Jual produk orang secara online

AZA - Artikal 102

Nak belajar online business cara mudah adalah jual produk orang. Bila dah bersedia kemudian boleh jual produk sendiri. Tak kisahlah produk apa asalkan halal dan tak menyalahi undang-undang.

Pernah anda cuba hubungi senarai ajen yang terdapat pada home page sesuatu produk? Ramai yang senyap bila kita cuba contact kan? Dah tak aktif tapi masih dipaparkan contact number di Home Page. Nampak sangat "tepek and tinggal".

Ramai juga yang kena tipu dengan produk tak seperti diharapkan atau duit melayang melabur atas dasar percaya.

Berniaga memang nampak mudah, dah buat baru tahu kan? Saya sekarang memang dah 100% tak buat business online atau offline. Manakala rakan saya sekarang mencuba business offline setelah beberapa ketika running online business.

Walaupun saya dah tak buat apa-apa business namun contact saya tetap contact saya untuk dapatkan produk terdahulu walaupun sebenarnya mereka boleh direct ke home page produk yang mudah dicapai pada bila-bila masa. Mengapa?

Saya tolong juga sebab mereka kenalan saya. Bagi yang cuba buat business senyap-senyap, pastu dapat masalah itu ini, saya lihat sahaja dari jauh. Bagi yang berjaya pula, pun saya lihat dari jauh.

Nasihat saya pada yang berminat nak cuba online business

1. Jual produk orang dulu untuk cari ilmu.

2. Gunakan cara percuma tanpa melabur duit. Percuma sentiasa wujud kerana ianya keperluan yang tidak dapat dinafikan.

3. Lagi cepat ada produk sendiri lagi bagus asalkan ada permintaan walaupun untung sikit tak mengapa.

4. Online business kena dapat kepercayaan dari public yang melihat iklan kita. Mereka tak berani nak labur duit walaupun untuk jumlah yang sedikit kalau mereka tak percayakan kita. Buat iklan, public tahu, tapi public tak berani nak beli?

5. Bank lain, walaupun mereka bukan kawan kita, tapi public yakin dengan bank sebab anda sendiri tahu kenapa anda yakin kan?

6. kalau kenalan yang anda ada kurang untuk kembangkan business anda, lihat bagaimana bank dapatkan kepercayaan public.

7. bank tak jual produk pun, just perkhidmatan tapi masih boleh jana duit yang berulang-ulang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

8. jika anda ada produk sendiri, sudah tentu lagi mudah jana duit asalkan ada permintaan. Permintaan hanya anda dapat jika public yakin kepada anda. That's it.

Pesaing jual mahal, anda jual murah.
Pesaing menipu, anda jujur.
Pesaing jual produk rendah kualiti, anda jual tinggi kualiti.

Ya nampak mudah, buat dahulu, baru tahu. Ramai yang jadi mangsa sebab nak cepat, nak untung besar. Realitinya perlu melalui "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Kalau jatuh pun tak sakit sebab tak labur tinggi melangit.

Mereka yang dah berniaga 100 tahun pun masih bergelut mempertahankan business agar tak bungkus. Inikan pula baru bermula dengan cabaran dan pengalaman baru. Tak gitu?

Sejumlah duit mungkin banyak bagi saya tapi sikit bagi anda walaupun pendapatan bulanan kita sama kerana banyak yang tak sama antara kita. Apatah lagi apabila pendapatan bulanan kita berbeza. Tak gitu? Jelas bagaimana anda perlu mengambil risiko adalah dengan mengukur baju di badan sendiri.

Quran :102

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."

"And they followed [instead] what the devils had recited during the reign of Solomon. It was not Solomon who disbelieved, but the devils disbelieved, teaching people magic and that which was revealed to the two angels at Babylon, Harut and Marut. But the two angels do not teach anyone unless they say, "We are a trial, so do not disbelieve [by practicing magic]." And [yet] they learn from them that by which they cause separation between a man and his wife. But they do not harm anyone through it except by permission of Allah . And the people learn what harms them and does not benefit them. But the Children of Israel certainly knew that whoever purchased the magic would not have in the Hereafter any share. And wretched is that for which they sold themselves, if they only knew."

Kefahaman AZA

"000"

LABEL

000 + Total + 000

SETERUSNYA

Taip

SEBELUMNYA

Aliran membuat jualan di internet

Popular posts from this blog

Sayang

Indonesia menjadi anggota ke-10 BRICS

Senarai lengkap Add Favourite Payee maybank2u

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

WhatsApp dan Telegram Messenger

Perlu ke ambil vaksin covid?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya sila isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more