Takut

AZA - Artikal 133

Mana-mana individu hanya akan menyedari realiti hidup ini banyak percanggahan setelah diri sendiri membuktikannya.

Dahulu kita takut dengan kegelapan malam, sehinggakan dalam rumah sendiri pun kita takut. Hanya disebabkan perbezaan cahaya sahaja sudah membuatkan kita takut. Seiring masa berlalu, kita tidak lagi takut dengan kegelapan kerana kita telah buktikan sendiri, tiada apa yang hendak ditakutkan dengan kegelapan.

Dahulu, kita percaya kepada janji, sehinggakan kita sanggup korbankan itu dan ini, kerana percaya kepada janji. Seiring masa berlalu, kita tidak lagi percaya kepada janji. Diri kita sendiri pernah gagal mengotakan janji, samada secara sengaja ataupun disebabkan perkara di luar kawalan kita. Apatah lagi bila melibatkan individu lain yang mempunyai keutamaan yang berbeza.

Seiring masa berlalu, membuatkan kita tidak peduli tanggapan individu lain. Kita tahu, tiada seorang pun individu di dunia ini yang mengenali siapa kita sepenuhnya. Hanya diri kita sendiri yang lebih kenal siapa kita.

Kita lalui realiti harian kita berdasarkan pengalaman yang telah kita lalui. Setiap masalah yang kita hadapi, kita tangani dengan membawa bersama pengalaman baru. Inilah realiti suka duka kita sebenarnya. Tiada individu lain akan lebih faham sepenuhnya, melainkan hanya diri kita sendiri sahaja.

Hari mendatang, kita sudah tahu, bila perlu "masuk telinga kiri, keluar telinga kanan". Cara kita melihat berbeza. Cara kita mendengar berbeza. Banyak perubahan yang berlaku pada diri kita. Hanya kita sahaja yang lebih mengetahui.

Apa yang kita ketahui, jika kita ajarkan kepada individu lain, tapi individu tersebut tak manfaatkan apa yang kita ajar, tak guna juga.

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri".

"Indeed, Allah does not wrong the people at all, but it is the people who are wronging themselves".

Sumber : https://quran.com/10/42

Quran 2:133

"(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)"

"Or were you witnesses when death approached Jacob, when he said to his sons, "What will you worship after me?" They said, "We will worship your God and the God of your fathers, Abraham and Ishmael and Isaac - one God. And we are Muslims [in submission] to Him."

Kefahaman AZA

"000"

LABEL

000 + Total + 000

SETERUSNYA

Duit

SEBELUMNYA

Bila nak kawin

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more