Betul ke?

AZA - Artikal 138

Hari demi hari, saya melalui rutin harian yang sama. Seperti bila kita pergi ke sesuatu destinasi, kita ikut jalan yang sama. Hari-hari. Tak pernah guna jalan lain kerana kita tahu ia adalah jalan terbaik.

Bila seseorang kata kepada kita, ada jalan yang lebih baik dari itu, maka kita akan memilih untuk cuba atau tidak. Jika kita memilih untuk cuba dan ternyata ia lebih baik, kita akan mula gunakan jalan baru.

Itu mengenai jalan. Bagaimana pelbagai perkara lain dalam kehidupan kita? Apa yang kita fikir baik sekarang, mungkin ada yang lebih baik?

Jika individu tersebut tidak beritahu saya, bukankah saya akan terus-terusan gunakan jalan yang sama? Ia sudah baik bagi saya. Sudah cukup. Tapi bila benar jalan baru tersebut ternyata lebih baik, maka saya bertukar menggunakan jalan baru pula.

Jelas di sini, kebenaran yang kita inginkan. Dalam apa jua perkara.

Benarkah jika buat begitu, impian akan tercapai?
Benarkah apa yang dikatakannya?
Benarkah apa yang kita dengar?
Benarkah apa yang kita fikir?

Banyak yang kita lihat, kita dengar, kita fikir, adalah tidak benar kerana "kebenaran" itu dipalsukan.

Logik tak kalau usaha baru dapat hasil? Logik kan! Tapi lihat sendiri usaha anda terhadap sesuatu selama ini. 100% berhasil? Tidak kan! Bukankah logik pada mulanya?

Logiknya, kebenaran itu berdasarkan bukti. Bukankah bukti juga dipalsukan?

Setiap individu "akan tahu" sesuatu itu benar atau tidak hanya "setelah" individu itu sendiri buktikan, bukan "sebelum"?

Benar "akan tahu".

Mengapa Quran dan Sunnah dikatakan benar, sedangkan individu itu sendiri "belum" buktikan?

Ini kerana telah sekian lama, pelbagai individu "telah" buktikan kebenarannya. Samada mereka adalah kanak-kanak, dewasa atau lewat usia, Islam atau bukan Islam, bodoh atau pandai, sihat atau sakit. Siapa pun individu tersebut, kebenaran itu "telah" mereka buktikan sendiri.

Bukan disebabkan apa jua alasan, maka salah satu ayat Quran dan Sunnah itu bercanggah dari kebenaran.

Membuktikan sendiri adalah satu faktor, kebenaran itu sendiri adalah satu faktor.

Bila berdepan dengan sesuatu selain Quran dan Sunnah, maka membuktikan sendiri adalah satu-satunya cara paling selamat dan tepat untuk mengetahui "kebenaran".

Bukankah jelas betapa kita sedari awal dipermudahkan memperoleh "kebenaran" dengan mempunyai Quran dan Sunnah sebagai panduan.

"Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri".

"But they who disbelieved in Our signs - those are the companions of the left".

Sumber : https://quran.com/90/19

Quran 2:138

"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat"

"[And say, "Ours is] the religion of Allah . And who is better than Allah in [ordaining] religion? And we are worshippers of Him"

Kefahaman AZA

"000"

LABEL

000 + Total + 000

SETERUSNYA

TOL Lebuh raya Utara-Selatan

SEBELUMNYA

Poka yoke

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more