Proper

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 160 - Panjang 2253
Hari ini seperti biasa untuk minggu terakhir sebelum cuti sabtu dan ahad. Suasana fizikal di tempat kerja kini sedang banyak projek-projek menaik taraf sedang dijalankan. AZA rasa berbangga dan bersyukur melihat projek yang sedang dijalankan.

Tentu saja AZA menghargai apa yang tidak dimiliki sebelum ini. Namun apa yang ada memerlukan kerjasama semua untuk menggunakannya dengan sebaiknya. Terimbas projek menaik taraf tandas yang dilakukan sebelum ini. Tapi AZAng di beberapa lokasi tandas yang telah dinaik taraf tidak digunakan dengan sebaiknya.

Disebabkan segelintir yang tidak menggunakan dengan sebaiknya bukan penghalang untuk projek-projek menaik taraf dijalankan. Masing-masing telah besar panjang, moga kemudahan yang ada dapat digunakan dengan sebaiknya.

Pengalaman AZA sendiri pernah ke tempat bekerja syarikat lain mendedahkan AZA dengan kelebihan dan kekurangan berbanding di syarikat AZA bekerja. Tanpa pernah ke tempat bekerja syarikat lain, untuk menghargai dan menggunakan kemudahan yang ada hanya perlu rasa bertanggungjawab dan sukakan kepada kebersihan.

Jika dahulu, pekerja di bahagian pengeluaran bekerja di dalam suhu yang panas kini sudah dilengkapi dengan air-cond seperti di pasaraya. Bagi yang pernah bekerja dalam suhu yang panas tentu sahaja gembira dan menghargai kelengkapan ini. Namun bagi yang tidak pernah bekerja dalam suhu yang panas, untuk menghargai hanya perlu tahu apa itu nikmat. Jika tahu tapi masih tidak menghargai, moga hati tersentuh dihari muka.

Apa yang kita sedang nikmati itulah yang memberi impak kepada realiti kehidupan seharian yang kita lalui. Kurang atau lebih individu di luar sana, kecil sangat impaknya kepada realiti seharian yang kita lalui.

Bila sahaja berjalan di luar, udara panas terasa amat merimaskan. Namun masuk sahaja ke tempat kerja, udara sejuk air-cond datang menjemput. Terasa diri istimewa. Terasa diri dihargai. Tercetusnya rasa syukur dan terima kasih.

Kini dapat nikmati pelbagai kelengkapan. Segala rasa "proper" berbanding sebelum ini terasa kekurangan dan tidak keselesaan.

Quran 2:160

"Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

"Except for those who repent and correct themselves and make evident [what they concealed]. Those - I will accept their repentance, and I am the Accepting of repentance, the Merciful."

Kefahaman AZA

"Selagi individu bernyawa, masih sempat untuk bertaubat walau sebesar mana pun dosa kerana Allah Maha Penerima Taubat"

LABEL


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more