Desktop ke HP thin client

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 193 - Panjang 3047
Pada minggu terakhir bekerja, boss AZA telah menukarkan lokasi AZA bekerja.

AZA telah diberitahu sedari awal bahawa selain dari bertukar lokasi, AZA juga akan menggunakan HP thin client instead of desktop.

Apa itu HP thin client?

Ia adalah computer yang lebih banyak bergantung kepada cloud / server berbanding hard disk pada desktop. Ianya bertujuan untuk mengurangkan proses maintenance yang diperlukan pada setiap desktop yang terdapat pada sesuatu organisasi.

Apakah persediaan untuk migrate desktop ke HP thin client?

Tentunya data yang ada atau data yang melibatkan desktop yang memerlukan perhatian individu sebelum melakukan proses migrate tersebut. Berikut AZA kongsikan langkah-langkah yang telah AZA ambil sebelum AZA kehilangan desktop AZA dan bagaimana AZA mendapatkan semula data AZA bila AZA menggunakan HP thin client kelak.

Server

AZA telah pindahkan data terkini saya ke server. Data tersebut 100% AZA tidak edit setelah AZA pindahkan ke server. Ianya AZA pindahkan hanya bila telah pasti desktop AZA akan di ambil pada beberapa minit sahaja lagi. Bagi yang tiada server, anda boleh gunakan alternative lain seperti pindahkan ke external hard disk atau cloud.

Microsoft Outlook 2013

Data archive pada desktop AZA pindahkan juga ke server. Lokasi data archieve tersebut bergantung kepada di mana AZA tetapkan ketika setup Microsoft Outlook 2013 dahulu. Manakala data yang belum AZA archive akan AZA dapat bila AZA gunakan HP thin client kelak.

Tahukah anda terdapat organisasi yang tidak menyediakan server untuk pekerja mereka?

Jelas ianya tidak memaksimakan kebolehan perkongsian data yang diperlukan yang sering berubah secara real time lantas memberi impak kepada organisasi itu sendiri samada swasta mahupun kerajaan.

Apakah perbezaan ruang memori yang diperolehi individu bila menggunakan desktop berbanding HP thin client?

Sangat jauh beza. Umpama langit dan bumi. Bergantung pada desktop yang dimiliki. Apa yang pasti, HP thin client hanya memperuntukkan ruang memori lebih kurang 4 G berbanding desktop lebih kurang 600 G kerana HP thin client kebanyakkan data disimpan pada cloud / server.

Monitor

Kerja yang AZA lakukan memerlukan skrin komputer atau monitor yang lebih lebar kerana melibatkan paparan column Microsoft Excel 2010 yang banyak. Oleh sebab itu, kesesuaian monitor mengikut bidang kerja juga penentu impak kepada  organisasi itu sendiri samada swasta mahupun kerajaan. Majoriti rakan sekerja saya antara yang terawal menggunakan monitor lebar kerana inisiatif boss kami.

Windows

Adakah AZA akan kekal menggunakan Windows 7 atau diberikan Windows 10?  AZA akan kongsikan jawapan itu nanti bila AZA dah gunakan HP thin client pada hari Isnin nanti hanya dengan izin Allah.

SAP ERP

Nantikan juga impak menggunakan HP thin client bila AZA gunakan SAP ERP.

Quran 2:193

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim."

"Fight them until there is no [more] fitnah and [until] worship is [acknowledged to be] for Allah . But if they cease, then there is to be no aggression except against the oppressors."

Kefahaman AZA

"Boleh terus bermusuhan hanya kepada yang zalim"

LABEL


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more