O'ma - Artikal 10

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 203 - Panjang 3135
O'ma membuat keputusan untuk bekerja dan tidak mahu bersekolah lagi.
Dia memberanikan diri pergi bekerja di bandar dengan membawa wang sebanyak MYR 1000. Tiba sahaja dirinya di bandar, dia terus menuju ke rumah yang disewanya. MYR 500 telah terlebih dahulu dibayarnya kepada Tuan Rumah dengan separuh daripada wang tersebut sebagai deposit. Bulan berikut dan seterusnya O'ma perlu membayar sebanyak MYR 250. Tuan Rumah mengenakan syarat bahawa O'ma mestilah tidak gagal membayar sewa bila tiba saja tarikh yang dipersetujui bersama iaitu pada setiap lima haribulan dengan membayar secara tunai kepada Tuan Rumah. Soal bil elektrik, air dan lain-lain, semuanya akan ditanggung oleh Tuan Rumah. Manakala O'ma mestilah memberitahu Tuan Rumah sebulan lebih awal untuk menggunakan deposit rumah tersebut jika dia mahu berpindah.

Rumah yang O'ma sewa adalah rumah teres dua tingkat yang diapit oleh rumah teres yang lain. Tuan rumah telah mengubah suai rumahnya dengan menambahkan dua bilik saling berhadapan pintu pada tingkat atas bahagian belakang rumah beliau. Penyewa akan menggunakan tangga dari bahagian belakang untuk masuk ke bilik masing-masing. Manakala sebuah bilik mandi di tingkat bawah berserta tandas akan dikongsi bersama. Bilik mandi ini terletak pada bahagian kiri pagar. Pintu pagar pula berhadapan dengan pintu belakang Tuan Rumah yang sentiasa tertutup. Penyewa perlu membuka pintu pagar untuk menaiki tangga yang terletak pada bahagian kanan. Di tangkat atas, terdapat koridor diluar bilik sewa tersebut berhadapan bahagian belakang rumah banglo yang diasingkan lorong belakang antara deretan rumah yang lebarnya masih membolehkan motor melalui lorong tersebut jika ada kereta parking sejajar lorong tersebut.

Pelbagai gerai berhampiran menjadi tempat O'ma makan dan minum setiap hari. Bilik kosong tersebut O'ma bentangkan sebuah carpet berbulu tebal memenuhi bilik tersebut. Langsir pula bagi membantu mengawal cahaya bila dia balik kerja shift malam. Sehelai kain pelekat dijadikan hamparan bila O'ma perlu menggosok baju kerjanya. O'ma tidak mempunyai motor. Dia pergi kerja berjalan kaki yang mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Jiran bilik berhadapan O'ma tidak menyewa sendirian. Mereka tinggal berdua adik beradik yang merantau dari Kedah. Sedang O'ma menyewa seorang dan kini bekerja di negeri kelahirannya.

Jauh sangat beza dengan hari ini bila O'ma mengingati perjalanan yang dilaluinya. Manusia jika tidak kawal rasa tidak cukupnya, segunung emas diperoleh pasti dia mahukan segunung emas lagi. Kesukaran yang dipandang mudarat dahulunya kini dipandang sebagai manfaat. Mengejar yang dipandang manfaat dalulunya, rupanya kini terbukti mudarat pada diri.

Menyedari misteri adakah manfaat yang diperoleh bakal menjadi manfaat atau mudarat buat dirinya kelak, O'ma menjadikan Quran dan Sunnah sebagai panduan agar dia tidak keliru.

Link untuk artikal berkaitan sebelum ini O'ma - Artikal 9

Quran 2:203

"Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya."

"And remember Allah during [specific] numbered days. Then whoever hastens [his departure] in two days - there is no sin upon him; and whoever delays [until the third] - there is no sin upon him - for him who fears Allah . And fear Allah and know that unto Him you will be gathered."

Kefahaman AZA

"Perkara berkaitan Haji"

LABEL


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more