Rombakan tugas

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 165 - Panjang 7135
Hari ni kumpulan MRP kami dapat rombakan mrp controller kerana seorang yang baru di ambil bekerja akan turut sama mempunyai controller. Sungguh pun begitu controller yang ditugaskan kepada AZA masih kekal sama. AZA ditugaskan untuk menjaga barang local, component dan breakdown parts. Lebih banyak jaga structure parts berbanding electrical parts.

Barang local sering terlibat dengan masalah "scrap" dan design change. Barang component pula ada yang di buat secara in-house dan ada yang dibeli dari vendor. Barang yang di order secara "reservation" juga mostly ditugaskan kepada AZA. Manakala "reservation" yang bukan ditugaskan kepada AZA, banyak melibatkan parts di bawah controller AZA.

Controller

Sebagai MRP-Controller, beberapa controller dipertanggungjawabkan di bawah jagaan setiap MRP-Controller. Tidak semua controller sering terkesan dengan changes yang kerap. Maka mana-mana controller yang dipertanggungjawabkan dengan controller yang kerap terkesan dengan changes secara automatik perlu kerja lebih berbanding MRP-Controller yang lain.

Changes untuk sesuatu controller itu pula turut dipengaruhi oleh kedudukan sesuatu part pada BOM samada ianya adakah upper level atau lower level. Jika MRP-Controller dipertanggungjawabkan untuk menjaga controller lower level, ini bermakna beliau perlu kerja lebih berbanding MRP-Controller yang lain. Ini kerana satu part upper level mungkin mempunyai berpuluh lower level. jika MRP-Controller upper level ubah satu, MRP-Controller lower level, tidak boleh tidak, mesti ubah berpuluh lower level seiring mengikut upper level yang diubah. Ini jelas menggambarkan betapa MRP-Controller lower level kerja lebih banyak berbanding MRP-Controller upper level.

Controller juga ada common dan tidak common. MRP-Controller yang dipertanggungjawabkan mempunyai banyak common part akan kerja lebih berbanding MRP-Controller yang lain kerana volume yang terkesan dari design change terhadap common parts tersebut yang akan turut juga melibatkan kewujudan pertambahan new parts, scrap dan parts berlebihan yang tidak boleh di scrap tetapi perlu manual control untuk digunakan pada yang boleh. Part yang murah, tapi bila bilangannya banyak tetap akan menyebabkan loss yang besar.

Jelas betapa controller yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang MRP-Controller itu penentu samada dia perlu bekerja lebih atau tidak berbanding MRP-Controller yang lain kerana setiap hari, apa jua changes tidak boleh tidak mesti kena check 100% dan mesti take action walaupun barang tersebut murah apatah lagi barang mahal.

MRP-Controller yang dipertanggungjawabkan jaga controller yang banyak melibatkan barang yang murah perlu kerja lebih berbanding MRP-Controller yang jaga controller melibatkan barang yang mahal kerana barang mahal jarang sangat terlibat dengan changes sebab kebanyakkannya barang import dan lambat nak dapat bila di order. Barang mahal juga sering action di ambil lebih awal oleh boss kami berbanding MRP-Controller yang dipertanggungjawabkan. Ini memudahkan lagi tugas MRP-Controller yang jaga barang mahal.

Berapa banyak controller yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang MRP-Controller itu bergantung kepada boss kami yang akan menentukannya.

Reservation

Reservation adalah kerja tambahan kepada MRP-Controller. Bukan semua MRP-Controller dipertanggungjawabkan sebagai in-charge sesuatu reservation. Sebagai in-charge sesuatu reservation, maka beliau akan menerima order dari masa ke semasa dan perlu membuat extra job yang tidak dilakukan oleh MRP-Controller yang lain.

Disebabkan rutin semua MRP-Controller adalah sama, volume reservation yang datang tidak menentu jelas menyebabkan in-charge bagi reservation perlu buat kerja lebih berbanding MRP-Controller yang lain.

New parts

Setiap new part akan di tentukan samada ianya di buat secara in-house atau dibeli dari vendor. Samada new part tersebut diwujudkan semasa peringkat develop new model atau part tersebut digunakan pada model sedia ada. AZA perlu follow-up setiap new part yang pelu dibeli mesti telah mempunyai vendor agar part tersebut tidak menyebabkan produk tidak dapat mengikut jadual hanya disebabkan part tersebut sahaja tiada vendor sedangkan parts yang lain sudah disediakan.

AZA masih ingat mengenai follow-up part yang masih belum ada vendor. AZA pelik mengapa tidak disertakan dalam senarai "part yang belum ada vendor" siapa designer untuk setiap part tersebut. Lantas AZA secara manual sertakan nama designer kepada Procurement P.I.C yang bertanggung jawab untuk menentukan vendor setiap part. Akhirnya setelah 16 tahun menggunakan SAP ERP, barulah group MRP AZA menyertakan nama designer pada senarai "part yang belum ada vendor". AZA sebenarnya berasal dari bahagian Proses Quality dan diserap masuk ke bahagian ISP sebagai MRP controller.

Production version

Setiap new part juga memerlukan production version bagi menentukan dimanakah part tersebut perlu di "planned". Controller yang AZA jaga sering tiada production version walaupun sudah melepasi tarikh "planned". Ini menyebabkan masalah part excess dan revision purchase order hanya disebabkan pertukaran lokasi "planned" kerana production version hanya di update setelah purchase order di hantar kepada vendor dan impak masalah kepada bahagian finance.

Planned revision

Sangat mudah untuk mengubah tarikh sesuatu yang telah di "planned" tetapi sukar untuk plan pelbagai "planned". Maksud AZA mudah jika melibatkan single, sukar bila multiple. Hanya beberapa saat sahaja diperlukan untuk mengubah single planned. Tetapi "planned" tersebut mempunyai ratusan dan ada yang ribuan parts yang terkesan yang perlu dikenal pasti adakah perlu juga diubah kerana setiap part ada yang "common" dan ada yang di import. Manakala breakdown parts memerlukan tarikh yang jauh lebih awal dari setiap tarikh yang di "planned".

Control plan order

Antara kawalan manual adalah dengan mengubah kandungan B.O.M pada setiap "planned" yang dipilih. Apa yang dikawal pada "planned" tersebut akan berubah ke "Default B.O.M" jika B.O.M tersebut di "explode". Walaupun cara ini bukanlah "poka yoke", tetapi sehingga ke hari ini ianya masih dipraktikkan dan bergantung kepada kawalan secara manual oleh setiap MRP controller. Manakala info kepada bahagian berkaitan perlu diberikan secara manual.

Secara umumnya, controller yang ditugaskan kepada AZA sering terlibat dengan perubahan yang kerap, melibatkan volume yang besar pada parts di bawah controller AZA yang memerlukan AZA banyak checking. Dari checking yang AZA lakukan pula memerlukan AZA mengambil tindakan yang diperlukan. Ianya memang sukar bagi AZA. Ruang untuk melakukan kesilapan sangat besar.

Harapan controller yang AZA jaga dikurangkan nampaknya terbukti masih kekal sama walaupun kumpulan AZA baru mendapat seorang lagi MRP controller. AZA akan cuba untuk senyum. AZA tahu ianya baik untuk AZA dan individu lain.

Quran 2:165

"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."

"And [yet], among the people are those who take other than Allah as equals [to Him]. They love them as they [should] love Allah . But those who believe are stronger in love for Allah . And if only they who have wronged would consider [that] when they see the punishment, [they will be certain] that all power belongs to Allah and that Allah is severe in punishment."

Kefahaman AZA

"Jauh sangat beza untuk disamakan apa jua dengan Allah"

LABEL


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more