O'ma - Artikal 11
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 217 - Panjang 3094
"Kau tak rasa weird ke O'ma?" Tanya Adam.
Sewaktu mereka solat di surau tadi, Pak Imam menjadi makmum kepada salah seorang individu yang mereka tak kenali.
"Weird apa?" Tanya O'ma kepada Adam.
"Kan Pak Imam jadi makmum tadi. Kenapa dia tak terus ke depan jer jadi Imam untuk kita? Kenapa nak jadi makmum kepada mamat yang solat sorang-sorang tadi?" Tak berhenti-henti Adam mengajukan persoalan.
O'ma memandang Adam lalu dia menjawab "Aku rasa weird juga. Tapi solat berjemaah tu kan lebih utama. Dah betul lah tindakan Pak Imam tu".
Adam masih tidak berpuas hati lalu berkata "Betul ke mamat tu boleh jadi Imam. Aku tak pernah nampak pun dia kat surau tu sebelum ni". Tanya Adam kepada rakannya itu.
O'ma memandang Adam sebentar dan kemudian dia menoleh membelakangi Adam sambil berkata "Siapa lah kita nak menilai mamat tu Adam. Setiap individu yang solat itu boleh sahaja jadi Imam. Kalau kau rasa solat dia tak betul, tak kan selama ini solat dia bersendirian Allah tak terima? Yang penting kita sama-sama mengutamakan solat berjemaah. Sebab tu Pak Imam tadi tak kisah jadi makmum kepada mamat yang sedang solat bersendirian tadi".
"Aku rasa mamat tu memang tak biasa jadi Imam. Sebab tu habis solat tadi dia terus pergi tanpa membaca doa untuk sama-sama kita meng aminkan" Komen Adam lagi.
"Adam. Doa tu bukan nya wajib pun. Bila-bila pun kita boleh berdoa. Tak mengapa lepas solat mamat tu tak baca doa. Kalau kau nak berdoa juga, kan kau boleh berdoa sendiri?" Cadang O'ma kepada rakannya itu.
"Aku nak sound Pak Iman tu lah. Lain kali tak payah jadi makmum. Biar jer sesiapa yang tengah solat sendirian tu solat sendirian" Adam meluahkan niat nya kepada O'ma.
O'ma terkejut mendengar statement rakannya itu. Dia menyentuh lembut bahu Adam sambil berkata "Jangan Adam. Allah sendiri benarkan sesiapa sahaja untuk jadi makmum kepada siapa jua yang sedang solat sendirian. Berjemaah itu lebih utama. Pak Imam sendiri ikut apa yang Allah suruh. Sebab tu dia tak kisah jadi makmum kepada mamat tu tadi. Lain kali kalau kau masuk surau, tak ada orang, amik saf paling depan, Senang nanti ramai makmum boleh ikut dibelakang kau". Cadang O'ma pula kepada Adam.
Adam pantas menjawab. "Tak nak lah. Aku tak layak jadi Imam. Sebab tu aku amik saf paling belakang kalau aku solat sendirian. Biar yang boleh jadi Imam amik saf dihadapan."
"Kalau itu kemahuan kau, tiada siapa nak melarang. Yang penting kau dah tahu berjemaah itu lebih utama. Sesiapa pun nak jadi makmum kepada kau yang sedang solat sendirian nanti kerana mereka nak utamakan yang utama. Allah sendiri benarkan sesiapa sahaja untuk jadi makmum kepada siapa jua yang sedang solat sendirian. Tak ada isu layak ke tidak. Doa cakap melayu pun tak apa.". Luah O'ma sambil mengukir senyuman.
"Thanks" Ucap Adam kepada rakannya.
Link untuk artikal berkaitan sebelum ini O'ma - Artikal 10

Quran 2:217
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)."
"They ask you about the sacred month - about fighting therein. Say, "Fighting therein is great [sin], but averting [people] from the way of Allah and disbelief in Him and [preventing access to] al-Masjid al-Haram and the expulsion of its people therefrom are greater [evil] in the sight of Allah . And fitnah is greater than killing." And they will continue to fight you until they turn you back from your religion if they are able. And whoever of you reverts from his religion [to disbelief] and dies while he is a disbeliever - for those, their deeds have become worthless in this world and the Hereafter, and those are the companions of the Fire, they will abide therein eternally."
Kefahaman AZA
"Pelbagai tahap dosa dan impaknya"
LABEL
SETERUSNYA
SEBELUMNYA