O'ma - Artikal 12

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 221 - Panjang 5907
O'ma dan Adam tiba di rumah Liam seperti yang dijanjikan.
Mereka bertiga kemudiannya duduk semeja diperkarangan rumah Liam. Ternyata Liam kini berjaya mengejar impiannya. O'ma dan Adam berasa bangga dengan pencapaian rakannya itu.

"Hebat kau sekarang Liam" Adam memulakan perbualan mereka. Liam tertunduk sejenak bila mendengar statement Adam kemudian dia memandang O'ma yang sedang tersenyum memandangnya. "Not really" jawab Liam yang faham dengan apa yang dimaksudkan Adam. Ternyata jawapan Liam membuatkan Adam dan O'ma menjadi tanda tanya dengan jawapan tersebut.

"Mengapa Liam?" Tanya O'ma. Liam mencapai gelas dihadapannya dan menghirup perlahan minuman tersebut sambil diperhatikan Adam dan O'ma yang penuh sabar menunggu jawapan Liam. "Am i really your friend?" Tanya Liam. Pertanyaan tersebut membuatkan Adam dan O'ma tersentak.

"Of course" Jawab Adam sambil memandangkan ke arah Liam dan kemudiannya dia memandang ke arah O'ma seolah-olah mahukan O'ma juga turut bersuara. Kebimbangan jelas kelihatan di wajah O'ma. Sejurus kemudian O'ma berkata "Ada apa-apa kesalahan yang kami lakukan Liam?" Tanya O'ma inginkan kepastian.

Liam bangun lalu berpaling dari kedua orang rakannya itu. O'ma dan Adam masih kebingungan dan asyik memerhatikan Liam. "Why both of you tak pernah menyentuh mengenai Islam sejak kita berkawan?" Tanya Liam lagi. Ternyata O'ma dan Adam semakin gelisah dengan pertanyaan tersebut. O'ma dan Adam saling berpandangan tanpa berkata apa.

"Korang takut aku terasa? Is that why uols tak pernah sentuh mengenai Islam bila kita bersama?" Liam terus-terusan mengemukan pertanyaannya. Adam bangun dan merapati Liam sambil diperhatikan O'ma. Lalu Adam berkata "Mari duduk dulu Liam. Let me explain to you. Please." Pujuk Adam sambil menuntun Liam ke kerusinya semula.

Adam kembali bersuara "O'ma let me explain first for myself. Aku tak tahu apa reason kau but allow me to explain kenapa aku tak sentuh selama ini" Luah Adam sambil menurunkan kedua tangannya yang berada di atas meja menyusup masuk ke bawah meja dengan membengkokkan sedikit badannya. Liam masih tetap memandang tepat pada Adam sedang O'ma pula merapatkan diri bersandar ke kerusinya.

Adam mengangkat mukanya lalu berkata "Liam, there were several times aku berniat nak sentuh mengenainya bila kita bersama but i didn't because for so many reasons. I never ever wanted to hurt you just because of agama kita berbeza." Adam memandang Liam seolah-olah seperti mahu rakannya itu tahu apa yang dimaksudkannya. Sebaliknya Liam menyambung statement Adam tersebut dengan mengemukan pertanyaan. "Is that means you are okay i'm end up masuk neraka because i'm not muslim?"

Pantas Adam menjawab "You know the answer, Liam. I'm sure you knew that i'm always wanted all the best happen to you right?" Tanya Adam pula kepada Liam.

O'ma yang sedari tadi diam kini mencelah dengan berkara "I'm sorry Liam. Now i'm very clear that what we did were against as what you expected from us. Apa jua alasan kami tak kan mengubah kenyataan bahawa kami berdiam selama ini. Maafkan kami." O'ma amat berharap Liam akan memaafkan mereka.

Liam meletakkan kedua sikunya di atas meja sambil kedua tangannya mencengkap lembut kepalanya yang sedang tunduk ke meja. "No. I'm sorry to both of you. Aku tahu korang akan berkata begitu. Tapi sengaja aku bertanya untuk puaskan hati. Maafkan aku." Kata Liam tak mahu lagi membuatkan kedua rakannya berada dalam situasi tegang tersebut.

Liam kemudiannya kembali duduk bersandar ke kerusinya. Dia tuduk memerhatikan kedua tangannya yang diletakkannya berada diantara kedua belah pehanya. Lalu dia berkata lagi "Aku tahu, korang sanggup datang dari jauh kerana aku. Dan aku sangat-sangat berterima kasih. Aku juga tahu korang Islam kerana korang mahu berbuat baik kerana Allah sedangkan segala kebaikkan aku selama ini masih tidak cukup kerana aku tidak berbuat baik kerana Allah." O'ma dan Adam terharu mendengar Liam menyebut nama Allah. Mereka semakin tidak sabar mendengar pernyataan Liam yang seterusnya.

Laim meneruskan kata-katanya "Aku tahu korang tak sembah berhala kerana korang tak nak sekutukan Allah. Itu adalah dosa paling besar mana-mana individu walau sebaik mana pun mereka. Sebenarnya aku dah lama nampak bukti kebenaran agama Islam. Tapi aku asyik mencari perkara yang belum dapat dibuktikan hingga menyebabkan aku menjalani hidup aku selama ini berdasarkan apa yang aku fikirkan baik sedangkan korang berpandukan Quran dan Sunnah. Ternyata hidup tanpa panduan dan hanya bergantung kepada akal membuatkan aku terumbang ambing. Hanya setelah aku buat perbandingan Islam dengan apa yang aku amalkan selama ini baru akan nampak di mana silap aku".

"Sebagai rakan, sejujurnya aku terkilan kerana korang tak pernah sentuh mengenai Islam sejak kita berkawan. Kebaikkan yang aku lakukan selama ini tidak cukup kerana aku tidak lakukan kebaikkan kerana Allah dan kebaikkan yang korang lakukan selama ini juga tidak cukup walaupun korang telah lakukan pelbagai kebaikkan kerana Allah tapi korang tak pernah sentuh mengenai Islam sejak kita berkawan. Oleh sebab itu aku rasa kita bertiga tetap akan masuk neraka." Ujar Liam.

O'ma dan Adam tersentak dengan statement Liam. Lalu O'ma yang telah lama mendengar sahaja mula bersuara. "Subhanallah. To be honest, apa yang kau nyatakan Liam adalah benar. Baru aku sedar apa yang aku rasakan baik selama ini jelas perkara penting yang aku abaikan. Thank you so much kerana menyedarkan aku tentang perkara yang amat-amat penting ini Liam." Luah O'ma.

Kemudiannya disambung oleh Adam dengan berkata "Yes. You are right Liam. You have no idea how precious what have you told to us today."

Artikal berkaitan sebelum ini O'ma - Artikal 11

Quran 2:221

"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)."

"And do not marry polytheistic women until they believe. And a believing slave woman is better than a polytheist, even though she might please you. And do not marry polytheistic men [to your women] until they believe. And a believing slave is better than a polytheist, even though he might please you. Those invite [you] to the Fire, but Allah invites to Paradise and to forgiveness, by His permission. And He makes clear His verses to the people that perhaps they may remember."

Kefahaman AZA

"Pasangan yang ingin berkahwin mestilah kedua-duanya beragama Islam walau siapa pun mereka kerana Syurga adalah tempat yang perlu dipilih untuk di tuju. Quran untuk setiap individu pelajari untuk ketahui kebenaran"

LABEL


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more