Archive Microsoft Outlook 2013 Corrupt

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 207 - Panjang 2184
Gembiranya AZA hari ini kerana dapat semula "archive Microsoft Outlook 2013" AZA yang kononnya dikatakan telah corrupt.
Ternyata walaupun yang menyatakan archive tersebut corrupt pangkatnya jauh lagi besar dari anak buahnya, terbukti archive tersebut sebenarnya tidak corrupt. Malah tak sampai 2 minit jer anak buah beliau menyelesaikan masalah tersebut. Ini jelas membuktikan siapa yang selalu hadap sesuatu masalah itu hari-hari, practice selalu, dialah yang pakar walaupun pangkatnya jauh lebih rendah.

Hanya sebab pangkat dia besar, bila dia keluar statement archive dah corrupt, kita terpaksa akur walau sebesar mana pun impak "archive yang tidak dapat diselamatkan" tersebut terhadap kita. Even kalau pangkat dia kecik pun, bila dia keluar statement sebegitu, kita akan akur juga kerana itu bidang dia. Kita assume dia lebih tahu apa yang dia buat kerana itu bidang dia. Tapi bila terbukti statement beliau salah, jelas professionalism nya perlu diperbaiki di masa hadapan. Salahkah kita juga sebab akur sahaja bila dia keluar statement sebegitu?

Anak buahnya sebagai hero hari ini, kepakaran anak buahnya tentu sahaja menjadi permintaan terhangat di syarikat. Maka dia lebih sibuk berbanding rakannya yang lain. Asyik dipanggil ke sana dan ke sini. Semoga bossnya "ingat" peristiwa hari ini bila dia nak menilai prestasi anak buahnya itu di masa hadapan. Mungkin sahaja bossnya tak tahu pun anak buahnya jadi hero hari ini kerana bossnya tiada masa dia selesaikan masalah tersebut.

Apa lagi perkara di luar pengetahuan kita yang sebenarnya bukan masalah tetapi terkesan dengan sikap tidak bertanggungjawab, lack of professionalism.

Apa lagi yang salah mengenai penilaian kita bila kita menilai sesuatu sedangkan terdapat perkara di luar pengetahuan kita yang menyebabkan apa yang telah kita nilaikan sebenarnya jauh menyasar? Menuduh, mengata, menghukum, memulau dan segala bagai.

Harap maaf. Tak dapat diselamatkan. Kau hadaplah sendiri lepas ni.

Quran 2:207

"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya."

"And of the people is he who sells himself, seeking means to the approval of Allah . And Allah is kind to [His] servants."

Kefahaman AZA

"Realiti membuktikan bahawa kesanggupan setiap individu adalah berbeza dan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang"

LABEL


SETERUSNYA


SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more