Da'i - Artikal 4

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 239 - Panjang 3340
Hari Pembalasan.


Mengapa terdapatnya hari pembalasan?

Hari pembalasan Allah sediakan untuk kita kerana Allah akan membalas setiap kebaikkan dan keburukkan yang telah kita lakukan ketika kita masih hidup. Pada masa itu setiap individu akan mendapat keadilan sebenar 100% yang tidak mungkin dapat diperolehi ketika manusia itu masih hidup.

Mengapa hari pembalasan menjadi keutamaan?

Manusia hanya mati sekali tetapi akan hidup untuk dua kali. Kali kedua manusia akan dihidupkan semula apabila tibanya hari pembalasan dan tiada lagi kematian selepas itu. Oleh sebab itu, kebaikkan dan keburukkan yang telah kita lakukan ketika kita masih hidup penentu apakah yang akan kekal kita perolehi di hari pembalasan itu nanti.

Bukankah sudah terlambat untuk berbuat kebaikkan setelah hari pembalasan?

Ya. Kesempatan untuk kita berbuat kebaikkan hanya ketika kita masih hidup sahaja. Individu yang beriman pasti akan mendapat balasan syurga manakala individu yang menafikan Allah akan ditempatkan di neraka.

Adakah individu muslim dapat menyelamatkan ahli keluarga mereka yang bukan muslim dari api neraka?

Tidak. Kesempatan untuk individu berbuat kebaikkan hanya ketika mereka masih hidup sahaja. Apa jua kebaikkan yang individu lakukan ketika mereka masih hidup jika tidak beriman tetap akan menyebabkan mereka masuk ke api neraka.

Apakah mudarat jika individu itu beriman?

100% tiada mudarat. Allah akan sekali lagi membuktikan kebenarannya di hari pembalasan. Malah Allah janjikan akan memastikan setiap individu yang beriman beroleh kebaikkan di dunia dan juga di akhirat. Jelas neraka adalah tempat yang pasti bagi individu yang menafikan Allah.

Mengapa individu Muslim bertanggungjawab untuk berpesan kepada kebenaran kepada individu bukan Muslim?

Mementingkan kebaikkan untuk diri sendiri sahaja jelas menggambarkan individu itu tidak beriman. Individu yang beriman mempunyai tanggungjawab untuk terus berusaha selagi mereka masih hidup untuk berpesan juga kepada kebenaran dengan harapan dapat menyelamatkan individu bukan muslim dari azab api neraka sebagaimana mereka sendiri ingin menyelamatkan diri sendiri dari siksa neraka.

Bagaimana untuk tahu kebenaran kata-kata Allah?

Quran adalah kata-kata dari Allah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Saw. Cukup mengetahui apakah kata-kata dari Allah melalui Quran untuk membuat seseorang individu itu beriman atau tidak. Allah janjikan jika individu menurut kata-katanya akan beroleh kebaikkan buat dirinya.

Bagaimana dengan individu yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam yang telah lama menafikan Allah?

Allah yang tetapkan individu tersebut lahir dalam keluarga bukan Islam. Allah akan ampunkan 100% dosa mereka bila sahaja mereka bersyahadah.

Adakah ini bermakna semua individu boleh masuk syurga?

Ya. Jika individu mengenal Allah, pasti dia mengikut sahaja tanpa mempersoalkan itu dan ini kerana bukti-bukti yang diperlukan telah Allah berikan. Lebih-lebih lagi kepada individu yang lahir setelah adanya Quran.

Apa janji Allah mengenai Quran?

Allah sendiri akan memelihara Quran sebagai bukti kebenarannya.

Quran 2:239

"Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya."

"And if you fear [an enemy, then pray] on foot or riding. But when you are secure, then remember Allah [in prayer], as He has taught you that which you did not [previously] know."

Kefahaman AZA

"Islam mempermudahan sesuatu tuntutan mengikut keadaan yang sedang individu hadapi"

LABEL


SETERUSNYA

Astro channel (Starter pack + BollyOne HD)

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more