Jarak

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 219 - Panjang 6191
Alhamdulillah. Sebelum ini, AZA pernah merasakan, cukup sudah perkongsian AZA mengenai Islam dengan perkongsian artikal sedia ada di blog ini.
Lantas AZA lebih banyak mencipta artikal yang tidak directly menyentuh mengenai Islam sejak itu.

Later, AZA ketahui masih terdapat perkara-perkara baru yang AZA tidak ketahui mengenai Islam. Ini membuktikan apa yang AZA rasakan cukup selama ini adalah salah kerana terbukti dengan penemuan terbaru AZA mengenai Islam yang mana ianya antara perkara yang ingin AZA ketahui tetapi AZA tidak ketahuinya sebelum ini. Ianya tak mungkin AZA ketemui jika AZA berhenti mencari dari rasa cukup yang AZA rasai selama ini.

Ini mengingatkan AZA kembali kepada realiti bahawa ilmu Allah itu sangat luas, sekaligus berasa cukup dengan ilmu yang ada ternyata bercanggah dengan realiti tersebut.

Penemuan peribadi AZA mengenai Islam baru-baru ini adalah mengenai jarak. Ianya tidak terdapat pada artikal AZA di blog ini sebelum ini. Lantas penemuan ini mahu AZA kongsikan kepada public.

Jarak ternyata antara perkara penting dalam Islam. Faktor mengenai jarak telah terdapat di beberapa cabang dalam Islam seperti musafir. Betapa Islam turut mengambil kira faktor jarak bagi memudahkan individu Islam yang bermusafir. Ianya antara bukti kebijaksanaan Allah yang mengetahui keperluan individu bermusafir.

Islam juga meminta umatnya agar menjaga jarak mereka bila melibatkan perkara yang boleh menjerumuskan umatnya kepada perkara yang dilarang seperti zina atau apa jua keburukkan yang lain. Menjauhkan diri dari perkara tersebut adalah dituntut dalam Islam.

Ternyata kebijaksanaan Allah menuntut umatnya menjauhkan diri dari perkara tersebut sebenarnya baik untuk umatnya. Jika umatnya tidak berusaha untuk menjauhkan diri, sebaliknya terus berada pada lingkaran keburukkan tersebut, tentulah lebih sukar untuk umatnya menyelamatkan diri sedari awal.

Ini terbukti bila kita membiarkan diri kita berada dalam lingkaran atau situasi yang dituntut untuk kita menghindarinya. Seperti zina, kita tidak berusaha menjauhkan diri. Kita biarkan diri kita dalam lingkaran atau situasi yang berkebarangkalian berlakunya zina. Bila kita tewas dengan ujian tersebut, baru kita nak sedar jika kita sedari awal jauhkan diri tentunya lebih sukar untuk kita terjerumus.

Keadaan ini sama seperti bau badan. Bila kita dah biasa dengan bau badan kita, kita tak rasa ianya masalah buat kita. Bagi kita ianya biasa sahaja. Kita terus rasa selesa dengan bau badan yang kita alami. Demikian senario jelas bila kita membiarkan diri berada dalam lingkaran atau situasi yang bermasalah. Tanpa sedar kita rasa selesa dalam masalah tersebut.

Menjauhkan diri bukan sahaja dalam bentuk mental, tapi segala sudut. Jauh kan diri untuk mengingati, melihat, mendengar, merasa, menghidu atau apa jua yang berkebarangkalain mendekatkan diri kita kepada masalah tersebut agar kelak ianya tidak membelenggu diri kita.

Sebaliknya mendekatkan diri kepada kebaikkan seperti mendekatkan diri kepada Allah, mengikuti suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Sememangnya berkata itu mudah. Namun realiti menghindar sedari awal perkara yang boleh menjerumuskan kita kepada perkara keburukkan ternyata jelas praktikal.

Seharusnya kita rasa bersyukur kerana Islam sedari awal mengingatkan kita untuk menghindari keburukkan dan tidak membiarkan diri kita terus-terusan berada dalam lingkaran atau situasi yang mungkin mengakibatkan kita tewas bila diuji. Menghadapi masalah adalah berisiko tinggi berbanding menghindari dari masalah adalah langkah bijak untuk meminimakan kebarangkalian untuk kita tidak terjerumus.

Sifat bertangguh atau rasa kita boleh atasi bukanlah jaminan kita tidak tewas bila berada dalam lingkaran atau situasi keburukkan. Langkah terbaik adalah menjauhkan diri sedari awal.

Ignorance atau jahil adalah kerana kita tidak tahu sesuatu. Namun walaupun kita tidak tahu sesuatu itu 100%, paling tidak kita punya akal fikiran untuk membezakan mana yang baik mana yang buruk. Bagi yang menjadikan Quran sebagai panduan, tentu sahaja lebih mudah membezakan mana yang baik atau buruk.

Sebagai contoh, Quran menjelaskan apa yang Haram untuk kita. Realitinya kita tidak tahu 100% mengapa sesuatu itu diharamkan untuk kita. Tapi kita ikut juga seperti yang dianjurkan Quran kerana kita beriman atau percaya kepada Quran. Later baru kita ketahui rupanya apa yang diharamkan itu memberi mudarat kepada kita. Tetapi dek kerana sedari awal kita ikut Quran, mudarat tersebut dapat kita hindari walaupun tanpa kita tahu sedari awal tentang perihal mudarat dari perkara yang diharamkan.

Ini sekali lagi membuktikan pengetahuan kita yang terbatas berbanding ilmu Allah yang sangat luas. Oleh sebab itu, mengikut sahaja seperti yang dianjurkan Quran sudah merupakan manfaat untuk kita. Sekali lagi kita perlu rasa bersyukur kerana Allah mengizinkan kita untuk menjadi antara penganut Islam yang dibimbing melalui Quran dan Sunnah.

Tahukah kita, kebanyakkan ulamak hari ini adalah mereka yang asalnya bukan beragama Islam. Mereka dilahirkan dalam keluarga bukan beragama Islam. Mereka memilih untuk jadi Islam. Bukan ikut-ikutan seperti kebanyakkan kita yang sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam.

Lihat jarak mereka dengan kita. Walaupun mereka baru jadi Islam, ternyata mereka lebih Islam dari kita. Seharusnya ini dapat memotivasikan diri kita untuk lebih mendalami Islam.

Untuk jadi Islam tidak sukar. Hanya perlu akui hanya ada satu tuhan iaitu Allah. Dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah.

Semoga lebih ramai individu dapat menemui kebenaran dari agama Islam walau di mana jua jarak mereka dengan kita apatah lagi yang hampir dengan kita. Sampaikan mengenai Islam walau sebaris ayat sebagai tanda kasih sayang kita sesama manusia.

Kebaikkan yang kita perolehi bukan untuk kita sahaja. Dengan izin Allah individu lain akan turut menganut Islam. Lihat sahaja betapa ramai yang berterima kasih kepada Dr. Zakir Naik melalui video beliau di YouTube.

Quran 2:219

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:"

"They ask you about wine and gambling. Say, "In them is great sin and [yet, some] benefit for people. But their sin is greater than their benefit." And they ask you what they should spend. Say, "The excess [beyond needs]." Thus Allah makes clear to you the verses [of revelation] that you might give thought."

Kefahaman AZA

"Jangan mengejar manfaat yang dosanya lebih besar dari terima manfaat tersebut seperti arak dan judi. Jika pendapatan melebihi keperluan itu bermakna sudah boleh menderma"

LABEL


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more