Demam denggi

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 96 - Panjang 8358
Senarai pecahan tajuk.

1. TITLE : PENGENALAN
2. TITLE : PUNCA
3. TITLE : DIAGNOSIS
4. TITLE : RAWATAN
5. TITLE : OUTLOOK
6. TITLE : KAWALAN

1. TITLE : PENGENALAN

Demam denggi adalah penyakit yang berpunca dari gigitan nyamuk aedes dan boleh mengakibatkan kematian kepada pengidapnya dalam masa yang singkat berbanding penyakit lain. Deman adalah sakit yang biasa dialami dan tidak boleh dianggap remeh demam yang dialami kerana dikhuatiri demam tersebut adalah bukan demam biasa tetapi sebenarnya adalah demam denggi.

2. TITLE : PUNCA

Nyamuk aedes mampu membiak pada air bertakung bersih bersais sebesar sudu teh. Terutamanya di dalam rumah yang berdekatan dengan mangsa. Nyamuk aedes hanya memerlukan masa selama satu minggu untuk melengkapkan kitarannya dari telur > jentik-jentik > nyamuk aedes. Nyamuk aedes cepat membiak dalam masa yang singkat memerlukan kekerapan kawalan agar ia tidak dapat melengkapkan kitarannya sebelum menjadi nyamuk aedes. Telur nyamuk aedes pula mampu bertahan selama enam hingga sembilan bulan dalam persekitaran kering memerlukan kawalan pembiakkan nyamuk secara konsisten dan berterusan.

Nyamuk aedes kebiasaannya aktif pada waktu subuh dan senja. Nyamuk aedes mampu terbang sehingga ketinggian 200 meter. Jangka hayat nyamuk aedes adalah 1 bulan dan mampu bertelur 100 biji setiap kali sebanyak 3 x dalam tempoh tersebut. Ini bermakna seekor nyamuk aedes melahirkan 300 ekor nyamuk aedes dalam masa sebulan.

3. TITLE : DIAGNOSIS

Sample darah pesakit akan diambil untuk mengetahui adakah pesakit benar-benar dijangkiti dengan kuman denggi. Antara tanda-tanda demam denggi adalah pesakit mengalami suhu panas yang tinggi, sakit badan, sakit kepala di bahagian belakang mata, loya, muntah dan kadangkala batuk sedikit. Demam selalunya berterusan selama dua hingga tujuh hari dan suhu panas badan boleh mencapai sehingga 41 darjah Celsius dengan kemungkinan menyebabkan kekejangan serta komplikasi lain.

Virus yang dibawa nyamuk aedes juga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, hati dan jantung berhenti berdenyut. Justeru, apabila mengalami demam dengan suhu melebihi 39 darjah Celsius, segera lakukan pemeriksaan di klinik berhampiran bagi menyelamatkan nyawa kerana demam denggi ini tiada ubat mahupun vaksin.

Demam denggi yang teruk adalah demam denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, terdapat empat jenis virus yang berbeza iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4 yang berkait rapat menyebabkan denggi. Individu yang pulih daripada jangkitan hanya mendapat imuniti seumur hidup daripada jangkitan jenis sama saja dan mempunyai perlindungan sementara yang bukan sepenuhnya terhadap jangkitan seterusnya daripada mana-mana tiga jenis virus lain.

Jangkitan seterusnya daripada denggi jenis lain akan meningkatkan risiko penyakit yang lebih serius yang dikenali demam denggi berdarah. Ia menyebabkan pesakit mengalami demam panas, hati bengkak dan lebih serius apabila berlaku kegagalan pengaliran darah serta membawa maut. Ini bermakna seseorang itu boleh dijangkiti lebih daripada sekali atau sebanyak empat kali seumur hidup.

4. TITLE : RAWATAN

Sehingga ke hari ini, tiada penawar atau vaksin bagi pesakit denggi yang boleh mengakibatkan kematian seawal 2 atau 3 hari selepas disahkan mengidap demam denggi. Faktor yang menyebabkan pesakit mampu bertahan bergantung kepada kekuatan sistem imun badan mereka. Pesakit disaran minum ( 2 botol besar - 600ml x 2 ) sehari.

Ujian darah pesakit akan dimonitor sebanyak 4 x sehari.

Nyamuk aedes betina menggigit mangsa berlainan sebanyak empat hingga lima kali sebelum kenyang dan berhenti dalam sehari.

Ada juga individu yang ­mengambil minuman isotonik atau air kelapa ketika menghidap demam denggi. Ini tidak salah kerana bahan minuman berkenaan tidak berbahaya. Sekurang-kurangnya ia dapat mengekalkan bahan dalam saluran darah seperti garam yang biasanya akan dikeluarkan daripada saluran akibat serangan demam denggi.

5. TITLE : OUTLOOK

Demam biasa perlu diberi perhatian yang lebih serius jika demam tersebut berpanjangan. Pesakit perlu berjumpa doktor untuk memastikan demam tersebut bukan demam denggi. Peluang terbaik pemulihan demam denggi adalah bergantung pada kecepatan demam denggi itu dikenal pasti dan pesakit demam denggi mestilah minum air lebih kerap daripada biasa.

6. TITLE : KAWALAN

Kawalan pembiakkan nyamuk aedes adalah vital kerana siapa sahaja mungkin akan digigit oleh nyamuk aedes pada masa akan datang dan dijangkiti dengan kuman denggi yang boleh membawa maut dalam masa yang singkat.

Anda perlu kerap tukar air yang bertakung sekurang-kurangnya 2 x seminggu agar menghalang kitaran lengkap pembiakkan nyamuk aedes dan anda perlu monitor tiada jentik-jentik pada mana-mana tempat air yang bertakung.

Setiap kali terdapat kes denggi di kawasan anda, fogging akan dilakukan oleh Team dari Jabatan Kesihatan dan anda perlu membuka tingkap, menghidupkan lampu di rumah anda agar nyamuk yang menyorok keluar dan asap fogging tersebut praktikal dapat sampai untuk memerangkap dan membunuh nyamuk-nyamuk aedes yang telah terbukti menyebarkan kuman denggi kepada penduduk di kawasan anda. Pastikan juga tiada bahan makanan terdedah agar asap fogging tidak mencemar makanan tersebut. Kejayaan kerjasama anda dan penduduk setempat mengawal pembiakkan nyamuk aedes dapat dilihat dengan tiada lagi fogging dilakukan di kawasan anda.


Quran 2:96

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan."

"And you will surely find them the most greedy of people for life - [even] more than those who associate others with Allah . One of them wishes that he could be granted life a thousand years, but it would not remove him in the least from the [coming] punishment that he should be granted life. And Allah is Seeing of what they do."

Kefahaman AZA

"Manfaatkan bila memiliki sesuatu jangan sampai manfaat tersebut menjadi mudarat"

LABEL


SETERUSNYA

Membersihkan telinga

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Sayang

Indonesia menjadi anggota ke-10 BRICS

Senarai lengkap Add Favourite Payee maybank2u

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Perlu ke ambil vaksin covid?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya sila isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more