O'ma - Artikal 8
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 196 - Panjang 1477
"Aku berbulu jer tengok Si Musa tu. Macam bagus sangat!" Adam meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada O'ma.
O'ma masih diam, leka melihat mobile phonenya. "Si Isa tu pun satu, ntah apa yang dinampaknya pada Si Musa tu pun aku tak faham".
Mendengar kata-kata Adam, O'ma mengangkat mukanya lalu berkata "Kalau kau tak faham, kan baik kau stop saja nak menilai dia."
Adam memandang O'ma sejenak dan memalingkan dirinya ke arah lain.
"Lebih baik kita perbaiki rutin harian yang kita lalui. Kau sendiri kata kau tak faham kan?" O'ma kembali mengingatkan Adam. O'ma memandang Adam sejenak yang masih berpaling darinya dan dia kembali melihat mobile phone nya semula.
"Aku pun tak faham kenapa aku tak boleh pandang dia. Automatik kecik jer kepala dia aku pandang." Adam mengharapkan O'ma faham bahawa dia bukan sengaja mahu marah-marah.
"Meh duduk sini jap." O'ma mengangkat sebelah tangannya sambil melambai kepada Adam. Adam menoleh kepada O'ma dengan pandangan kosong. "Kau tahu kan, duduk boleh redakan kemarahan kau?" O'ma terus saja menyambung kata-katanya tanpa menunggu jawapan dari Adam. "Meh la" Rayu O'ma.
Adam tidak menunggu lama dan duduk berhadapan O'ma. Dia tunduk memandang lantai. O'ma yang memerhatikannya sedari tadi merancang kata-kata buat kawannya itu.

Quran 2:196
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya)."
"And complete the Hajj and 'umrah for Allah . But if you are prevented, then [offer] what can be obtained with ease of sacrificial animals. And do not shave your heads until the sacrificial animal has reached its place of slaughter. And whoever among you is ill or has an ailment of the head [making shaving necessary must offer] a ransom of fasting [three days] or charity or sacrifice. And when you are secure, then whoever performs 'umrah [during the Hajj months] followed by Hajj [offers] what can be obtained with ease of sacrificial animals. And whoever cannot find [or afford such an animal] - then a fast of three days during Hajj and of seven when you have returned [home]. Those are ten complete [days]. This is for those whose family is not in the area of al-Masjid al-Haram. And fear Allah and know that Allah is severe in penalty."
Kefahaman AZA
"Perkara berkaitan Haji"
LABEL
SETERUSNYA
SEBELUMNYA