Hari Pekerja
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 188 - Panjang 5217
Esok 2 may 2017 AZA akan kembali bekerja setelah bercuti selama 3 hari.
Kebiasaan hanya 2 hari bercuti pada setiap minggu. Tapi minggu ini special dapat lebih 1 hari lagi bercuti sempena hari pekerja. Sempena dah 22 tahun bekerja di Panasonic Air-Cond AZA nak serba sedikit menyentuh berkenaan kerja.
Pastinya terdapat perkara yang boleh kita perbaiki berkenaan kerja kita. Sudah tentu perkara yang kita nak perbaiki adalah masalah-masalah yang kita hadapi bila kita melakukan rutin kerja kita. Lebih baik kita sedari awal peruntukkan usaha kita tersebut terhadap masalah yang realistik yang boleh kita atasi.
Tanyakan pada diri kita, adakah masalah tersebut kita punyai kuasa untuk mengubahnya? Jika Ya. Bukankah lebih realistik kita berkebarangkalian berjaya mengatasinya berbanding masalah yang diluar kawalan kita.
Usaha berterusan untuk memperbaiki apa yang kita kerjakan bukan sahaja baik untuk diri kita, malah baik untuk siapa jua yang terlibat berurusan kerja dengan kita. Sedarkah anda terdapat masalah yang berbelas tahun tiada siapa yang pedulikannya? Mengapa jadi begitu?
Tentu sahaja kerana tak nampak perkara tersebut sebagai masalah. Kenapa tak nampak? Kebiasaan kita nampak masalah-masalah yang kita hadapi. Tapi kita tak nampak masalah-masalah pihak yang berurusan kerja sebelum dan sesudah kita hadapi.
Kita nampak masalah yang wujud bila dapat kerja yang diserahkan kepada kita. Tapi kita tak nampak masalah yang wujud dari kerja kita yang kita serahkan kepada pihak lain. Mengapa begitu?
Kita menganggap kerja kita dah selesai. Kini terpulang pihak seterusnya melakukan proses yang seterusnya.
Kita selalu minta pihak lain lakukan itu dan ini untuk memudahkan kerja kita. Tapi kita tak tanyakan diri kita apa pihak lain hadapi masalah dari kerja yang kita lakukan.
Realistikkah jangka masa yang kita berikan? Tahukah kita keperluan berapa banyak masa yang mereka perlukan untuk melaksanakan proses seterusnya?
Lihat realiti senario berikut:
"Selama 16 tahun, pihak seterusnya menghadapi masalah tidak tahu siapa Person In Charge untuk dihubungi. AZA mengetahui perkara tersebut dialami oleh pihak seterusnya kerana AZA ambil tahu apa keperluan yang mereka perlukan untuk melakukan proses seterusnya. Lantas, sejak AZA mengetahui perkara tersebut, AZA akan sertakan nama Person In Charge untuk dihubungi setiap kali AZA berurusan lagi dengan pihak seterusnya. Ternyata ianya membantu mempermudahkan kerja mereka. Malah membantu AZA juga kerana proses yang mereka lakukan juga hasilnya memerlukan AZA untuk menyambung proses seterusnya. Bagaimana masalah selama 16 tahun tersebut hanya kini diselesaikan? Susah ke? Perlu ada PHD ke nak selesaikannya? Perlu ada pengalaman 30 Tahun ke nak selesaikannya? Macama-macam lagi AZA boleh tanya."
Terdapat pelbagai cara untuk kita berbuat kebaikkan. Samada ianya sulit atau terbuka. Tak kaya pun masih mampu menderma. Tiada PHD pun masih mampu atasi masalah yang dah 16 tahun dihadap.
Realitinya, jika setiap individu berterusan berusaha untuk memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi, banyak lagi masalah-masalah yang sedang kita dan pihak lain alami dapat diselesaikan bukan dihadap jadi rutin harian.
Anda pekerja, AZA juga pekerja. Mari kita sama-sama berterusan berusaha untuk memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi. Realitinya memang terdapat individu yang tak mahu berubah. Doakan yang baik-baik buat mereka. Bagi yang mahu berubah anda tahu apa yang anda perlu lakukan seterusnya. Setiap hari kita mahu berubah, Kita mahu perbaiki kelemahan. Kita mahu atasi masalah. Moga suatu hari nanti dunia akan mengatakan pekerja Malaysia bagus sebagaimana kita ketahui dunia kenali Jepun sebagai negara yang mengeluarkan produk yang berkualiti.
"Those who spend their wealth [in Allah 's way] by night and by day, secretly and publicly - they will have their reward with their Lord. And no fear will there be concerning them, nor will they grieve."
"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita."
Sumber : https://quran.com/2/274
AZA sertakan direct link agar mudah anda membuat rujukan.
SETERUSNYA
O'ma - Artikal 4

Quran 2:188
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."
"And do not consume one another's wealth unjustly or send it [in bribery] to the rulers in order that [they might aid] you [to] consume a portion of the wealth of the people in sin, while you know [it is unlawful]."
Kefahaman AZA
"Beberapa larangan yang jelas dinyatakan dalam Al-Quran"
LABEL
O'ma - Artikal 4
SEBELUMNYA