kita terima. Hanya setelah kita bersyukur, barulah kita usahakan untuk mencapai tuntutan kesabaran. Jelas menemui kesyukuran dalam menghadapi ujian menjadikan individu muslim begitu indah, amat berbeza.

Maka tidak hairanlah, mengapa antara syarat untuk boleh masuk syurga memerlukan seseorang individu itu beriman. 

Terdapat individu yang menangis berhari-hari kerana ujian yang dihadapi. Ada yang tak larat nak makan. Ada yang tak nak bercakap berhari-hari. Ada yang meninggikan suara. Itu semua bukan bermakna mereka tidak bersabar.

Lantas apa itu sabar?

Sabar adalah bagaimana seseorang individu itu menghadapi ujian tanpa melanggar batas sebagai seorang Muslim.

Tanpa bersabar, manusia ada yang sampai membunuh dan pelbagai perkara lain dilakukan menyasar dari Quran dan Sunnah.

Jelas berpesan dengan kesabaran menjurus kepada berpesan agar tidak melanggar batas sebagai seorang Muslim dan berpesan akan bagaimana cara yang benar menghadapi sesuatu ujian itu sebagai individu yang mengucapkan lailahaillallah.

Link untuk artikal berkaitan sebelum ini Da'i - Artikal 1


Quran 2:237

"Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan."

"And if you divorce them before you have touched them and you have already specified for them an obligation, then [give] half of what you specified - unless they forego the right or the one in whose hand is the marriage contract foregoes it. And to forego it is nearer to righteousness. And do not forget graciousness between you. Indeed Allah, of whatever you do, is Seeing."

Kefahaman AZA

"Panduan berkaitan perkahwinan"

LABEL

A4 + IslamTotal

SETERUSNYA

Da'i - Artikal 3

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more