Hukum alam
AZA - Artikal 100
1. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan anda. Saya tahu ramai diantara anda yang berminat untuk menjana wang sampingan.
.
2. Mudah saja untuk anda mulakan. Mulakan dengan langkah pertama iaitu aktif pada satu platform sahaja di internet. Tak mengapa anda tak punyai produk sendiri kerana anda boleh memasarkan produk orang.
.
3. Disamping niat baik anda nak belajar buat bisness , carilah ilmu yang percuma dahulu. Tak perlu melaburkan duit sedangkan anda baru saja nak belajar. Saranan saya ini, bagi mempermudahkan jalan anda. Jika anda punyai mentor yang hebat, namun tiada tindakan yang anda lakukan, bukankah itu sekadar memenuhi ilmu di dada tanpa diamal dan dimanfaatkan.
.
4. Usahakan dulu untuk aktif pada satu platform sahaja di internet dan memberi post-post yang bermanfaat buat pembaca anda. Perkara yang sekecil ini nampak saja mudah. Anda cuba lakukan dahulu. Lihat nanti apakah kekurangan dan kelebihan yang anda akan perolehi kelak.
.
5. Sebagai seorang muslim, saya sarankan anda berdakwah juga dalam post-post yang anda publish. Moga ianya mendapat keredhaan Allah.
.
6. Bila bermula, anda perlukan seseorang untuk membimbing anda. Tanyalah dengan rakan-rakan yang dengan senang hati membantu dengan percuma kerana Allah.
.
7. Mulakan target anda untuk melihat bagaimana anda dapat aktif pada satu platform sahaja di internet. Soal jana pendapatan, jadikan perkara ke dua. Jika Allah berkehendak memberikan rezeki kepada anda, pasti tiada siapa dapat menghalangnya. Yakinlah dengan sepenuh hati akan kekuasaan Allah disamping anda berusaha mencapai kejayaan seperti yang telah termaktub dengan hukum alam.
.
8. Hukum alam jelas menunjukkan kepada kita, siapa yang berusaha lebih, tentulah dia yang rasionalnya akan lebih berjaya. Namun hukum alam pasti sahaja tewas jika Allah berkehendakkan yang sedikit usahanya pun boleh berjaya. Saya harap anda jelas dengan huraian tersebut.
.
9. Tugas kita untuk mencapai kejayaan berdasarkan hukum alam tersebut. Jaga kesihatan untuk sihat, aktif pada satu platform sahaja di internet untuk berhubung dengan pengguna internet yang lain dan berdakwah.
.
10. Kita tak tahu bila kita akan menghembuskan nafas yang terakhir, dengan menjana pendapatan sambil berdakwah, ada manfaat yang kita tinggalkan untuk dibaca, difahami dan untuk diamalkan melalui apa yang kita sampaikan pada satu platform sahaja di internet. Ingatlah selaku akan 3 perkara yang kita tinggalkan nanti akan berguna buat diri kita di sana
.
11. Biarkan dalam melakukan sesuatu kebaikkan itu kita tidak ikhlas pada mulanya atau terkadang niat menyimpang dari jalan yang lurus kerana dengan izin Allah, lama kelamaan, jika kita berterusan berbuat baik itu akan menjadi kebiasaan kita, dan kita dapat perbaiki keikhlasan kita.
.
12. Jaringan di internet sangat-sangat luas, semoga ukhuwah antara kita semakin besar dan kukuh.
.
13. Perkecilkan skop yang anda lakukan dalam usaha mencapai kejayaan. Fokuskan sahaja pada aktif pada satu platform sahaja di internet. Skop yang kecil ini akan mempermudahkan anda yang baru nak bermula. Hakikatnya, teknologi ciptaan pelbagai manusia pantas membuat penambahbaikkan di internet yang terbuka. Apa yang dianggap kecil akan jadi besar jika anda tidak mengikuti perkembangan semasa, lalu anda ketinggalan dengan pembaharuan yang dilakukan kerana anda tidak mengikutinya.
.
14. Jika kita suka dengan kebebasan yang kita miliki, pastikan juga kita bersabar dengan realiti bergerak sendiri di internet. Setiap dari kita punyai peranan masing-masing, saling menyokong dan memerlukan.
.
15. Harapan saya, agar kita di Malaysia, menjadi pelopor dalam bisness melalui internet dengan aktif pada satu platform sahaja di internet. Hukum alamnya memerlukan ilmu dan amal bagi mencapai harapan tersebut.
Quran 2:100
"Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman."
"Is it not [true] that every time they took a covenant a party of them threw it away? But, [in fact], most of them do not believe."
Kefahaman AZA
"000"
LABEL
000 + Total + 000
SETERUSNYA
Aliran membuat jualan di internet
SEBELUMNYA
Heart attact

- Anak yang soleh dan soleha yang berdoa untuk ibubapa mereka
- Sedekah dan amal jariah
- Ilmu yang bermanfaat