39 Tahun

AZRIZAINALABIDIN - Artikal 131

Sempena birthday saya yang ke-39, adik perempuan saya, memberi hadiah kepada saya, sepasang kasut, Adidas race. Siapa lagi akan mengingati kita?
Pasti dari mereka yang menyayangi kita. Siapa lagi yang sanggup membelanjakan wang mereka kalau bukan dari mereka yang menyayangi kita.

Adakah kita mengingati Allah sebagaimana kita mengingati orang yang kita sayang? Adakah kita membelanjakan wang kita untuk Allah sebagaimana kita membelanjakan wang kita untuk orang yang kita sayang? Baikkah kita jika kita berbuat baik kepada orang yang kita sayang tapi tidak berbuat baik kepada Allah?

Baru-baru ini juga, seorang kenalan lama menghubungi saya. Beliau rupanya telah berkahwin dan dikurniakan anak. Beliau meminta pertolongan saya berkenaan produk yang saya niagakan secara online sebelum ini.

Beliau antara nama khusus, yang saya sering sertakan dalam doa saya, setiap kali saya solat. Saya sudah lupa bagaimana rupa beliau. Terlintas di hati saya untuk tidak lagi menyertakan nama beliau di dalam doa saya kerana saya dah tak dapat nak mengingati bagaimana rupa beliau. Namun saya ketepikan kata hati tersebut dan tetap meneruskan, menyertakan nama beliau dalam doa saya.

Subhanallah! Setelah sekian lama, dia muncul memerlukan pertolongan. Bagaimanakah jika saya menurut kata hati sebelum ini untuk tidak lagi menyertakan nama beliau dalam doa saya? Saya menyambut pertolongan yang beliau pinta dengan rasa bersyukur.

Saya tak nak mempersoalkan sesiapa juga yang mengenali saya untuk berbuat baik kepada saya. Saya tahu setiap individu punyai keutamaan masing-masing. Cukup bagi saya, setiap individu berbuat baik kepada keutamaan mereka. Sekecil mana amalan mestilah Ikhlas.

Pastinya ada beza, antara individu Islam dan bukan Islam.

Hakikatnya mukmin itu pasti bersaudara. Dan tidak ada persaudaraan kecuali dengan keimanan. Jika ada yang bersaudara bukan kerana iman, maka itu adalah persaudaraan dusta. Iman tanpa persaudaraan akan berakhir dengan permusuhan. Walau seakrab mana sebelum itu. Walau selama mana perhubungan sebelum itu.

Ia tak dapat dibeli dengan wang atau kata-kata. Tapi ia diperoleh dari penyatuan antara jiwa dan jiwa, ikatan hati dan hati. Diikat oleh iman dan taqwa.

Namun individu bukan Islam juga, ada yang lebih baik dari individu Islam itu sendiri. Bezanya cuma mereka tiada panduan tetap Quran dan Sunnah. Sukar untuk diketahui panduan mereka yang bergantung kepada apa yang mereka percaya tanpa panduan tetap.

Jelas, beza baik, Individu Islam berbanding bukan Islam. Panduan tetap Quran dan Sunnah itu juga, menyebabkan individu bukan Islam juga tahu apa yang boleh dan tak boleh individu Islam lakukan. Lantas ada kalanya, mereka pula yang menegur individu Islam yang bercanggah dari Quran dan Sunnah. Subhanallah! Betapa benar Quran dan Sunnah.

Kita hari ini, mudah mendapatkan pengetahuan, sebagaimana mudah, individu bukan Islam itu tahu apa yang terkandung dalam Quran dan Sunnah. Lantas tindakan kita mengikut apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang berpandukan Quran dan Sunnah, itu yang membezakan kita berbanding Individu bukan Islam.

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)".

"Close friends, that Day, will be enemies to each other, except for the righteous".

sumber : https://quran.com/43/67


Quran 2:131

"(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

"When his Lord said to him, "Submit", he said "I have submitted [in Islam] to the Lord of the worlds"

Kefahaman AZA

"Individu perlu mencontohi Nabi Ibrahim yang Allah akui dinaikkan martabatnya oleh Allah"


SETERUSNYA

Bila nak kawin

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more