Kerja bertahun-tahun untuk apa?
Artikal 114
Setiap kali dapat gaji, kita akan membayar bil bulanan, beli barang dapur dan sebagainya. Selebihnya kita akan simpan. Berapa lebih? Banyak ke lebih? Kadang kala, belum sempat dapat gaji, perkara tak diingini berlaku yang melibatkan duit. Masa itulah pentingnya ada simpanan. Ada ke simpanan? Banyak ke simpanan? Jauh di sudut hati, teringin sangat nak beli benda tu! Berapa cepat boleh dapat? Kadang kala, dah nak dekat dapat, terpaksa guna untuk benda lain pula!
Bila dah bertahun-tahun kerja, gaji makin besar, nak dapat menyimpan pun susah! Sampaikan benda asas pun kerajaan subsidi! Kita bekerja dah lama, gaji makin besar, patutnya semua subsidi tu tak perlu! Bertahun-tahun kerja, angka gaji makin besar, tapi benda asas kalau tak subsidi, silap-silap berhutang tak habis-habis! Bilakah kita dapat bebas dari subsidi?
Bila nak dapat beli rumah? Nak beli pelbagai itu dan ini yang belum kita ada. Kita kerja bertahun-tahun, patutnya hidup kita bertambah lebih baik, lebih mudah, lebih senang, lebih relax, lebih sempurna, lebih upgrade! Bukannya lagi teruk sampaikan masih kena hadap masalah perkara asas!
Kalau 10 tahun lepas, rumah kos rendah tak ada kolam renang, 10 tahun akan datang rumah kos rendah kena ada kolam renang. Barulah upgrade "kos rendah" namanya. Bukannya keluasan rumah makin dikecilkan, harga makin dinaikkan sampai tak mampu nak beli. Bukan dulu kena kerja lebih masa hari-hari kerja 12 jam, 10 tahun akan datang pun nak kena kerja hari-hari kerja 12 jam? Upgrade ke namanya tu?
Kerja hanya untuk kebaikkan diri sendiri? Kalau tak kerja negara boleh maju? Dah ramai yang bekerja negara masih tak boleh nak bagi pelbagai kemudahan kat rakyat? Syarikat masih tak boleh nak beri pelbagai kemudahan kat pekerja? Untuk apa kerja bertahun-tahun?
Adalah menjadi tanggung jawab setiap individu di Malaysia untuk memastikan keamanan dan kemajuan terus dikecapi. Bosan dengan cerdik pandai sedia ada yang mempergunakan isu agama dan isu bangsa, kronisma, kleptokrasi, pilih kasih, perkauman, diktator, cakap tak serupa bikin, cakap berpusing-pusing, membawang dan segala bagai. Setiap dari kita harus membantu dari sudut kebolehan yang ada pada setiap individu untuk membantu negara ini samada secara langsung atau tidak langsung.
Setelah tamat setiap kali pilihanraya adalah masa untuk membantu dan bersatu. Jika ingin mengubah kerajaan sedia ada, tunggu saja pilihanraya akan datang. Jika ingin mengekalkan kerajaan sedia ada, juga tunggu saja pilihanraya akan datang.
Berhenti menghina, itu bukan budaya Malaysia, mana datang budaya sebegini? Mana perginya pelajar-pelajar, cerdik pandai sedia ada? Bantulah bukan menyempitkan jalan. Hormatilah orang lain sebagaimana anda ingin di hormati. Kelemahan dan kekurangan bukan untuk dihina, bukan untuk dijaja hari-hari, bukan untuk diheret selagi terdaya. Bantulah dari sudut kebolehan yang ada pada setiap individu.
Setiap individu punyai peranan masing-masing. Setiap individu adalah penting tak kira siapa mereka atau apa pangkat dan kekayaan mereka kerana pada mana-mana peringkat jika ada individu yang tidak menjalankan perananan masing-masing maka berlakulah pelbagai masalah seperti penyalahgunaan kuasa, pakatan dan sebagainya.
Anda tahu apa yang diarahkan kepada anda adalah tidak betul, anda boleh sahaja untuk tidak melakukannya walaupun pangkat anda lebih rendah. Whistleblower adalah antara cara berkesan untuk melaporkan kesalahan tanpa mendedahkan identiti pelapor. Tak banyak kesalahan yang boleh dilakukan secara sendirian sebaliknya memerlukan kerjasama beberapa pihak. Oleh sebab itu, bila anda menjalankan perananan anda dengan betul, anda membantu menghalang kemungkaran walaupun pangkat anda lebih rendah.
Anda boleh sahaja tidak menjual syarikat anda kepada yang lebih kaya kerana ianya syarikat anda. Bukannya hilang kuasa walaupun anda berpangkat besar dalam syarikat tersebut kerana anda telah jualkan kepada gergasi monopoli sedia ada. Tukang sapu sampah, kalau tak betul-betul menjalankan tugasnya, maka kita akan lihat masih banyak sampah walaupun ramai tukang sapu sampah.
Anda lihat tukang sapu sampah duduk bersuka ria tak buat kerja. Rupanya dah habis sampah yang disapu sebab itulah dia duduk bersuka ria. Berbeza kerja banyak yang tak sudah, tapi bersuka ria bagai kerja dah sempurna. Ada juga keadaan di mana, sampah sikit, tapi tukang sapu sampah berpuluh orang. Walhal tak perlu seramai itu pekerjanya.
Bila kita tak tahu sesuatu 100%, sudah tentu jawapan kita tidak tepat. Kita hidup kat dunia ni perlukan orang lain juga. Tak boleh nak buat hal sendiri sahaja sepanjang masa. Kalau orang sebelah tak buang sampah hari-hari, bau busuk sampah tersebut tetap anda terhidu oleh anda tak boleh anda nak elak. Bukan anda sahaja. Lori angkut sampah pula, bawa bau busuk tersebut sepanjang jalan.
Banyak cabang-cabang kehidupan ini. Pelbagai perkara perlukan bukti, kajian dan kerjasama dari pelbagai pihak. Bukannya setiap kesalahan diwujudkan undang-undang baru. Undang-undang sedia ada pun dah tak terhafal oleh kita. Sampai terpaksa masuk universiti kena belajar undang-undang. Sistem yang kita guna pakai sekarang ni terlalu luas. Tambah rumit kerana ianya berkait dan bercanggah dengan pelbagai perkara. Terpaksa diubah dari masa ke semasa. Hanya bila individu pada mana-mana peringat yang dapat mengenalpasti kelemahan sistem, dapat bantu memperbetulkannya agar generasi akan datang tak jadi mangsa ikut-ikutan seperti kita yang sedang menggunapakai sistem telah sedia ada sejak kita dilahirkan.
Contoh sistem yang betul
"Allah's Messenger (ï·º) said, "Don't sell gold for gold unless equal in weight, nor silver for silver unless equal in weight, but you could sell gold for silver or silver for gold as you like." (Sahih al-Bukhari 2175).
Contoh sistem yang tidak betul
Gaji sejam pasang 3 biji screw di Australia pada tahun 2013 adalah USD16.88 manakala gaji sejam dibayar pasang 3 biji screw di Malaysia pada tahun yang sama adalah USD 1.24. Walaupun jumlah yang begitu ketara bak langit dan bumi hingga terpaksa membayar lebih sebanyak USD 15.64 kepada pekerja mereka di Australia berbanding pekerja mereka di Malaysia bagi memasang screw pada kereta yang sama, dalam jangka waktu bekerja yang sama. Berapa pula dibayar untuk kerja yang sama, dalam jangka waktu bekerja yang sama, di negara lain? Dah berapa lama kita gunakan currency system? Dah berapa ramai cerdik pandai dari pelbagai universiti seluruh dunia?
Ini bermakna, selagi currency system tidak diperbetulkan, individu di Malaysia sentiasa ketinggalan 13 kali ganda di belakang Australia walau sekuat manapun usaha, kepandaian dan kekuatan. Doktor di Malaysia sentiasa ketinggalan 13 kali ganda di belakang doktor Australia. Apa juga kerjaya di Malaysia sentiasa ketinggalan 13 kali ganda di belakang Australia kerana gaji minima antara dua negara ini berbeza, nilai mata wang antara dua negara ini berbeza. Siapa yang bezakannya? Currency system!
Seringkali, kita diminta untuk berjimat cermat apabila saja sara hidup semakin tinggi hari demi hari. Adakah benar selama ini kita membazir atau kerana ingin memaksimumkan keuntungan. Setiap tahun kita berusaha ingin mencapai tahap yang lebih baik dari sebelumnya dan kita berjaya tahun demi tahun. Akhirnya, apa yang kita dapat adalah dengan mengorbankan keselesaan kita bekerja atas alasan membazir? Mengurangkan keperluan dapur atas alasan membazir? Semua perkara nak dikurangkan atas alasan membazir.
Individu bekerja hari-hari bukan untuk mengurangkan apa yang mereka ada sekarang pada masa hadapan! Bukan untuk terus jadi hamba! Individu kerja bertahun-tahun untuk bertambah lebih baik, lebih mudah, lebih senang, lebih relax, lebih sempurna, lebih upgrade!
Dapat beli rumah, masuk U free tak kena bayar, tol free, segala bagai makin mudah. Makin upgrade!
SETERUSNYA
Lokasi undi memberi impak keputusan pilihanraya

QURAN 2:114
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."
"And who are more unjust than those who prevent the name of Allah from being mentioned in His mosques and strive toward their destruction. It is not for them to enter them except in fear. For them in this world is disgrace, and they will have in the Hereafter a great punishment."
KEFAHAMAN AZA
"Setiap buruk baik yang kita lakukan mungkin tidak dibalas oleh individu lain tetapi pasti akan mendapat pembalasan dari Allah samada ketika kita masih hidup atau setelah kita mati"
LABEL

SEBELUMNYA