Mengapa tidak berkesan?

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 145 - Panjang 4397
Berakhirlah sudah rehat bekerja sabtu dan ahad. Esok hari isnin, akan menempuh lagi seminggu bekerja. Masih teringat bagaimana rasa semangat untuk bekerja atau semangat tersebut telah lama tidak dirasai?

Jika ianya telah lama menghilang, maka usaha perlu dilakukan bagi mendapatkan semangat sebagai mana dahulu seronok bekerja. Realitinya, jika tiada usaha yang dilakukan menjurus untuk meraih rasa seronok seperti dahulu, maka realiti harian yang dilalui akan terus-terusan kekal sebegitu.

Bagaimana agar peratusan untuk berjaya memperoleh keseronokkan tersebut dapat dicapai?

Realiti tidak semua perkara berada dalam kawalan kita maka usaha yang perlu dilakukan haruslah berorentasikan kepada perkara-perkara yang kita boleh kawal.

Apa perkara yang kita boleh kawal, yang akan membantu kita untuk memperoleh kegembiraan seperti dahulu?

Pasti antara faktor yang terlibat adalah masalah. Masalah yang membuatkan kita tak seronok nak bekerja. Bila kita fokuskan untuk mengatasi masalah yang di dalam kawalan kita, maka besar kemungkinan kita dapat mengatasinya berbanding masalah yang di luar kawalan kita.

Jadikan rutin diri, mengambil tindakan berbeza apabila terbukti tindakan terdahulu tidak berkesan. Lama kelamaan, pelbagai tindakan berbeza tersebut akan dapat mengatasi masalah tersebut.

Masalah yang berlaku, mestilah diketahui puncanya. Hanya dengan mengetahui puncanya, barulah dapat ditetapkan bentuk tindakan yang diperlukan. Samada ia kecil atau besar perkara.

Tindakan berterusan sebegini akhirnya akan dapat menghapuskan masalah-masalah yang berada di dalam kawalan kita.

Masalah yang berada di luar kawalan kita pula, memerlukan tindakan kita juga agar dapat meminimakan kesan kepada kita. Sebagai contoh, bagaimana kita harus membuat persediaan kepada perkara yang kita tahu akan terjadi pada masa hadapan?

Sebagai antara contoh spesifiknya, bagaimana kita membuat persediakan terhadap pihak yang sering melanggar tarikh penyerahan tugas, sehingga menyebabkan kita mempunyai masa yang semakin terhad untuk mengerjakan perkara yang berkaitan dalam bidang kita, sebelum kita dapat serahkan kerja tersebut untuk pihak yang seterusnya dalam bidang yang lain pula, yang sudah tentunya akan terkesan dengan punca kelewatan seperti yang kita alami.

Keutamaan kita adalah mengatasi masalah yang kita hadapi, yang berada di dalam kawalan kita disamping membuat persediaan menghadapi masalah yang di luar kawalan kita.

Tiada siapa mahu jadi punca masalah. Namun masalah yang sama berulang tanpa penyelesaian berkesan jelas penyebab keseronokkan bekerja lama sudah tidak dirasai.

Keseronokkan bukan hanya kita inginkan di tempat kerja sahaja, malah di dalam kehidupan seharian yang kita lalui juga. Setiap masalah tersebut memerlukan usaha yang berterusan agar keseronokkan dapat kita rasai bukan sahaja untuk diri kita tetapi untuk individu lain juga.

Kita lebih tahu apa masalah yang kita hadapi. Atasinya dan buat persediaan. Semoga kegembiraan dapat dirasai lagi.

Quran 2:145

"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim."

"And if you brought to those who were given the Scripture every sign, they would not follow your qiblah. Nor will you be a follower of their qiblah. Nor would they be followers of one another's qiblah. So if you were to follow their desires after what has come to you of knowledge, indeed, you would then be among the wrongdoers."

Kefahaman AZA

"Individu adalah zalim jika setelah mendapat pengetahuan tapi tidak berubah mengikut pengetahuan yang telah diperolehi"

LABEL


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more