Sedekah

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 214 - Panjang 2194
Bersedekah bukan saja pada bulan Ramadhan. Sempena bulan Ramadhan yang dah nak dekat ni, AZA nak mengajak anda untuk berubah. Mari kita jadikan sedekah sebagai satu perkara mudah dalam rutin harian kita, selagi kita masih bernafas.

Bila sentuh soal sedekah, sering kali kita dengar, ada individu yang berkata kita tidak pragmatik dalam melakukan sedekah kerana sedekah yang kita hulurkan sikit sesangat. Yang memerlukan bantuan ratusan ribu ringgit tapi kita sedekah seringgit jer?

Abaikan kata-kata sebegitu. Islam amat menitik beratkan soal ilmu. Oleh sebab itu, untuk bersedekah pun kita kena ada ilmu. Apa yang perlu kita tahu bila kita nak bersedekah?

1. Ikhlas - Perkara pertama yang perlu kita jaga bila nak bersedekah. Bukan sebab terpaksa. Bukan sebab nak menunjuk. Ikhlas sedekah kerana kita tahu dalam rezeki kita ada hak Allah.

2. Ikut kemampuan tanpa menjejaskan keikhlasan. Macam mana tu? Itulah tadi yang dok kata tak pragmatik tu. Biarkan mereka nak kata apa. Allah tahu keikhlasan kita. Allah tahu siapa yang dok mengata kita tak pragmatik tu. Kalau kita rasa duit sepuluh ringgit yang kita ada akan menjejaskan keihklasan kita, pecahkan nilai tersebut ketahap yang tidak menjejaskan keikhlasan kita, Sepuluh sen pun tak mengapa. Biarlah ianya dipandang tak pragmatik, dipandang kedekut, walau sekali pun ianya dipandang oleh si penerima.

3. Kita jaga keikhlasan kita. kita jaga niat kita nak membantu ikut kemampuan kita. Kita sentiasa ingat ada hak Allah dalam rezeki kita.

4. Kini, setelah kita ketahui perkongsian ini, kita melihat sedekah itu sebagai salah satu cara mudah sesangat untuk kita berbuat kebaikkan yang mendorong kita untuk lebih mudah bersedekah.

5. Insya Allah, pas ni, without mis even on a single opportunity, kita sedekah jer, wherever, whenever, No hal lah.

Sahih al-Bukhari 6021 "The Prophet (ﷺ) said, Enjoining, all that is good is a Sadaqa".

Rasullullah (ﷺ) pernah bersabda, "Setiap perbuatan baik adalah sedekah".

Berikut sumber dari Ustaz Somad

Masjid Akramunnas Universitas Riau, Kampus Gobah,
Kajian Hadis, Sabtu Ba'da Shubuh, 28 januari 2012

7 hadis, Mengapa bersedekah?

1. Ingin Memperoleh Perlindungan di dunia:

« مَا مِنْ مسلم يكسُو مسلما ثوبا إلا كان في حفظ الله ما دام عليه منه خِرْقَة ».أخرجه الترمذي.

“Seorang muslim yang memberi kain/pakaian kepada muslim yang lain, maka ia tetap berada dalam perlindungan Allah Swt selama kain itu tetap ada walaupun sepotong”.
(HR. at-Tirmidzi).

2. Ingin Mendapat Naungan di akhirat:

عن عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ
كُلُّ امْرِئٍ فِى ظِلِّ صَدَقَتِهِ حَتَّى يُفْصَلَ بَيْنَ النَّاسِ

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah Saw bersabda:
“Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya hingga (perkara) diputuskan diantara umat manusia”.
(HR. Ahmad).

3. Mengobati penyakit fisik:

دَاوُوا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ

“Obatilah orang yang sakit diantara kamu dengan sedekah”
Dinyatakan Shahih oleh Syekh al-Albani dalam Shahih wa Dha’if al-Jami’ ash-Shaghir.

4. Mengobati penyakit batin:

عن أبي هريرة : ان رجلا شكا إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم قسوة قلبه فقال له ان أردت تليين قلبك فأطعم المسكين وامسح رأس اليتيم

Dari Abu Hurairah, seseorang datang mengadu kepada Rasulullah Saw tentang hatinya yang keras. Maka Rasulullah Saw berkata kepadanya, “Jika engkau ingin melembutkan hatimu, maka berilah makanan kepada orang miskin dan usaplah kepada anak yatim”. (HR. Ahmad). Hadits Hasan menurut Syekh al-Albani.

5. Memadamkan dosa:

والصدقة تطفئ الخطيئة كما يطفئ الماء النار

“Sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api”.
(HR. At-Tirmidzi).
Dinyatakan shahih oleh Syekh al-Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan at-Tirmidzi.


6. Meredam murka dan menolak mati jelek:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ وَتَدْفَعُ مِيتَةَ السُّوءِ ».

Dari Anas, ia berkata: Rasulullah Saw bersabda:
“Sesungguhnya sedekah memadamkan murka Allah dan menolak kematian dalam kondisi tidak baik”.
(HR. At-Tirmidzi). Dinyatakan sebagai hadits Hasan oleh Imam at-Tirmidzi.

7. Mengaminkan doa malaikat:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Saw bersabda:
“Setiap hamba yang menjalani suatu hari, maka ada dua malaikat yang turun pada hari itu. Salah satu dari malaikat itu berkata: ‘Ya Allah, berilah ganti untuk orang yang bersedekah’. Malaikat yang lain berkata: ‘Ya Allah, berilah kebinasaan kepada orang yang tidak mau bersedekah’.”
(HR. al-Bukhari dan Muslim).

Quran 2:214

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."

"Or do you think that you will enter Paradise while such [trial] has not yet come to you as came to those who passed on before you? They were touched by poverty and hardship and were shaken until [even their] messenger and those who believed with him said,"When is the help of Allah ?" Unquestionably, the help of Allah is near."

Kefahaman AZA

"Setiap individu pasti akan Allah uji. Pertolongan dari Allah sentiasa ada cuma perlu bersabar dan berpegang teguh kepada Islam"

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more