Kuasa

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 194 - Panjang 1921
Malaysia akan mengadakan pilihan raya bagi menentukan siapakah yang bakal diberikan kuasa.

Melalui undang-undang, minoriti yang mempunyai kuasa akan memberi impak kepada majoriti sehingga pilihan raya akan datang. Malah terdapat yang memberi kesan terhadap beberapa generasi akan datang walaupun mereka sudah tidak memegang jawatan.

Kuasa adalah keperluan namun realiti yang kita ketahui hari ini jelas membuktikan betapa penyalahgunaan kuasa sukar diatasi bila sahaja seseorang individu itu berkuasa. Manakala untuk membuktikan salah guna kuasa sahaja sudah cukup sukar apatah lagi bila majoriti terpaksa mengharungi kesan salah guna kuasa. Oleh sebab itu, siapa yang bakal diberikan kuasa adalah tanggungjawab besar setiap individu yang layak mengundi.

Jelas sistem demokrasi yang sedang dipraktikkan di Malaysia akan memberikan kuasa kepada salah seorang individu dari parti yang mendapat kemenangan terbanyak dari kawasan pilihan raya yang diwakili. Oleh sebab itu, seorang sahaja menang pada satu kawasan tidak cukup tapi memerlukan strategi bagaimana mendapat kemenangan disetiap kawasan yang diwakili agar mendapat kemenangan majoriti kawasan yang dimenangi.

Salah guna kuasa memerlukan seseorang untuk mendedahkannya. "Bila sesuatu itu salah, tidakkah kita mahukan seseorang mendedahkannya?" Bagaimana pula mereka yang mendedahkan akan dilindungi? Adakah undang-undang sedia ada cukup untuk melindungi individu yang mendedahkannya? Tiada siapa yang mahu mendedahkan kerana tahu impak yang akan dihadapi. Tapi hanya individu tertentu sahaja yang mengetahui sesuatu itu salah dan hanya mendedahkannya sahaja cara untuk tidak membiarkan salah itu berterusan. Mahukah kita mendedahkan salah guna kuasa?

Quran 2:194

"(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa."

"[Fighting in] the sacred month is for [aggression committed in] the sacred month, and for [all] violations is legal retribution. So whoever has assaulted you, then assault him in the same way that he has assaulted you. And fear Allah and know that Allah is with those who fear Him."

Kefahaman AZA

"Terdapat bulan yang dihormati, membalas hanya dibolehkan hingga ke tahap seimbang sahaja"

LABEL


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more